Asam Pedas Ikan Bawal Emas Versi Melaka
Semasa ke pasar basah Seksyen 15 Subang Jaya hari minggu lepas, saya ada membeli seekor ikan bawal emas yang besar sedikit dari saiz tapak tangan dengan harga RM17. Huish mahal betul tapi dek terpikat dengan kata kata penjual yang memberitahu bahawa ikan ini sedap dimasak Asam Pedas, saya pun terus membelinya. Kebiasaannya saya hanya menggoreng garam kunyit sahaja. Memang sedap rasa isi ikan ini yang lembut lembut putih giteww. Berbaloilah membayar harga semahal itu walaupun dalam hati ada sedikit keluhan.
Kali ini saya menggunakan resepi dari My Resepi. Saya memang suka resepi dari sini kerana mereka yang telah mencuba akan memberi maklumbalas hasil dari percubaan mereka. Jadi kita boleh tengoklah, kalau resepinya sedap berdasarkan maklumbalas yang diberi. Kiranya maklumbalas mereka sangat berguna dan straight to the point.
Klik di SINI kalau nak tengok resepi yang selalu saya guna bila memasak Asam Pedas yang saya pelajari dari kawan saya, Ita. Juga di SINI untuk Asam Pedas Ayam cara Johor yang meletop. Atau Asam Pedas Chef Hanieliza di SINI. Nak melengkapkan JJCM Malaysia, kita cuba pulak resepi Asam Pedas Melaka. Yang ini adalah hasil tuaian pertama pokok kantan saya. Heee cantik tak? Alaaa macam cantik tak Kak Ton yang femes kat TV giteww.
Asam pedas Kelantan? Serius semasa kecil tak pernah pulak makan asam pedas, kalau ada pun yang jenis direbus semua sekali tu terutama ikan mayong atau ikan duri. Teringat zaman dulu dulu, yang paling tak suka, bila kena menumbuk cili kering. Semua masakan bonda hanya menggunakan cili kering, tak pernah pulak guna cili padi atau cili merah hidup. Mahal semua benda benda tu. Arwah ayah cuma Petani, jadi kami memang makan masakan menggunakan bahan yang biasa di temui di kampung atau yang ditanam sendiri sahaja.
Berbalik pada tugas menumbuk cili kering ni, hee memang tak suka. Pertamanya sebab lambat nak hancur dan penat juga kerana lesungnya berat dan kedua selalu terpercik kat mata. Lepas tu, mula lah meraba ke tempayan basuh mata. Serius, itulah kehidupan saya semasa kecil yang sangat sederhana. Kalau nak cepat lumat cili tu, saya masukkanlah sedikit garam. Rumah kami hanya ada garam kasar. Memang tak kenal lah garam halus sehingga saya mempunyai keluarga sendiri.
Berbalik pada tugas menumbuk cili kering ni, hee memang tak suka. Pertamanya sebab lambat nak hancur dan penat juga kerana lesungnya berat dan kedua selalu terpercik kat mata. Lepas tu, mula lah meraba ke tempayan basuh mata. Serius, itulah kehidupan saya semasa kecil yang sangat sederhana. Kalau nak cepat lumat cili tu, saya masukkanlah sedikit garam. Rumah kami hanya ada garam kasar. Memang tak kenal lah garam halus sehingga saya mempunyai keluarga sendiri.
Saya bertuah kerana berpeluang melalui kehidupan sebagai anak kampung. Saya tidak pernah menyesal malahan bangga kerana saya juga mampu berjaya dalam kehidupan seperti orang lain. Di samping itu, pengalaman zaman remaja di kampung sangat manis bila dikenang kenangkan semula. Yang paling penting, kesusahan dulu menjadikan saya sangat berjimat cermat dalam bab memasak contohnya penggunaan minyak masak. Saya lihat ada orang meletakkan minyak setengah kuali untuk menggoreng apa apa. Aduhaai tarik nafas bila saya melihatnya. Bukan kedekut tapi saya memang dibesarkan dalam suasana sebegitu. Kita tinggalkan cerita ini dan jom tengok resepinya....
Asam Pedas Melaka
3 keping ikan bawal emas
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Belacan
Bahan tumis:-
1/2 bawang besar-hiris
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum
Air asam jawa
1 biji tomato- belah 2
5 biji kacang bendi
Garam dan gula jika suka
Serbuk perasa Secukup Rasa
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sebelum dimasukkan bahan kisar. Tumis lama lama sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan betul betul mendidih, baru dimasukkan ikan dan bahan bahan lain. Masukkan garam dan gula.
Perlahankan api dan biarkan masak dan pecah minyak. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.
Wah, Azie! The asam pedas has such a gorgeous colour. Pasti sedap! I am planting bunga kantan too but my plant is still very small.
BalasPadamOhh thank you. I use 20 dried chillies as it is small type. I love to cicah the kuah with the gardenia bread.
PadamHi azie samalah pulak ikan bawal ni masak asam pedas harini he2 macam ada aura pulak tapi asam pedas johorlah. Memang sedap ikan ni kan berbaloi2 rasanya.
BalasPadamTake care
suhaila
Hahaha memang ada aura. Bila saya rasa sedih dan sunyi, tengok tengok Su post komen. Senyum jap sorang sorang. Saya suka ikan ni digoreng dg garam kunyit jer.
Padamlapaq la. ..tgk asam pedas kak azie nie.. teliuq.... nk mkn...nasi panas...+ ulam2.. mavelous...
BalasPadamMakan asam pedas digandingkan dengan telur masin. Hmm best sangat. Ulam tak ada tapi sayur bendi jer
Padamhahaha..sedap nmpk sam pedas..kak zie hati-hati ok nanti sakit lagi pedas tu..
BalasPadamNampak jer merah tapi tak pedas. I pun makan sikit jer sb tak ada selera.
Padamsedapnyer kak...fiza suka asam pedas ni...tambah2 kalau buat asam pedas ikan pari lagi la makan x tgk kiri kanan dah...he he he....selalunya mentua fiza selalu beli bawal emas ni...dia cuma masak stim ja...fiza x pernah lagi beli bawal masak sendiri...kalau beli siap masak selalu la...he he he
BalasPadamSaya ni pulak kurang suka ikan stim. Makan juga tapi tak berapa gemar. Kalau guna bawal putih utk stim lagi sedap. Bila dah disebut stim, teringin lah pulak nak mencubanya.
PadamSedapnyaaa.... terlior dibuatnya
BalasPadamGee, memang sedap apalagi bila menggunakan ikan yang sedap.
Padamtaktau pulak kena goreng bunga kantan sekali ngan bawang.. biasa lps masukkan ikan baru buh bunga kantan...
BalasPadamEntah hari itu, tercampak masuk. Biasanya saya masukkan semasa kuah mendidih. Hahaha.
PadamSedapnya ,nnti boleh cuba.bawal emas selalu saya msk singgang rebus.sedap sbb ikan nI manis.tp mahal jgk la kan.
BalasPadamOh saya kalau ikan ni tak suka rebus, atau ala ala rebus termasuk stim. Dari kecik, biasa ikan digoreng garam kunyit. Dah skrg ni barulah pelbagaikan masakan ikan
Padamsy dok melaka pn pantang dengau mana2 restoran asm pds best...trus terjah..asm pds mmg best
BalasPadamKlu guna bawang besar tu boleh x..agak2 dlm bape biji nk guna sis azi
BalasPadamBoleh. Guna 1 biji yg saiz sederhana pun ok.
PadamHaha
PadamSis, saya ni allergy belacan&udang kering..kalau xletak belacan, xpe ke?
BalasPadamBoleh jer tak letak belacan.
PadamMalam2 ni tgk resepi, lapar la pulak...
BalasPadamKalau guna bawang besar bole tak? Nk kene guna brapa biji eh?
BalasPadamsy sll try resipi akak...asam pds ni ntah kali ke berape sy buat...tq akak.
BalasPadamDah try.... sgt sedap... tq ye
BalasPadamDh cuba resepi ni. Cuma sy tambahkan ketumbar, mmg sedap sgt2. Tq kak azie share resepi...
BalasPadamWah sedap ni ... mesti cuba
BalasPadamDh cuba resepi ni. Cuma sy tambahkan ketumbar, mmg sedap sgt2. Tq kak azie share resepi...
BalasPadam