Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sekaya Telur Kegemaran Azie




Kuih Sekaya Telur Kelantan Azie Kitchen



Inilah adalah kali pertama saya menyertai kemeriahan Malaysian Food Festival (Kelantan Month) yang akan berakhir pada penghujung bulan April 2013. Rasa tak lengkap jika saya tidak menyertai memandangkan Kelantan adalah negeri kelahiran yang sangat saya banggakan. Saya memilih kuih kegemaran saya yang sangat sedap dimakan sejuk sejuk terutama semasa berbuka puasa di bulan Ramadhan. Memandangkan bulan Ramadhan akan menjelma lagi, jadi saya rasa elok jika saya kongsikan entri ini untuk tatapan pembaca terutama yang menggemari makanan Kelantan. Boleh klik page makanan Kelantan di SINI jika mahu melihat senarai masakan dan kuih muih Kelantan yang tersedia di blog saya.

Terdapat 2 jenis Kuih Sekaya iaitu satu yang dibuat tanpa menggunakan pulut sebagai lapisan bawah dan satu lagi yang dibuat dengan lapisan pulut. Sebelum ini saya membuat Pulut Sekaya Telur yang menggunakan pulut sebagai lapisan bawah dan telur sebagai lapisan atas tapi kali ini, hanya menggunakan telur sahaja. Rujuk di SINI untuk resepi Pulut Sekaya Telur. Makanan ini memang antara makanan kegemaran saya sejak kecil dan banyak di jual di gerai gerai makanan di Kelantan. 

Kalau balik kampung, Sekaya Telur adalah antara makanan yang saya mesti beli, jika ternampak terutama di bulan puasa. Sedap sangat di makan sejuk sejuk sebaik dikeluarkan dari peti sejuk. Biasanya ianya dimakan menggunakan sudu kerana kuihnya yang basah dan belengas, kata orang Kelantan. 



Kuih Sekaya Telur Kelantan Azie Kitchen

Kuih Sekaya Telur Kelantan Azie Kitchen


Kalau makan Pulut Sekaya pun saya memang suka bahagian atasnya, jadi kalau Sekaya Telur memang puas lah sebab semuanya lapisan telur sahaja. Saya suka melihat tekstur kuih ini yang berlubang lubang macam kek apa tu, kek sarang semut kot. Sambil makan, saya akan menengok dan membelek kuih ini. Memang mengasyikkan. 

Alahaaai sedap nyer Sekaya Telur ni, menghilangkan rindu pada kampung halaman. Kemanisan yang secukup rasa jer.  Sekejap jer dah habis separuh loyang. Sejuk jer anak tekak bila makan kuih ni... Ohh ya, kalau nak tambah lapisan pulut di bawah dengan menggunakan resepi ini pun boleh juga tau...

Jom layan resepinya...



Kuih Sekaya Telur Kelantan Azie Kitchen

Sekaya Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 biji telur itik (buang mata)
1/2 cawan gula melaka (1/2 keret besar)
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 helai daun pandan - carik kecil
Garam secukupnya
3-4 bunga cengkih

Cara cara:
Satukan kesemua bahan dan dipukul ringan hingga sebati. Alas loyang dengan plastik. Tapiskan ke dalam loyang saiz 7 inci. 

Masukkan semula beberapa kuntum bunga cengkih tadi. Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dulu.

Masukkan loyang ke dalam periuk pengukus dan kukus dengan api sederhana selama 30 minit.

Angkat dan sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong



Kuih Sekaya Telur Kelantan Azie Kitchen


Nota:
Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik di keluarkan dari peti ais.



"I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets"





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

27 ulasan for "Sekaya Telur Kegemaran Azie"

  1. nmpk sedap...sedap dimakan sejuk ni...bleh tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. QH, kalau dimakan sejuk sejuk, lagi terbaiiik. Satu persatu masuk mulut, tak terasa pun. Sedar sedar dah setengah loyang gone missing.

      Padam
  2. zie, guna telor ayam, boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, boleh juga guna telur ayam tapi dikatakan kuih lebih gebu jika guna telur itik. Jangan lupa bagi feedback selepas mencuba

      Padam
    2. Kenapa letak cengkih dlm sekaya?telur itik agak hanyir bnding telur ayam.kalau letak esen vanila blh tak?

      Padam
    3. Apapun tq utk resepi tgh byk telur iti tak tahu nk buat apa selain telur masin..

      Padam
  3. k.Azie....sekaya telur antara kuih yg dicari masa bulan posa kalau balik kg..
    ....sedapnya mkn sejuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear mamasya, sama lah kita. Balik kampung terutama bulan puasa, mesti beli kuih ni.

      Padam
  4. oh ...tqvm azie..doh lamo dok cari resepi ni...tpi saya pnggil ghodok telor....
    meme feveret saya ni...byk kali doh cuba buat tapi x jadi...
    nok tera hok caro azie plak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Maisara kr sudi meninggalkan komen. Ore klate ko. Mmg sedap kuih ni. Cuba buat, gerenti sedap. Pahtu bagi feedback kat sini ya

      Padam
  5. Nak tanya buang mata tu apa maksudnya. Bunga cengkih dan daun pandan just masukkan dalam loyang ke? Saya ni tak pernah buat kuih tradisional ni...hehehe. Tapi bila dah diperantauan ni...tak tahan daulat juga tgk blog Azie ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. DuRa, daun pandan dan bunga cengkih tu dimasukkan bersama bahan lain dan dipukul.Kemudian kita tapis. Daun pandan yang ada atas tapisan tu dibuang jer. Bunga cengkih jer yang diambil dan masukkan semula dalam acuan.

      Bila kita pecahkan telur, akan kelihatan ketulan putih dalam telur putih, kita ambil sudu dan cungkil buang keluar, sebab yg itu menjadikannya hanyir terutama telur itik. Tapi kalau tak buang pun tak apa. Kalau nak cepat, tak buang pun.

      Padam
  6. Azie...terima kasih la..sya doh buat kuih ni..meme menjadi...klu sblum ni asyik beli di kedai... betul tu azie..sya ore klate..dok pun di klate tpi sbb cni byk kedai yg jual makanan klate so sblum ni asyik tunjuk2 je...ulur duit...doh boleh makan....kini sya nk rasa hasil air tgn sdiri....terima kasih byk2 azie....sudi kongsi resepi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maisara, satu kejayaan besar utk diri sendiri apabila kita berjaya membuat kuih yg kita sukai. At least kita pecahkan rekod peribadi. Syabas kerana berjaya membuatnya.

      Padam
  7. salam azie,

    macam pernah makan dulu2 semasa tinggal sekejap di kelantan
    tapi dah lupa rasanya...insyaAllah nak cuba

    nak tanya sikit ..telur di buang matanya tu apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya sedap sekali, ala ala kek sarang semut tapi lembab manis. Bila telur dipecahkan, kita akan nampak gumpalan putih berketul. Itu yg dikatakan menjadikan telur berbau hanyir

      Padam
    2. Meme sedap kueh nie makan bulan puasa.masuk peti sejuk lg besttttt..

      Padam
  8. Assalamualaikum..tengok gambar jer sudah tergoda.Tu belum makan Lagi.Pasti kena Cuba.Banyak Nak tanyer Tadi,Tapi Bila baca komen Dari yang lain ..nampaknyer sudah terjawap soalan Saya tu..
    Walaupun Saya berasal Dari Negeri Sembilan,Tapi Sejak kawin dengan orang Terengganu,selera dah banyak ke manis .
    Terima kasih Kak Azie,
    Dari Ina jauh d Qatar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ina,
      Kalau dah cuba, jgn lupa bagi feedback ya

      Padam
  9. Mekasih kak azie... Sue dah buat kueh ni ikut resipi akak.. Menjadi...dan sedap..! Dah lama nak mkn kueh ni, dulu arwah mak selalu buat..akhirnyaa... Dapat wat sendiri dengan jayanya....nasi ayam istimewa akak pun sedap.. Mekasih kak..

    BalasPadam
  10. salam azie..
    ini pun kuih kegemaran sy bila tiba bulan ramadhan...
    t.kasih berkongsi resepi...

    BalasPadam
  11. kak bakpo dia xgebu serupo pulut sekaya...biasa di kelate kuih dia naik gebu pastue kedut...klau ikut resepi pulut sekaya baru kedut comel ko..mohon perjelasan dari akak staya buat xpernah kedut...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada 2 jenis. Yang ni memang ginilah rupanya. Ada satu lagi, boleh tengok dalam Pulut Sekaya

      Padam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. salam kak Azie....terima kasih banyak2 coz sudi berkongsi resepi sekaya nie....saya dah buat...menang menjadi....pulut sekaya pun dah saya buat dan ia menjadi....terima kasih coz sudi kongsi ilmu masakan....

    BalasPadam
  14. Salam,,,nak try wt r kuih ni,hubby pn dh bnyi ngpe x try wt sekaya jer,he2,,,insyallah nk wt,,hubby mst suke
    Fiza dri kmn,ganu kite,,

    BalasPadam
  15. Salam k.azie,ade cre ke buat biat berlubang2 tu

    BalasPadam