Chocolate Chips Muffin Paling Simple
Hari ini saya memang mati akal berada di rumah keseorangan. Hubby dan Nana pergi kerja, Nelly pulak keluar sejak pagi, Juita ada camping dan Aween pulak dengan latihan karate di sekolah. Aduhaai serius, kalau macam ni hari hari, kes naya ni. Tapi tunggu dulu, mungkin sebab saya sakit kot.
Kalau tak sakit, boleh juga saya berkebun, memasak dan mengemas rumah atau pergi window shopping ke. Oh oh atau pergi kuliah. Hari ini kuliah Dhuha di surau Ad Dhuha pun tak dapat nak pergi. Sejak keluar hospital, badan saya seperti menggigil menggeletar. Badan saya bolehlah berehat tapi macam mana dengan minda.
Hmmm nak makan tengahari pun kena tunggu hubby balik juga. Hari ini dia balik lambat kerana kena ke Subang Jaya ambil Aween dulu. Nak lepak lepak depan TV pulak, ada pekerja yang masih membuat kerja kerja baik pulih di rumah. Segan lah pulak.
Lagi pulak, kaki memang berhabuk. Nak ber whatsApp dengan geng geng ETHICA pun semua menyepi, agaknya sibuk dengan keluarga masing masing. Yang sekejap tadi menyapa pun hanya Mayor London jer, yang lain senyap dan sunyi. Perut dah mula berbunyi, kepala dah mula pening dengan angin.
Akhirnya saya teringat untuk membancuh muffin. Alaa bukan susah buat muffin ni. Janganlah pulak kata sakit sakit pun masih nak buat kuih. Buat muffin ni macam buat cekodok jer. Bancuh semua bahan dalam mangkuk, tuang dalam bekas dan bakar.
Sementara muffin siap, saya pun bancuh 1 mug milo dengan susu pekat. Apetit kita memang pelik sikit agaknya kalau sakit. Dah lama tak meratah milo, saya pun pandang kiri kanan, agak agak tak ada pekerja tu nampak, apalagi meratah milo macam Chah dari blog Bila Chah ke Dapur di mana dia masuk dapur untuk meratah milo. Gitu lah gamaknya. Rakan rakan blog pun sunyi jer hari ini.
OK dah masak pun. Cantik naiknya. Gebu dan lembut teksturnya. Kesimpulannya, saya sukalah dengan muffin ni. Boleh cuba lagi resepi ini dan boleh tabur dengan badam ke atau masukkan fresh blueberries pun sedap. Lupa pulak, nak bubuh tadi. Walhalnya ada jer stock blueberries dalam peti.
Kalau ada sesiapa nak menyediakan kuih yang cepat disiapkan, bolehlah guna resepi ini. Lepas makan muffin dengan milo, saya naik bilik, berbaring macam ular sambil dengar youtube Ustaz Don berkenaan dengan bab solat. Walaupun dah berumur ni, banyak lagi bab bab solat yang saya tak mahir. Jadi sama samalah kita mempelajari lagi semua hal sementara kita masih diberi peluang. Jom kita tengok resepi dulu
Chocolate Chips Muffin
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
125 gm tepung gandum - ayak dg baking powder
7 gm baking powder
75 gm minyak masak
75 gm susu sega
75 gm gula caster
1 biji telur B
½ sudu kecil vanila
Sedikit chocolate chips - tabur
Sedikit chocolate chips - tabur
Cara cara:
Kacau sebati minyak, susu, gula, telur dan vanilla. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga tidak bergentel.
Masukkan ke dalam paper cup sebanyak ¾ penuh. Tabur chocolate chips di atasnya.
Cepat di buat dan sedap di makan..
BalasPadamBetul betul betul. Kalau ada tetamu, belum habis bersembang, muffin dah disiapkan
Padamwah mdhnya, bhn pun x byk...
BalasPadammtk izin copy ya...
Silakan lah. Nnt share kejadiannya di sini. Semudah buat cekodok
Padamnmpk gebu je naiknya...:-)
BalasPadamSaya suka muffin yg naik membukit dan merekah sikit. Baru cantik
Padammesti sedap
PadamMinta Izin copy resepi sebab tertarik nampak simple dan gebus sangat2
BalasPadamSila lah. Sebenarnya dalam 25 minit dah masak. Saja suka lebih perang dan crunchy atasnya. Tapi dalam lembut jer. Muffin mmg sedap dimakan panas panas. Nnt bolehlah share hasilnya ya utk rujukan pembaca lain juga
Padamwah...senangnya kak...nampak sedap la...ni kalau dpt kat anak2 ni mesti licin ni...fiza ambik resepi yer kak...besok2 blh try...hari ni sehari penang hujan... alhamdulillah ... sejuk ja bumi Allah hari ni....perut keja lapar ja waktu hujan2 camni....he he he
BalasPadamSilakan Fiza. Dah buat nnt share ya
PadamAssalamualaikum . Saya nak tanya, kalau nak pakai cawan, berapa banyak cawan yg digunakan utk Tepung, Gula kastor, Minyak masak dan Susu segar? Terima kasih : ) .
BalasPadamMaaf tak pasti sebab tadi saya timbang. Lain kali bolehlah sukat.
PadamElok je kejadiannya muffin cip coklat tu Kak Azie....teringin la..
BalasPadamCubalah. Mudah dan sedap terutama di makan masa panas suam
PadamAssalamualaikum, saya nak tanya kenapa bila saya buat muffin atau pun cupcake, bila esoknya permukaannya menjadi lembab, harap boleh tolong saya, terima kasih...
BalasPadamKebiasaannya lebih lembab kerana minyak atau bahan lemak dari mentega mulai sebati
Padamkak, 7g baking powder agak2 berapa kalau guna sukatan sudu?
BalasPadampayah nak timbang sebab takde digital scale..tq
Gocke
PadamSaya tak pula menimbangnya. Insya Allah, lain kali boleh cuba timbang. Boleh jer guna agak agak dalam 1 sudu kecil ker
Salam kak..slalo juga tgk blog kk azie..tp xpernah try..semlm entah aper ker punya rajin...buatlah cupcakes ni...with anak2..depa suka sgt..sebab sensng buat n sedsp...thanks kak..semoga ilmu yg akak bg ni berpanjangan...
BalasPadamberapa biji cupcake boleh dpt dlm satu adunan ni kak zie :)
BalasPadamDapat 8 biji guna cup 2.5oz
Padammcm best jer resepi ni
BalasPadamrasa nak buat utk goodie beg besday anak nt
semoga sy rajin..insyaAllah
sya nak share juga la. simple sgt n bahan pun tak banyak. semua dah ada kat dapur dah...
BalasPadamsalam..kak..sya bru je bt td..sedp sgt..gebu..tp dpt sikit je..next time nk triplekan adunan
BalasPadamsalam...boleh kukus tak muffin ni..?
BalasPadamSaya belum pernah kukus muffin. Semua dibakar.
PadamTerima kasih kak azie..atas resepi..dah byk kali saya wat muffin ni..mesti jadi..semoga Allah murahkan rezeki kak azie..:)
BalasPadamSalam kak azie. Sy dah try n sy double kan amount. So telur jadi 2 la kan. Tp rupe dia cm terbakar sket n tak rupe muffin sgt. Agk rata. Tp rase dlm ok. Kenape ye? Sbb suhu ye? Tq kak azie.:) nway tq for the recipe.
BalasPadamKlau google resepi, confirm mesti sy singgah kat sini.. Ni tgh pantang, terasa nak mencari resepi cupcake.. Tak sabar tgu habis pantang.. Nak try resepi cupcake kak azie..
BalasPadamkak azie.. kalo susu segar tu digantikan dgn full cream milk boleh tak.. ada beza ke?
BalasPadamBoleh jer guna susu apa apa pun.
PadamAssalam kak azie...suka tgok muffin akak nihh...comel ajerr...teringin nak buat...minta izin copy resepi yer..kak azie, nak tya muffin nihh boleh disimpan beberapa hari tak?
BalasPadamBoleh beberapa hari juga. Nak lama boleh masukkan dlm peti sejuk
Padamsalam kak zie, dh buat muffin nie, sdap sgt..dah lama dah kalau sy google resepi mesti taip nama kak zie, dlm apa resepi sekali pon, mmg btol2 jadi resepi kak zie, sedap sangat.. terima kasih berkongsi ilmu dengan ikhlas.. semoga sentiasa diberkatinya..
BalasPadamDONE!!! Less than 30mnt aja kak, simpel banget buatnya ga pake repot hihihii..muffinnya enak lembut 😍😍
BalasPadamThanks 4 resepnyaa y kaaakk
Dah try..sedap n mudah..laen x let double sukatan sbb xcukup la 8 biji..anyway tq ye kak azie..
BalasPadamSy xde penimbang :(
BalasPadamBeli lah satu. Sangat banyak kegunaannya dan memudahkan kera di dapur
PadamBahan ni bolh dpt brpa muffin klau guna bekas kecik comel tu
BalasPadamSaya dah lupa. Boleh cuba buat dan tgk brp dpt
Padamsalam kak..saya dah cuba resepi choc chip muffin ni..mmg sedap..tp saya buat dlm lembut,luar keras..pastu choc chip tu mencair..help me akak....
BalasPadamSalam kak azie.. Nmpk cam sedap je cup cake tu.. Resepi simple cam senang nak buat.. Nak tanya,,vanilla tu esen vanilla ke?
BalasPadamWslm. Ya esen vanilla
PadamSaya dah try buat... mudah sangat nak buat.. sibuk anak-anak pun sama buat
BalasPadamassalam,resepi ni boleh kukus tak?
BalasPadamVanilla tu esen vanilla ke
BalasPadamYa esen vanila atau blh juga guna vanilla extract
PadamAkak...gandum apa yg bagus
BalasPadamMaaf tumpang tanya.. muffin ni tahan x klu 4 hari?
BalasPadamSepatutnya tahan. Boleh jer letak dlm peti ais.
PadamSemalam saya buat, sedap tp tak naik. Jadi cam bahulu kurang manis but anak2 suka. Habis sekelip Mata.
BalasPadamSy minta izin utk cuba resepi ni ya sis 😍
BalasPadamSusu segar tu ganti dengan susu cair bole ke
BalasPadamSaya tak pernah cuba. Boleh ganti dnegan susu penuh krim ke.
PadamAssalamualaikum. Kak azie, nak yNya, kalau takde susu Segar blh tak tukar ngan susu pekat manis tu saya cairkan...blh jadi ke muffinnya kalau mcm tu? Kalau tak blh kene tunggu hari lain la nak buat?
BalasPadamSusu tu kan manis. Cari susu segar atau susu apa apa yg dlm kotak.
PadamAssalam.. saya nk ty.. sy dh try buat hr tu.. bahagian luar sedap dh rangup..tapi.. bahagian dlm masih mentah..knp ye sis ? Tgh mencuba nk buat untuk birthday anak tak lama lagi.. 😁😁😁..
BalasPadamsaya dah cuba.yeayy menjadi dan sedap.terima kasih utk resipi
BalasPadamSedap muffin ni...lembut hasil nya..hana dh cuba buat...mnjadi...tq kpd kak azie kngsi rsipi...
BalasPadamKlau google resepi, confirm mesti sy singgah kat sini.. Ni tgh pantang, terasa nak mencari resepi cupcake.. Tak sabar tgu habis pantang.. Nak try resepi cupcake kak azie..
BalasPadamka azie ni lawa..pandai masak...pandai mengemas rumah jugak..untung suami kak azie ye
BalasPadamWah nampak cantik...gerenti sedap nie
BalasPadamSalam kak azie..klu minyak tu ganti dgn butter blh ke?
BalasPadamresepi nila yang saya guna masa pertama kali nak buat muffin. memang terbaik resepi.. terima kasih share resepi.
BalasPadamwww.bantalhotelhargaborong.blogspot.my
Mohon share resipi ye kak Azie.
BalasPadammohon share resipi ye kak azie
BalasPadamSaya dah cuba resepi nie sedap sangat...sangat mudah bahan pun senang nak cari...
BalasPadamSuelin
BalasPadamBoleh kukus tak
Assalamualaikum kak azie. Nk tnye, knp muffin sy macam bantat ye.sbb sy pkai cup besar ke?
BalasPadam