Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Baby Kailan Goreng Dengan Sos Tiram




Baby Kailan Sos Tiram


Saya memesan hubby membeli Baby Bayam di Pasar Taman Tun kerana ingin makan sup Baby Bayam. Lagi pulak doktor menasihatkan saya supaya memperbanyakkan memakan sayur dan ulam ulaman jenis berdaun. Tapi hubby dah terbeli Baby Kailan lah pulak. Aduuuh.

Sementara menyiapkan Ayam Percik Kelantan untuk Nana, saya sediakan juga Baby Kailan Goreng dengan Sos Tiram. Sekurang kurangnya adalah lauk tambahan. Saya hanya meratah sayur dengan sedikit nasi dan ayam. Memang selera saya belum pulih, masih terasa tak lalu bila melihat makanan. Makan hanya sekadar untuk mengalas perut supaya tidak kelaparan. Gambar pun sekadar snap untuk masuk dalam blog jer, maklumlah dah malam.

Jom tengok resepi yang saya pelajari dari MyResepi.


Baby Kailan Sos Tiram

Baby Kailan Goreng Sos Tiram
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
300g kailan/baby kailan/siew pak choy
2 ulas bawang putih - ketuk dan cincang halus
1/2 cawan sos tiram + 1/3 cawan air
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil lada sulah
1/3 cawan minyak untuk menumis
Bawang goreng - untuk hiasan

Cara-cara
Panaskan minyak dalam kuali (pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau.

Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah. Kacau goreng hingga pecah minyak

Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.

Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang goreng di atasnya. Siap.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Baby Kailan Goreng Dengan Sos Tiram"

  1. kailan goreng memang sedap..semalam aku try buat sotong goreng garam kunyit mcm yg kak azie share resepinya tu..memang sedap walaupun simple..habis licin..hihi..anyway,thanx ya kak azie..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum..
    follower ke: 609, salam kenal.. :) datang dari rumah kak noor tadi.. nampak baby khailan tu.. mengancam sangat.. sedapnyeee...

    BalasPadam
  3. sedapnye kak azi..zila pun suka beli baby kailan ni..sdp masak gini kan..

    BalasPadam
  4. Have you ever thought about ωriting an e-book оr guеst authοгing on οthеr blοgs?
    I have a blog basеd on the ѕame topics you discuss and would
    lovе to have you shaгe some stories/infoгmation.

    Ι know my viewerѕ would vаlue your work.

    If yоu're even remotely interested, feel free to send me an email.

    my web site; click through the up coming document

    BalasPadam
  5. Kak azie, sedap nampak sayur ni walaupun ringkas resepinya. Mohon nak copy paste resepi dan tepek kat blog Cik Mun ye...Rasanya mybe ada ubahsuai ikut tekak Cik Mun sesuka hati kot...

    BalasPadam
  6. Klau nk letak ikn msin hncur pun bley kn kak zie

    BalasPadam
  7. Kongsi resepi ya kak azie.tq..

    BalasPadam
  8. Nur tengah masak resepi kailan yang kak azie share nih...suami teringin sangat nak makan untuk berbuka kejap lagi.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak azie dan ibu-ibu yang dikasihi. Terimakasih pd kak azie krn berkongsi pelbagai resepi & saya adalah antara yg tidak terkecuali mencuba pelbagai resepi kak azie utk hidangan keluarga saya. Selain berkongsi resepi... saya ingin berkongsi kelebihan tuisyen digital iLearnAce utk anak2. Saya perlukan keizinan dr kak azie terlebih dahulu sblm membuat sebarang iklan. Dan saya tunggu jawapan dari kak azie.

    BalasPadam