Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kari Ikan Jenahak Yang Sedap



Kari Ikan Jenahak Yang Sedap


Membaca apa yang ditulis oleh Shiela apalagi melihat gambar gambarnya membuatkan saya menjadi sangat sangat teringin untuk makan nasi dengan Kari Ikan. Shiela berkongsi petua turun temurun untuk memasak kari ikan yang sedap. Kari Ikan adalah merupakan masakan baru dalam hidup saya sedari kecil, saya cuma tahu ayam atau daging yang dimasak kari. Semasa baru baru berkahwin, agak sukar juga untuk saya menerima lauk yang dihidangkan di rumah mertua yang hari hari ada Kari Ikan. 



Kari Ikan Jenahak Yang Sedap


Saya mula menyukai kari ikan selepas menikmati kari yang dimasak oleh kakak ipar yang sangat sedap. Rupanya kari ikan yang sedap mesti ada rasa masam sedikit. Patutlah sekepal asam jawa yang yang dimasukkan ke dalam kuah kari. Memang meletup weeh. Tapi praktis juga yang diperlukan kerana kakak ipar saya sejak kecil makan kari ikan berbanding saya dah suku abad, baru mula makan dan belajar memasak kari ikan. Mana nak sama kan?

Selepas balik dari bersarapan dengan nasi dagang Terengganu di USJ, saya singgah di Pasar basah Seksyen 15. Klik di SINI untuk entri berkenaan sarapan nasi dagang Terengganu. Aduhai tak ada yang murah di sini. Santan yang dikatakan 1 biji kelapa pun sangat sedikit kuantitinya sehingga saya bertanya kalau ianya dicampur air atau tidak. Mak cik yang jual memberitahu yang ianya hanya dicampurkan dengan sedikit air kelapa supaya tahan lama. Walaupun saya tidak percaya, saya membayarnya juga dengan harga RM1.80. Kalau ianya betul betul santan pekat, OK lah juga. Ini memang nampak cairnya tapi sebab malas nak mencari di tempat lain, terpaksa lah beli. Pendek kata kalau hanya ada 1 keping duit kertas RM100 di tangan, apa saja barang yang boleh dibeli. Bersarapan pun sudah RM35, ikan lagi RM38, santan, bendi dsb. Hmm hampirlah juga RM100. Hati merungut rungut sendiri bila mengenangkan inflasi di negara kita. Dengan gaji RM1000 di Malaysia dan UK1000, tentunya mereka yang tinggal di sana lebih baik dari kita di sini. Huuh geram geram.... Beli 2 keping ikan jenahak ini dengan harga RM21. Cantiik punya harga weeh. Kalau gaji dinaikkan, peniaga juga akan turut menaikkan harga barangan. Akhirnya kita juga yang susah. Dulu gaji RM1000, struggle... sekarang pun masih struggle....



Kari Ikan Jenahak Yang Sedap

Kari Ikan Jenahak
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg Ikan
50gm rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar - mayang
5-6 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
1 inci halia - dimayang
3 batang cili hijau
100ml santan + air secukupnya
1 sudu besar halba campur
1 sudu besar beras sangai ~ditumbuk halus
1 pelepah daun kari
2-3 biji cili padi – potong kecil (saya tambah)
Garam secukup rasa
Segenggam asam jawa
Buah tomato - belah 4
Kacang bendi/terung

Cara cara:
Mula mula goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus.





Cuci bersih kepala ikan tersebut dan boleh juga dipotong mengikut kesukaan. Sebaik baiknya ia dicuci dengan cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Ini boleh menghilangkan hanyir ikan. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis cili padi, halia, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari. Tumis hingga bawang menjadi keperangan.





Kemudian masukkan pes rempah kari yang dibancuh bersama sedikit santan cair, garam dan cili mesin. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau dengan api yang kecil supaya garing perlahan lahan sampai betul betul garing. Pastu bila rempah dah garing, masukkan beras sangai dan kacau rata sebentar.



Kari Ikan Jenahak Yang Sedap




Kemudian masukkan santan yang telah dikacau dengan air dan air asam jawa yang secukupnya. Bila sudah betul betul menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa. Besarkan api sehingga ikan masak. 

Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarik gulai kita nanti. Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu..




Kari Ikan Jenahak Yang Sedap


Nota:
Kacang bendi, jika nak kelihatan segar dicelur jer dalam air yang dicampur sedikit minyak dan garam. Bila nak makan baru letak sekali dalam mangkuk hidangan. Jika guna terung, boleh digoreng dulu terung tu sehingga layu dan dimasukkan dalam kuah.





Jika suka, boleh juga blend bawang besar dengan 1 biji tomato buah.



Kari Ikan Jenahak Yang Sedap

Kari Ikan Jenahak Yang Sedap


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

18 ulasan for "Kari Ikan Jenahak Yang Sedap"

  1. Salam Azie, menarik kari ikan tu. Beras sangai digunakan untuk memekat dan mewangikan kari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya rasanya berfungsi memekatkan. Kalau biasa, saya blend bawang besar dan sebiji tomato utk kasi pekat. Sedap kari ni

      Padam
  2. kari ni sedap..tu la baru nak tanyer akak beras goreng tu nk pekatkan kuah rasanya?kari dari perak,kedah dan penang serta perlis mmg best tau..akak beruntng berkahwin dr org perak..banyak masakan sedap dari sana..nikee nak cuba msak laa nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kari ni mmg sedap tapi dah salah pilih ikan. Tengok tu melentik jadinya. Patut guna ikan yg lembut macam ikan merah ke

      Padam
  3. KAK ZIE JENAK SEDAP DI GORENG GARING..LPS TU DI GORENGKAN BWG SAMPAI KUNING..TABURKAN ATAS IKAN..DAN AMBIK SEDKIT MINYAK BEKAS IKAN TADI DAN DI RENJISKAN KISAP CAIR..NILAA ALA-ALA CINA MAKCIK BELAH ABG SAYA MENIKMATI JENAHAK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kongsi resepi ini. Nnt nak cubalah.

      Padam
  4. salam Azie lama tak singgah sini, terliur tengok kari tu sbb bubuh beras goreng ada kelainan sikit boleh lah akak try nanti mesti sedap kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, kak Noor, malam tadi saya dan hubby cicah dengan roti.

      Padam
  5. Aduhaiii Azie.. i yang teliur betul nengok ni.. btw, thank you sudi mencuba yer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih pd Shiela kr sudi berkongsi resepi serta petua petua

      Padam
  6. Azie, your fish curry really looks delicious. I never liked fish curry when I was younger. But am slowly learning to appreciate it. Am bookmarking this recipe to try out.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seriously delicious. Cicah roti pun sedap. Should try

      Padam
  7. Salam puan, nk tanya kalau blend tomato dengan bwg besar tu nak masukkan masa bila yer? Tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masuk bila bila semasa menumis atau selepas ditumis pun boleh

      Padam
  8. Sedap...baru buat...jrg masak Kari ikan..Kira menjadi la

    BalasPadam
  9. semlm beli jenahak rm15 sekilo..Mlm ni husband msk kari

    BalasPadam
  10. Terima kasih. Saya akan mencuba resepi ini.

    BalasPadam