Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cerita Anak Anak Dalam Majalah Lama





Hari ini entah macam mana saya termasuk ke study room cum prayer room di tingkat atas. Saje jer untuk meninjau study table Nana bila terpandang old magazine yang terdapat gambar anak anak dan gambar kami suatu ketika dulu. Maklumlah kat tingkat bawah masih bising dengan kerja kerja membaiki lantai yang masih belum siap. Jadi saya cuma turun sekejap untuk mengambil ubat selepas sarapan dan terus naik semula. Saya ambil kamera dan snap beberapa keping gambar dari majalah majalah lama tersebut. Sementara periuk belanga di Azie Kitchen digantung, saya ingin mencoret dan berkongsi berkenaan dengan majalah lama yang memuatkan cerita famili saya. Jom kita layan gambar gambar mereka.

Inilah adalah gambar Nelly dalam majalah Perempuan, temuramah berkenaan dengan azam tahun baru giteww. Muka depan majalah ini, pasti tak perlu diperkenalkan lagi kan? Dr Fadzli semasa perkahwinannya dengan Azrene.






Di bawah ini pulak adalah gambar Nelly dalam majalah Bintang Kecil berkenaan dengan pakaian. Nelly memang sejak kecil memang suka bergaya dan berhias. Ianya terbawa bawa sehingga sekarang. Bila dia ada di rumah, memang terbau wangi jer. 









Yang akhir sekali ini adalah gambar Juita berkenaan dengan dandanan rambut. Turut serta di dalam ini ialah kawan baik Juita iaitu Dayana dan juga Aminah, anak Puan Latifah sahabat baik kami. Ianya juga dimuatkan dalam majalah Bintang Kecil.  Saya masih ingat lagi sewaktu shooting dibuat, saya berada di Kelantan atas urusan tugas rasmi. Juita menunggu saya di airport dengan masih berpakaian ini.









Kesemua majalah masih tersimpan rapi. Nantikan lagi gambar gambar kami di dalam majalah lama yang akan dipaparkan di entri akan datang sebagai kenang kenangan.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

1 ulasan for "Cerita Anak Anak Dalam Majalah Lama"

  1. Your Kitchen is beautiful! Thank you for sharing this interesting idea.
    Modular Kitchen designs

    BalasPadam