Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rainbow Cake Untuk Harijadi Azie

Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen

Hepi buffday to me, hepi buffday to Azie, hepi buffday to me. Hahahaha tu dia, memang buang tebiat ke apa. Saja jer. Kalau asyik on serious mood jer, apa nak jadinya. Hmm apa azam harijadi saya pada tahun ini ya. Biarkan saya senaraikan azam saya di sini. 

Saya ingin menambahkan ilmu agama dan memperbanyakkan amal ibadah serta sedekah jariah. Maklumlah bila tibanya harijadi, yang sebenarnya baki umur kita menjadi kurang setahun. Inshaa Allah, jika dipanjangkan umur, saya ingin mengambil peluang semaksima mungkin untuk berbuat ibadat terutamanya di bulan Ramadhan. 

Selain itu, saya juga ingin meningkatkan tahap kesabaran saya terutama pada hubby dan anak anak. Saya ingin lebih rapat dengan anak anak. Juga saya ingin lebih melahirkan kasih sayang sesama insan dan tabah menghadapi segala ujian yang diberikan. 

Sejak akhir akhir ini, saya diuji dengan masalah kesihatan satu demi satu, namun saya yakin kesakitan itu adalah untuk membasuh dosa dosa yang ada pada diri saya. Saya redha dan yakin jika Allah ingin memberi, tiada satu pun kuasa yang dapat menghalang. Hanya pada Allah, aku menyembah dan aku memohon pertolongan.

Sempena hari jadi saya tahun ini, saya menyediakan sendiri kek harijadi untuk dibawa ke pejabat bagi meraikannya bersama kawan kawan. Hahaha bukan saya sendiri pun tapi Juita. Saya cuma menolong sahaja. 

Kali ini saya menyediakan Rainbow Cake yang resepinya saya ambil dari blog Qasey Honey dan blog Rahel. Manakala resepi Buttercream pula diambil dari blog Rahel. Resepi rainbow cake ini diambil dari buku Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria. Tertarik apabila membaca yang QH mencubanya beberapa kali dan memberi maklumbalas yang sangat sangat positif....

Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen
Walaupun QH menggunakan frosting dari fresh cream tapi saya menggunakan frosting buttercream. Sila abaikan deko frosting yang comot comot tu. Frosting yang disediakan tak cukup untuk cover kek dengan mewah. Sebenarnya selain tak berapa pandai mendeko, juga sebab kami kepenatan. 

Sampai rumah dah hampir pukul 8 malam, lepas solat terus bakar kek dan buat frosting. Sambil sambil itu, saya juga menyediakan Kuih Seri Muka Delima untuk dibawa ke pejabat bersama dengan kek Rainbow ini.

Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen
Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen
Saya merasa sangat gembira melihat kawan kawan seronok menikmati makanan yang disediakan. Saya juga sangat terharu dengan kesudian kawan kawan untuk membawa juadah lain untuk dinikmati sempena majlis kecil kecilan harijadi saya. Berbalik pada kek rainbow ini, saya sangat berpuashati dengan hasilnya. Keknya gebu dan moist. 

Begitu juga dengan buttercream, yang pada saya sangat sesuai kemanisannya. Terasa ala ala buttercream kek di zaman kecil kecil dulu. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga atas penyediaan kek ini oleh anakanda saya, Juita sebagai hadiah hari jadi paling bermakna dalam hidup saya. Jom layan resepi dulu....

Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen
Rainbow Cake 

Bahan bahan:
250 gm mentega
220 gm tepung kek (ayak dg 1 sk baking powder)
200 gm gula kaster
4 biji telur gred A
5 sudu besar air susu (guna susu segar)
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna yang disukai

Cara cara:
Griskan acuan bulat 8". Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.

Pukul mentega dan gula kaster dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.

Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.

Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu dan esen vanila. Gaul hingga rata.

Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan mengikut warna yang disukai. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit.

Setelah kek masak, biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.

Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen

Nota:
Saiz loyang 8 inci (6 warna), guna hanya 1 ½ adunan. Kalau mahu 7 warna guna 2 adunan. Saya guna loyang 9 inci, 2 adunan dan 6 warna.

Krim Mentega
Sumber: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

150 gm mentega
350 gm krimwell
180 gm sirap gula/susu krimer manis
3 sudu besar gula aising

Cara cara:
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang dan gebu selama 10 minit.

Masukkan sirap gula/susu krimer manis dan gula aising.
Pukul lagi hingga sebati. Siap untuk digunakan. 

Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen
Rainbow Cake Sedap Azie Kitchen

Nota: untuk 2 adunan kek, perlu 2 adunan krim mentega.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

66 ulasan for "Rainbow Cake Untuk Harijadi Azie"

  1. Happy Birthday, Azie! Wah, so rajin to bake the cake after coming back from office. Kalau myself, tak larat lah :) It's a lovely cake and I am sure your friends must have been delighted! And may all your wishes come true :)

    BalasPadam
  2. Happy birthday, Kak Azie.. semoga Allah SWT memakbulkan apa sahaja impian yang Kak Azie nyatakan dan semoga dipermudahkan, Amin.. terima kasih kerana banyak berkongsi ilmu di dapur ya..

    BalasPadam
  3. happy bday to kak azie..tarikh lahir kita sama..aku pun bday ari ni gak..

    BalasPadam
  4. Hi Kak Azie,

    Happy Birthday to you. Hope you have a wonderful celebration with your lovely family today. Wish you more health and happiness coming your way for this birthday.

    This deco looks natural and nice.

    Regards,
    Sally

    BalasPadam
  5. Happy Birthday Azie, yg keberapa ye...hihihi
    Cantik kek tu, mintak sepotong boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. deko simple jer but the cake is so tasty. serious very the moist giteww

      Padam
  6. hepi besdey to youu !!!... hepi besdey to u !!.. semoga kak azie makin comey dan sentiasa comey mcm kak ton...

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir.Moga bahagia sekeluarga sampai syurga.
    Saya memang tau sgt Azie tersgtlah rajin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ameen. Semoga semangat dan kerajianan terus membara

      Padam
  8. asalamualaikum kak azie..
    Happy Birthday kak Azie..
    semoga di kurniaan keberkataan dan lebih success..amin.
    emm...hasil tgn kak Azie mmg meletopsss!!
    nice cake..menarik sgt dgn kaler2 tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Che Ah. Rasa kek ni mmg meletops

      Padam
  9. Hepy besday Azie..samalah kita d uji dgn tahap kesihatan n utk sy hingga mdpt cti sakit selama 42ari...tpi spt yg azie tulis sblum ni duduk d umah lama mmg ada nikmat trutama dr sgi ibadah n krg umpat mgumpat tu...Syukur masih dberi nafas olehNya yg mjadikan kita sentiasa brniat utk mjdi manusia yg lebih baik dr sblumnya..semoga niat baik Azie d rahmati & d makbulkanNya, Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohh you take care, dear. Tiada guna wang ringgit jika badan tak sehat. I ingin mengubah life style supaya lebih cergas dan sihat

      Padam
  10. salam kak azie..hepi besday wat besday "girl" moga panjang umur dimurahkan rezeki dan sentiasa sihat juga ceria selalu disamping keluarga tersayang ye kak..amin!

    BalasPadam
  11. salam kak Azie, apa tu creamer manis.. susu pekat ke..

    BalasPadam
  12. Salam...selamat ulang tahun.

    Nampak cantik dan sedap keknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaitun,
      the cake is so moist. I love it so much

      Padam
  13. Hepi bday kak azie...semoga sentiasa ceria dlm menyediakan sajian yang sedap2, panjang umur & sentiasa dalam kesihatan yang sihat2 saja :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you sahabat yang tidak jemu jemu mengajar

      Padam
  14. Selamat Hari Lahir Azie semuga dirahmati Allah sentiasa pjg umur dan murah rezeki....azie tersgt rajin dan mcmana pandai membahagi masa?

    BalasPadam
  15. Happy birthday Azie semoga panjang umo murah rezki dan dikurniakan dengan kesihatan yg baik Amin... :)....

    BalasPadam
  16. assalam kak azie Allah Selamatkan kamu.. Allah selamatkan puan haziah jaya.. Allah selamatkan kamu...moga pjg umur murah rezeki dan dirahmati olehNya Amin.. moga makin berseri dan dipermudahkan segala urusan.








    BalasPadam
  17. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Azie...semoga perjalanan kehidupan sentiasa mendapat keberkatan dariNya dan sihat selalu..

    rajin sungguh azie...nampak cantik dan gebu kek kek tu.
    selalu cuba kek2 dari resepi azie, mmg berbaloi2...sentiasa jadi.
    tk ye kerana sudi berkongsi ilmu..

    BalasPadam
  18. Happy Birthday kak...semoga di bawah rahmat Allah selalu..

    BalasPadam
  19. hepi besday kak azie..smoga dpjgkn umur,dmurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik dunia akhirat..amin

    BalasPadam
  20. hepi besday aunty.moga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan. suka baca blog aunty n suka jgk try resepi2 kt sini =)

    BalasPadam
  21. hepi besday kak azie,nak tanye, mentega jenama apa kakazie guna untuk krim tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk krim kali ini, saya guna buttercup. Biasanya saya guna pure butter

      Padam
    2. Kalau xde krimwell nak gantikan dengan ape ye,
      (rukaiah)

      Padam
    3. Dear Rukaiah,
      Boleh ganti krimwell dg marvello, supertact atau shortening.

      Padam
  22. Hepi belated day sis ♥

    BalasPadam
  23. Happy belated birthday kak. kak azie minta halalkan resepi semlm sy buat kek ni utk sambutan bday beliau. First time buat dan mebdeko. ....Mmg sedap. ... Anak minta sy yg buat kek x mahu kek yg beli cz dah lama janji dgn beliau nak buat rainbow kek. Thank you so much kak. my frenz puji mmg sedap.

    BalasPadam
  24. salam kak azie krimwell tu yang cam ner ada gambar nyer x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Krimwell tu macam rupa majerin juga tapi lebih cerah warnanya. Ada dijual di kedai bakery

      Padam
  25. kalau guna tepung naik sendiri boleh x ganti tepung kek?

    BalasPadam
  26. As Salam. Kak, saya nk cuba resepi akak.. cuma nk tahu kita perlu bakar lapisan tu satu persatu kan? kalau tgh bakar 1 warna dan yg lain tu biar jer kt luar x per ker?

    BalasPadam
  27. Salam kak Azie ,
    Saya nak tanya , boleh kukus tak kek ni ? Kat rumah takde oven :'( Tapi teringin sangat nak buat kek ni disebabkan warnanya yang menarik dan nampak sedap !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya semua kek boleh dibakar atau dikukus. Pasti masak. Cuma tak pasti samada naik cantik.

      Padam
  28. As salam kak azie...bhan2 yg akak bgtaw tu ckup utk 6 lapis kek ke???or kne wat adunan laen utk ckup kn 6 lapis kek tu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noor, cuba rujuk nota di atas. Dah lama, saya pun tk ingat secara off hand.

      Padam
  29. Salam kak. Saya nak tanya, kalau ikut resepi ni untuk buat rainbow cupcake boleh tak? Thank you in advance :)

    Pana.

    BalasPadam
  30. Assalam k.azie...kek tu kene bakar setiap lapis 20minit ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakar 7 kali dengan 20 minit setiap lapis jika buat 7 lapis. Kalau oven boleh muat, boleh bakar 2-3 loyang sekali bakar

      Padam
  31. Salam kak.klau cream digantikkan dgn chocolate nutella boleh?

    BalasPadam
  32. salam alayk kak azie, saya cheese lover. kalau nak oleh krim mentega jadi krim cheese macamana ye?

    thank you :)

    BalasPadam
  33. salam kak azie...best posting ur delicious kek.. in syaallah sy nk buat jugak

    BalasPadam
  34. sis kalau nak guna cream cheese boleh tak?

    BalasPadam
  35. akak nk tnya tepung kek tuh tepung ap yer? tepung naik sendri atau tepung superfine?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepung kek. Blh beli di kedai bakeri. Bukan tepung naik sendiri atau superfine.

      Padam
  36. Asalam, kak..nk tnya..kna guna brapa loyang tuk kek ni..boleh xguna 2 loyang je..mksdnya bila dh msk selapis kita trus kuarkn dr loyang n guna blik loyang tu tuk lapisan strusnya..teringin nk cuba tp x confident

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh. Biar betul betul sejuk dulu. Atau boleh basuh. Kek ni agak remeh menyediakannya tapi inilah kek yang terbaik dan tersedap pada tekak saya.

      Padam
  37. salam kak azie..loyang tu sesuai guna berapa inci tgginye?then setiap 1 loyang kene letak berapa gm?supaya nmpk cntik naiknye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya dah tak ingat. Boleh baca di dalam entri di atas. Kena bahagi 7 warna. Jadi timbang lah berapa berat adunan. Bahagilah 7

      Padam
  38. Boleh suggest pakai mentega brand apa yang sedap? Salted atau unsalted?

    BalasPadam
  39. Aunty Azie...nak tnya mentega tu guna planta boleh ke?

    BalasPadam
  40. Aunty Azie... Mentega tu guna planta boleh ke??

    BalasPadam
  41. Salam sis Azie mintak halal segala resepi sis... Sy suka follow sis nya resepi
    Happy birthday 🎊 🎉 🎂 🎊 Moga dipermudahkan segala urusan Moga sentiasa sihat tubuh badan Moga pjg usia dan dimurahkan rezeki selalu ❤️ ❤️
    😘 😘 Esok birthday anak saya... Saya bukannya bakers... Tapi Saya nak buat kek sendiri utk anak sy... Moga menjadi....

    Tq Sis atas resepi yg senang ikut ni

    From MamaNoRa Melaka

    BalasPadam