Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Egypt Yang Sangat Nostalgia






Entri ini adalah entri yang saya telah terlepas pandang. Lama terperap di dalam dashboard. Hari ini baru terperasan yang ianya masih belum dipublish. Pemergian kami ke Egypt kali ini adalah sangat nostalgia kerana ianya bersempena dengan majlis konvokesyen anakanda sulung kami, Nana Ain pada 13 Oktober 2012. Klik di SINI untuk entri berkenaan majlis konvokesyen Nana. Percutian di Egypt kali ini tentunya lebih mengembirakan berbanding dengan percutian sebelum ini. Begitu juga semasa penerbangan balik di mana ianya sangat menyeronokkan kerana Nana ada bersama. Kami bertolak dari KLIA dengan menaiki penerbangan Qatar Air pada pukul 3 pagi pada 11 Oktober.

Kami tiba di Alex pada pukul 10 pagi dengan di sambut oleh kawan kawan Nana kerana Nana mempunyai sessi foto bersama kawan kawannya. Saya menghantar mesej pada Nana sebelum berangkat yang sesampai di sana saya ingin menikmati air buah terutamanya buah mangga dan air tebu yang tersangat manis. Selain dari itu, saya juga dah teringin sangat untuk makan kebab.






Pada hari pertama di sana, kami telah menghadiri sesi photografi yang telah diaturkan untuk Nana dan kawan kawan yang menerima ijazah bersama famili masing masing. Selepas sessi itu, kami keluar makan makan di Restoran Gad untuk menikmati makanan Arab. 





Sementara telah ada di sana, kami mengambil peluang untuk berjalan jalan dan bershopping. Kali ini matlamat adalah untuk bershopping kain kain yang dikatakan sangat berkualiti dan murah harganya.  

Boleh baca kisah lawatan kami ke Cairo di SINI, SINI dan di SINI. Juga di SINI dan di SINI. Akhir sekali di SINI. Tu dia punya banyak entri, itu yang sampai tercicir yang ini. Apa apa pun, masih teringat Izzad yang sekarang bertungkus lumus menghabiskan pengajiannya. Sepanjang di sana, Izzad lah yang membawa kami ke sana sini. Pasti sekali ianya sesuatu yang tidak dapat dilupakan.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Egypt Yang Sangat Nostalgia"

  1. tahniah mama dan papa atas kejayaan anakanda akak..best ye kak leh jenjalan sekali..

    BalasPadam