ETHICA: Artikel Tulisan Azie Dalam Majalah Perempuan
Sebelum saya menulis lanjut, saya nak announce sedikit supaya pembaca semua yang belum membacanya untuk klik di SINI bagi melihat entri berkenaan Adab adab Hari Jumaat. Dengan membacanya sahaja kita telah mendapat pahala. Bagi yang telah membaca, bolehlah dipanjangkan lagi ilmu dengan share kepada kawan kawan yang lain di blog atau di facebook supaya kita semua mendapat pahala yang mengalir secara berterusan. OK tak?
Haaa ini adalah satu lagi gambar dan artikel yang dimuatkan dalam majalah Perempuan yang saya olah dan tulis sendiri. Ianya berkenaan dengan majlis anjuran ETHICA iaitu Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya. Majlis yang dinamakan Sireh Pulang Ke Gagang adalah di mana ahli ahli ETHICA bersama keluarga masing masing telah bermalam di asrama. Terdapat pelbagai acara yang disediakan termasuklah sukaneka dan majlis makan malam yang dirasmikan oleh Dato' Mohd Shafie Abdullah selaku Penasihat ETHICA. Untuk rekod, ETHICA dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak anak tentang kehidupan kolej juga untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli ETHICA. Diadakan juga lawatan di sekitar kampus untuk anak anak ETHICA. Heee detail kenalah baca sendiri, itupun kalau majalah tersebut masih tersimpan di rumah kawan kawan semua. Jom saya letakkan gambarnya di bawah. Tengok anak saya dalam gambar tu, siap bawa handbag lagi, hahaha
Inilah gambar gambar yang terdapat dalam majalah Perempuan yang sempat saya snap kembali untuk tatapan dan kenang kenangan terutama ahli ahli ETHICA yang mungkin dulu tak membelinya.
Hingga berjumpa lagi di dalam siri cerita majalah lama, salam sayang untuk semua...
Catat Ulasan for "ETHICA: Artikel Tulisan Azie Dalam Majalah Perempuan "
Add your comment