Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Percik Kelantan Buat Dr Nana





Ayam Percik Kelantan


  
Tiba tiba saya terasa ingin menghantar resepi Ayam Percik Kelantan yang disediakan istimewa untuk Nana ke Malaysian Food Fest, Kelantan Month yang akan berakhir dalam beberapa hari lagi. Ceritanya semasa dalam perjalanan balik dari pejabat, hubby memberitahu yang Nana ada bertanya berkenaan lauk ayam percik untuk makan malam. Saya memang kagum dengan sikap penyayang suami pada anak anak. Setiap hari dia akan melayan selera anak anak. Apa sahaja makanan yang diminta oleh anak anak hubby akan cuba mendapatkannya. Malahan setiap malam hubby akan pastikan ada makanan untuk Nana kerana dia akan makan di rumah setiap malam. Katanya tak ada masa untuk makan semasa di hospital. 



Ayam Percik Kelantan

Mendengar permintaan Nana, saya pun minta hubby singgah membeli ayam. Saya sebenarnya agak kepenatan dan hari pulak telah lewat petang, tapi saya gagahkan juga untuk menyediakan ayam percik yang diminta. Sambil menyediakan ayam percik, saya sediakan juga sayur goreng Baby Kailan Sos Tiram. Memanggil manggil anak anak kot ada yang mahu menolong. Hmmm seorang pun tak muncul hinggalah semuanya siap dimasak dan peralatan siap dibasuh. Bila siap memasak, hari pun dah malam, saya pun snap ringkas ringkas jer gambar untuk dimasukkan dalam blog. Ayam percik ini sangat sedap walaupun tak seindah gambar. Hahaha

Ayam Percik Kelantan terdapat 2 jenis, ada yang berwarna putih dan ada yang berwarna merah. Jika sukakan sedikit rasa pedas, sediakanlah ayam percik berwarna merah. Sebenarnya susah untuk memdapatkan ayam percik Kelantan di sini kecuali di Restoran Jaring dan Restoran MZ di Chow  Kit. Yang lain lain terutama yang dijual di bazar Ramadhan, tidak mempunyai rasa ayam percik langsung. Boleh klik di SINI untuk melihat Ayam Percik Putih Kelantan yang disediakan oleh kakak saya di kampung.

Cara penyediaan ayam yang sebenarnya ialah selepas diperap beberapa minit akan terus dibakar. Dibakar pula menggunakan perangan yang diperbuat dari buluh yang dibelah dua tapi tidak sampai putus. Itu kira yang original punya ayam percik Kelantan lah. Tapi kalau di majlis majlis kenduri yang menyediakan lauk ayam percik yang banyak, tentulah lama untuk membakar ayam secara terus dan ayam nanti akan berbau jika lama terbiar. Jadi kita boleh kukus seketika ayam yang diperap dengan bahan perap sebelum dibakar. Pastikan ianya dikukus sehingga masak supaya tiada lagi darah di tulang tulang ayam.

Manakala satu lagi versi ayam percik yang saya belajar dari Cik gu Asmat yang terkenal dengan jualan Ayam Percik yang sedap di bazar Ramadhan. Ayam percik Cik gu Asmat di SINI dibuat dengan cara merebus ayam dengan separuh dari bahan kuah sehingga ayam masak. Setelah ayam masak, ayam tadi dibakar. Sementara separuh lagi bahan kuah dimasak sehingga pekat dan digunakan untuk melumur ayam yang sedang dibakar. Walau apapun caranya, bahan bahan yang digunakan adalah sama. Resepi hari ini saya minta dari Kak Yah Kota Damansara. Bila disemak, ianya menggunakan bahan bahan kuah yang sama dengan bahan ayam percik Cik gu Asmat. Percik ni mesti ada rasa manis sedikit, barulah ada kick. 

Selain nasi putih dan nasi kerabu, ayam percik sedap juga dimakan bersama sama dengan pulut kuning. Teringat masa Tun Dr Mahathir melawat ke kampung Badak sekitar tahun 1978 di mana orang orang kampung membuat pulut semangat diringi perarakan bunga manggar. Pulut kuning dibentukkan apa apa bentuk disukai dan diletakkan seekor ayam percik di atasnya. Kemudian dipacakkan bunga pahar di atas ayam terus hingga ke pulut. Di sekelilingnya dipacakkan bunga telur macam bunga pahar pengantin tu. Itulah kali terakhir saya melihat bonda menyediakan pulut semangat dan itulah juga kali terakhir saya berada dalam majlis seumpama itu. Masih ingat lagi sewaktu melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah dari jarak dekat, dalam hati berkata mereka kelihatan awet muda berbanding usia. Semoga Tun berdua diberikan kesihatan yang baik sentiasa.

Jom kita tengok resepi yang saya main campak  campak jer tadi. Dah tak kira sukatan sangat dah pun. Yang penting bawang merah mesti banyak dan kuah mesti ada rasa manis sikit. 


Ayam Percik Kelantan

Ayam Percik Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong 4

Bahan Perap:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya

Bahan Kuah:
2 pek santan pekat
10 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula - kena ada rasa manis
1/4 keping asam keping - letak sekejap dan dikeluarkan takut terlebih masam

Cara cara:
Kisar bahan perap sehingga halus dan perap pada ayam dalam 30 minit. Bakar ayam sehingga masak. Saya kukus ayam terlebih dahulu supaya cepat dan sekata masaknya. Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.

Kisar semua bahan kuah dengan santan dan masakkan di atas dapur dengan api perlahan sambil terus dikacau. Masak sehingga kuah pekat. Masukkan asam keping, garam dan gula secukupnya. Bolehlah diangkat.


Ayam Percik Kelantan


Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.


Ayam Percik Kelantan

Ayam Percik Kelantan

Ayam Percik Kelantan


Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga terus dibakar ayam perap dalam pemanggang ajaib tanpa perlu dikukus.

Jika suka, boleh juga ayam direbus dengan separuh dari bahan kuah.


 
 "I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets"






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

68 ulasan for "Ayam Percik Kelantan Buat Dr Nana"

  1. sedapnyer kak....fiza suka..suka sgt....he he he

    BalasPadam
  2. Kalau dekat kampung memang sah-sah guna perangan buluh tu kak azie... memang klasik betul

    BalasPadam
  3. suka ayam percik...
    sedappp tu...

    BalasPadam
  4. sedapnya kak...terliur zila tengok..memang kt bazar ramadhan kadang xsedap..ada plak kadang dah masam macam nak basi..

    BalasPadam
  5. Thank you azie share recipe..Insya Allah nak cuba.Tengok je dah terliur2. he2

    BalasPadam
  6. Aduh mak ai..!! mengancam la ayam percik mu Azie...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Azie...lamanya x BW ke dapur Azie, x tau la bz apa ntah Ummi ni.... Btw, semua entry menyelerakan,..! Bertuah anak dara dia.....best ratah2 ayam.. ^__^

    BalasPadam
  8. Terima kasih Azie atas perkongsian info tentang ayam percik Kelantan... nampak sungguh menyelerakan!

    BalasPadam
  9. Sedapnya aunty. Senang je rupanya nak buat. tq aunty for sharing =)

    BalasPadam
  10. Sedapnya..fav food sy..dlu masa sy d maktab ada sorg kwn dr kelantan menambah sesudu makan beras sbg tmbhan bhn kuah, katanya nk bg pekat..nk tya Azie lengkuas tak perlu ke dlm bhn kuah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasida,
      Tak guna lengkuas. Biasanya orang bisness akan guna tepung utk memekatkan. Kalau makan sendiri, kita pekatkan menggunakan bawang bawang dan santan pekat jer

      Padam
  11. Salam Azie
    Satu pek santan tu beberapa gram - 200g or 500g?
    Maseh....

    Begitu teruja dgn masakan dan foto anda...

    Lapar giler, kata orang Putih - sooo DROOOLING

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Saya guna 1 pek santan iaitu santan dibeli dalam satu plastik kecil. Tapi santan ni, lagi banyak lagi sedap dan lagi banyak kuahnya

      Padam
  12. salam.2'pek' santan tu agak2nya banyak mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kalau kita perah sendiri, ambil jer santan pekat dari satu biji kelapa. Tak kisah banyak mana pun sebab ianya akan dipekatkan. Cuma kalau cair, lama lah masa diambil utk memekatkannya. satu guna santan yang dibungkus dalam satu plastik kecil. Kalau kedai runcit kat rumah kami, ada 2 types of packaging

      Padam
  13. Terima Kasih Azie Kitchen..Weekend ni bleh try. InsyAllah

    BalasPadam
  14. sedap nie.. lau mak sy wat mak letak beberapa biji beras yg direndam dlm air utk bleander sekali supaya kuah pekat dgn cantik.. ayam plak cuma rebus dgn bwg putih dgn halia n grm sahaja,, apepun nice sharing resepi nie kak! :D bebuka ni anak buah dah request sy buatkan ayam percik.. hihihi..

    BalasPadam
  15. terima kasih atas resepi puan..baru cuba tadi buat juadah berbuka. alhamdulillah menjadi...pertama kali buat ayam percik style kelantan ni.kuah percik dimasak agak lama untuk memekatkannya.

    BalasPadam
  16. UMHHH MAMAMIA...nak balik wat ptg ni... ayam percik.. menu bebuka.. tq kak...

    BalasPadam
  17. Pn Azie, sy minta izin share resepi ni ye... sy sgt gembira sbb ni 1st time sy buat ayam percik dan hasilnya... yahoo... jadi dan sedap sgt... tqvm ye...

    BalasPadam
  18. Salam, aunty, td da cuba resepi ayam percik, alhamdullillah, simple tp sedap! yummmm! Thanks aunty!

    BalasPadam
  19. Terima kasih Azie. Banyak saya belajar dari resepi Azie.Benarkan saya ambil resepi Azie.

    BalasPadam
  20. As salam kak azie... kenapalah akak punya resepi2 ni menarik2 belaka... mmbuatkan saya teliuuurrr sangat... terima kasih kak, diatas perkongsian ini... hiihi

    BalasPadam
  21. KAK NAK TANYEEE... KUAH TU BOLEH TAHAN BAPE LAME EY..

    BalasPadam
  22. sedapnya!!! buat terliur tengok ...terus rindu nak balik Kelantan mcm ni..

    BalasPadam
  23. Terima kasih kerana berkongsi resepi2 untuk peminat resepi2 maskan terutama resepi2 tradisional...

    BalasPadam
  24. Salam kak..
    Terima kasih atas resepi yang ringkas dan mudah...

    Jemput ke blog saya..
    Www.liyanahealthcare.com
    Liyana

    BalasPadam
  25. Memg sedap semua resepi kak azie... Tanks share kak..ayam nie baru ina buat arinie memg kena selera fmly kami tanks kak...

    BalasPadam
  26. Nyummy sis..tq atas perkongsian resipi

    BalasPadam
  27. Acu cubo try test la jawabnya...

    BalasPadam
  28. Askum sis.. na tanya.. wktu sis masak kuah percik tue sis gne mnyak ke atau masak mcm biasa je tnpa gunakan minyak?? Terima kasih sbb share byk resepi yg best2..

    BalasPadam
  29. Semua masakann akk best2..tengs sudi sharee ..smlm sy dh Cuba labu masak lemak cili api..sedap..menjadii..harii nie nk buat percik la plak.hehee..

    BalasPadam
  30. Terima kasih untuk resipi ni. Saya masak untuk buka puasa minggu lepas n semua suka. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  31. Tq sis share bndo ni..lamo doh nk buat ni..nk mkn i tgb ibu pn lmbt lg nk blik kg..huhu

    BalasPadam
  32. terima kasih atas resepi yang mengancam ni...sedap dan mudah untuk buat ayam ni..

    7 Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu Mampu Elak Isteri Stress | Diari Mama

    BalasPadam
  33. Saya memang suke ayam percik.wah lepas ni boleh buat lah.

    Singgah blog saye
    www.aimanrayyan.blogspot.com

    BalasPadam
  34. Salam..kak azie..
    halalkan resepinye ye..
    sy dah buat..
    mmg terbaekkkk..
    tq...

    BalasPadam
  35. Salam Kak Azie ..saya pon dah try resepi ayam percik kak ni.
    memang menjadi ..Alhamdulillah sedap ..satu family suka.
    semoga akak sekeluarga sentiasa mendapat keberkatan ..keep sharing ya.

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum kak.. sy pun dah try masak ayam percik ikut resepi yg kak azie bg.. alhamdulillah menjadi.. terima kasih kerana sudi berkongsi resepi ayam percik akak yg awesome...

    BalasPadam
  37. Terima kasih...selalu sekodeng blog azie...sedap2 belaka

    BalasPadam
  38. Salam,Puan boleh saya share di page saya? sekiranya Puan benarkan, sy amat hargai dan saya akan credit kepada link blog Puan. Terima kasih dan saya menunggu jawapan dari Puan.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bikeh saya tanya page apa ya. Resepi mmg utk dikongsi. You boleh ambik resepi tapi gambar gambar kenalah masak dan shoot sendiri kan

      Padam
  39. Resepi sedap kita wajib share :P Thank you kak :)

    http://www.marietfemme.net/2016/02/fool-proof-recipe-ayamikan-percik.html

    BalasPadam
  40. Salam kak, nak share resipi boleh? Tq

    BalasPadam
  41. Hari saya dan kawan-kawan di rumah sewa buat jamuan nak sambut ramadhan. Saya guna resepi Puan untuk menu ayam percik. Terima kasih :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

      Padam
  42. puasa2 ni sume menu nak try..
    sedapnyeee..

    BalasPadam
  43. Terima kasih di atas perkongsian resepi ayam percik ni..saya suka makan ayam percik..tp di trg susah nak carik yang sedap..saya cuba masak sendiri menggunakan resepi akak..sedap sgt..sampai mak pun puji sedap siap suruh buat lg..

    BalasPadam
  44. Ni Kali kedua saya buat ayam percik. ringkas dan senang. blend je dh siap. Mak mertua pun puji tnya resepi. Terima kasih kak atas resepi resepi yang sedap. Dari xpandai masak, sikit sikit belajar dari blog akak Alhamdulillah masakan dipuji orang sekarang ni.

    BalasPadam
  45. Bestnyer.. sy da buat da. Tq kak share resepi.. sgt menarik n menjadi..

    http://www.sinashaari.com/2017/04/nak-dapatkan-balik-wang-bayaran-bil.html?m=1

    BalasPadam
  46. mcm best .. kalau cili kering nak tukar pkai cili hidup bole tak ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tapi biasanya orang guna cili kering sebab lebih jimat

      Padam
  47. sa slalu cuba azie resepi sememangye baguss.. wpun first time buat mg menjdi meletopp

    BalasPadam
  48. Byk kali dh saya guna resepi kak azie ni. Mmg mnjadi. Husbnd suka sgt

    BalasPadam
  49. Assalamua'laikum kak azie. Inilah blog masakan yang selalu saya lawati dan cuba resepinya. Boleh dikatakan setiapnresepi yg sy Google sy akan cr dulu dari blog akak 😊 memang menjadi sedap dan terbaik. Semoga Allah merahmati segala usaha kak share ilmu 😊😊 tq kak

    BalasPadam
  50. Assalamualikum kak Azie. Mohon kongsi resipi ini ye. Terima kasih.

    BalasPadam
  51. Sedapnyer..mak sy pon selalu buat yg ni dan yg kuah putih 2

    BalasPadam
  52. kali ke2 cube resepi dr azie kitchen. nasi lemak dh hari tu, n percik arini...mmg x mngecewakan... tq😁😍

    BalasPadam
  53. Kak.. Terima kasih share resipi.. Saya buat menu berbuka tadi mmg cukup rasa.. Cuma ayam sy bakar dalam oven.. Malas nk tgu kat dapo.. Hehe

    BalasPadam
  54. Salam,Tq for sharing delicious recipe. Awesome taste!
    I nak share Resepi Ayam Percik Kelantan Original.
    Boleh try ni.... Yummy yummy sampai jilat tangan.
    Source and citation: http://resepiayampercikkelantanoriginal.blogspot.com/

    BalasPadam
  55. Alhamdulillah . Sedap sgguh.. Hr ni kena buat lg.. Kuah kasi lbh buat sahur skali.. Anak2 suka sgt.. T. Ksh

    BalasPadam
  56. Tqvm kak azie sudi share pelbagai jenis resipi.. sy dah byk cedok ilmu memasak di blog kak azie.. mohon halal ye kak azie.. semoga terus sukses 😍

    BalasPadam
  57. Resepi azie kitchen xpe pernah tak menjadi, asalkan tdk derhaka kepada resepi 🤭

    BalasPadam