Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin


Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin


Dalam kuliah Dhuha semalam, Ustaz Iqbal mengajar bahawa kalau kita hendak mendapatkan rezeki yang murah ialah dengan perbanyakkan beristighfar. Beristighfar atas kesalahan yang telah dilakukan sebelumnya. Orang yang banyak beristighfar, suka berbuat baik. Sentiasa tahu akan kesalahannya. Diberitahu juga kalau boleh amalkan beristigfar setengah jam sebelum solat Subuh. 

Diceritakan juga tentang sedekah di mana Allah tidak mengurangi pahala orang yang bersedekah walaupun pada siapa yang dia sedekahkan. Maksudnya dia telah bersedekah dengan orang jahat dsb. Antara contoh lain ialah jika kita bersedekah sejadah di masjid, yang kemudiannya diberikan sejadah itu ke tempat lain. Pahala orang yang bersedekah sejadah di masjid itu, tidak akan dikurangkan langsung. 

Insya Allah, saya berazam untuk memperbanyakkan sedekah. Jadi jom sama sama kita klik iklan Nuffnang di blog saya supaya kita sama sama bersedekah kepada pihak yang memerlukan. Berdasarkan statistik di Nuffnang, di dapati hanya 1/3 sahaja sahaja yang meluangkan masa untuk melayan iklan iklan yang dipaparkan. 

Bercakap pasal sedekah juga, jom kita bacakan Al Fatihah untuk disedekahkan kepada Wira Negara yang gugur. Serius, saya sangat sebak membayangkan keadaan mereka semasa di medan pertempuran. Seperti orang lain, mereka juga pasti merasai takut di saat menghadapi detik cemas itu. 

Semoga ucapan Subhanallah tidak putus dari bibir mereka dan semoga wira yang gugur, mati dengan ucapan kalimah Syahadah. Pagi ini selepas balik dari sarapan, saya merasa sangat sayu mendengar lagu Datin Rafeah Buang yang mungkin dirasai oleh balu balu Wira Negara yang gugur. Saya tak tahu apa nama lagunya tapi antara liriknya ialah "alangkah kesal hati ku, tak dapat berpandang pandang, tak dapat berpesan pesan". Ianya mengisahkan tentang isteri yang kehilangan suami yang dicintai. Sungguh saya sebak dan terkedu.... 


Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin


Ok kita berbalik pada muffin ini, saya sebenarnya memang berhajat untuk memasak atau membuat kuih untuk dibawa ke surau dan dihidangkan selepas kuliah. Tapi entah kenapa, saya menjadi sangat keletihan mungkin disebabkan aktiviti yang sangat padat hari jumaat yang lalu. Jadi selepas balik dari kuliah, saya hanya berlepak lepak sementara menunggu untuk membasuh baju. 

Sambil melepak di bilik sambil melayan ipad, saya tiba tiba teringat untuk membuat cupcake kerana sebelah malamnya, abang Zali, Kak Son dan Farhana akan tiba di KLIA dari mengerjakan umrah. Sekurang kurangnya boleh dijadikan hidangan petang. Mudah sahaja menyediakan muffin ini, gaul gaul jer dan satukan, siap ler muffin.



Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin


Muffin ini nampak agak crunchy di permukaannya tapi di dalamnya lembut gebu. Secukup rasa sahaja kemanisannya. Untuk hari ini,saya hanya menggunakan gula kaster kerana tidak mempunyai stok gula perang.  Kalau ada tetamu di rumah, bolehlah kita menyediakan muffin kerana membuatnya sangat cepat. 

Jom kita layan resepi yang saya dapati dari Raja Halida, sahabat saya yang memang tidak lokek ilmu dengan saya. Bila susah atau ada masalah berkenaan dengan baking membaking, dia lah antara orangnya yang saya cari. Kami pun telah lama kenal antara satu sama lain sejak dari zaman universiti lagi apabila kami tinggal di kolej yang sama.


Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin

Rich Chocolate Chips Muffin

Bahan A
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120ml minyak jagung
½ sudu kecil esen vanilla

Bahan B
190 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder double action
½ sudu kecil baking soda
¼ cawan serbuk koko
½ cawan choc chips (tinggalkan sedikit utk tabur)

Cara cara:
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.

Tuang adunan dalam ¾ penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Nota:
Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap


Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin

Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

70 ulasan for "Super Easy Rich Chocolate Chips Muffin"

  1. salam kak azie..saya suka sangat dengan mufin coklat ni..memang layan sangat..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, saya pulak kalau coklat ni, suka membuatnya jer. Makan seketul pun dah cukup

      Padam
  2. salam Azie (ke kak azie ni hihi) sedap mapin tuh...mewah ngan rasa coklat tambah lak cip cekelet..penuh kat atas tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm, panggillah apa apa pun, ok. Terima kasih kr sudi singgah di sini

      Padam
    2. sedapnya semua masakan yang k.azie hidangkan...banyak saya cuba resepi k.azie...bestla...paling saya suka marble kek yang sangat sedap....terima kasih berkongsi resepi...

      Padam
    3. Thanks for the feedback Hajar. At least it can be used as a reference to those who want to try that recipe.

      Padam
  3. salam kak azie..:) cantiknya muffin .. kempunan lak nak makan muffin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Wani, saya buat ni pun gara gara tergoda

      Padam
  4. bestnya semua resepi k.azie...

    BalasPadam
  5. teringin nak buat tapi oven takde :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahaai tak apa, nnt dah ada oven, boleh lah buat. Saya lebih suka culcake dari muffin

      Padam
  6. As salam kak,

    Kalau tak buka blog akak 2, 3 hari je pasti rindu he2...bukan hanya gambar, resepi yg sdp2, tips tapi dapat juga ilmu yg bermanafaat untuk dikongsi. Alhamdulilah moga Allah luaskan lagi rezeki akak aminn. Minta halal ya atas resepi2 yg diambil. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Alhamdulillah. i am so happy to hear that. Semoga kita akan terus bersahabat sehingga bila bila.

      Padam
  7. Psti enak ni kak...sy tak jemu kalau layan muffin macam ni..mengalahkan budak2..ehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. I suka muffin di Kenny Rogers yg lembab

      Padam
  8. Salam k Azie..
    cantik merekah si mafin cekelat! terguda sy...kalo ada yg order..sy selalu bli mafin mix je...tp next taim bule try yg ni plak..
    ** kek pisang choc chip kt n3 sy tu moistnya sederhana..just nice..takdela moist mcm coklat moist tu..Kak Azie cuba la utk mkn sendiri dulu..kalo best br la buat utk yg meng order.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Ummi,

      Terima kasih atas feedback. Nak cari yg moist and dense

      Padam
  9. Nk try jga buat muffin ni..trgoda jga n ank2 n suami pun kaki kek trutama yg brcoklat! tkasih azie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat muffin ni semudah ABC jer. Cepat jer disiapkan. Buat separuh pun dah cukup, dpt 8 biji

      Padam
  10. dah try ni..hehe..sedap2..tpi mungkin kurg gule sket kot..=)..nnti nk try gi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Nabila,
      Next time boleh modify dg tambah gula.

      Padam
  11. Salam kak azie...saya pendatang baru ke blog akak. dan saya dah cuba beberapa resepi dari azie kitchen...dan saya jg mintak izin dari akak untuk post resepi yg sy cuba ke blog saya ..qistcupcakes. Harap akak benarkan.sekali lagi terim akasih dan salam perkenalan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kr singgah di simi. Tak jd masalah kr semua resepi utk dikongsi

      Padam
  12. salam kak azie, ap yg perlu kita lakukan ye, klu x nak kek slps dimask dikeluarkan dr oven dia x naik. saye buat kek, pas kluarkan dr oven mesti akan kempis. :/

    BalasPadam
  13. Assalam kak azie...sy suka ikut resepi kak azie..minta di halalkan yerr...hmmm resepi nihh utk brp biji yerr kak azie?

    BalasPadam
  14. as salam kak azie..sy suke jdkn resepi akak sbg rujukan..mmg sdap..(Y)..

    akak klu gune resepi muffin ni dpt bpe biji muffin ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Maaf saya dah lupa. Tapi ia bergantung kpd saiz muffin yg digunakan

      Padam
  15. Salam kak.. ada fb x?? Nak follow.. boleh tgok resepi or tuka2 resepi tq

    BalasPadam
  16. Boleh follow facebook Azie Kitchen

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.....resepi yg sgtttt sedap...sy dah brpe kali buat mufin coklat guna resepi nii...marvellous~~~ ;)
    Terima kasih byk2 puan azie kongsi resepi ni....:)

    BalasPadam
  18. Salam kak azie..sy tgh buat tapi nmpak mcm berminyak sikit...huhuhu mungkin sy terlebih myk ni..apa2 pun thanks soo muck kak..byk dah resepi kt blog akak sy ambil..;)

    BalasPadam
  19. salam kak azie. kalau saya guna susu cair boleh tak?
    -uda-

    BalasPadam
  20. Salam.kak azie...kalau.saya x gunakan baking powder biasa yg bkn double actin boleh tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Boleh cuba. Sepatutnya ok. Nnt boleh share hasil eksperimen tu di sini.

      Padam
  21. Assalamualaikum akak..

    aduh...telan liur tgk pic muffin nie..
    bahan-bahan diperlukan macam ade je di umah...
    hurm...perlu merajinkan diri nie. :-)

    BalasPadam
  22. salam kak azie,salam kenal...saya dh byk cuba resepi2 dri kak azie,mmg jd smuanya..hari2 nk jengah blog kak azie,hehehe....

    BalasPadam
  23. salam kak..nak tnya, masa nk bakar tu..letak tray tengah2 ke..atau atas sekali atau bawah sekali...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya guna tray tengah. Ikut lah oven masing masing

      Padam
  24. Slm sis..pakai api atas bawah ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Mana mana resepi jika tak disebut secara spesifik api atas shj atau bawah shj, maknanya guna api atas bawah macam biasa

      Padam
  25. salam kak azie...sya dh byk try resepi kak azie ni...smuanya mmg tk pernh mnghmpakan sya...pndek kata smuanya sedappp giler...stiap kli nk msk MESTI buka blog kak azie hehe...btw nk tanyer kak azie ni..klau kite tuka bakar ke kukus utk cupcake ni rsa2 blh tak akak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua resepi kek boleh dibakar dan dikukus. Tapi utk resepi ini, saya tak pernah lagi cuba mengukus kerana leceh utk menjaga air dsri menitis dsb. Bakar lagi mudah

      Padam
  26. Salam, akak kalau tak ada minyak jagung boleh gantikan dengan yang lain tak? Ke memang kene guna minyak jagung jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna minyak lain. Tp kalau guna vege oil lebih sihat

      Padam
  27. Tumpang tanya kak, perlu guna mixer utk gaul?? Atau guna tangan je?? Tq

    BalasPadam
  28. As salam. Kak azie...minyak jagung ngan susu segar klu xde bole ganti dgn apa2 yg lain tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna apa apa minyak pun. Boleh ganti dg susu lain juga. Tapi kalau nak membuat kek atau biskut, kena pastikan bahan tersedia dahulu. Bahan tu semua mudah di dapati di mana mana supermarket atau kedai runcit pun

      Padam
  29. hai saya nk tanya..muffin ni tahan berapa lama ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah dg kek lain. Saya tak pernah pulak sinpan lama lama. Cepat jer habis. Tapi jika nak sinpan lama, boleh bungkus dan letak dlm freezer. Blh search cara simpan kek slm blog Azie Kitchen.

      Padam
  30. Nampk sedap sgt. Nk try bwt. Tapi nk tanye baking powder double action meaning?? Just a normal bakind powder lah kn??

    BalasPadam
  31. Salam kak azie..nk tnye baking soda tu soda bikarbonat ye?? 1st = 1 sudu teh = 1 sudu kecil ke kak azie??

    BalasPadam
  32. Salam..sis nk tanya utk wat muffin ni xperlu mixer ye??sebab nota yg sis wat kate jangan terlebih gaul...😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya jgn terlebih gaul

      Padam
    2. Maksudnye guna tangan je la ye??xperlu guna mixer..tq sis

      Padam
  33. Salam Kak Azie, saya dah cuba resipi ni pagi tadi.. Anak saya sukaaa sangat kak.. Thanks ya..

    Saya ada sertakan link resipi akak ke dalam blog saya ya..


    http://ezurin.blogspot.my/2016/08/resipi-muffin-choc-chip.html

    BalasPadam
  34. Salam kak azie, boleh dapat brp pieces ye muffin ni kalau guna resepi ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya dah lupa. Ia bergantung pada saiz cup.

      Padam
  35. Assalamualaikum wbt. Kak azie. Saya nak tanya, yang gaulkan bahan A + B tu just gaul2 manja mcm buat brownies tu @ gune mixer ye kak.? Lepas tu minyak jagung tu boleh ganti dgn minyak masak biasa x kak.? Tq :)

    BalasPadam
  36. Aslam.kak azie,kalau saya tukar minyak jagung with minyak masak biasa punya boleh ke?��Tq

    BalasPadam
  37. Tq kak azie...sy baru cedok resepi kak azie ni..now tgh tgu 20 min utk tgok hasil kejadian..tgh buat rupanya minyak jagung abis..so sy tukaq guna minyak sunflower..hahaha harp2 menjadila...

    BalasPadam
  38. salam..tq kongsi resepi...sedap..sy bor slma 20mnit mcm yg k.azie tulis..tp knp keras ye?ke sy kne kurgkn mse dr 20 mnit kew 15 mnit shje..blh jelaskn..
    ataupun klau sy nk gne cre kukus blh xbrpe lme mse kne kukus?mohon pcerhan..trime kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg oven dg oven yg lain berbeza kepanasannya. Lagi satu bila buat muffin, tak boleh terlebih dikacau, nnt jd dry

      Padam
  39. 1 st baking powder double action.. apa maksud 'st' tu ya?

    BalasPadam
  40. Hi azie..klu susu segar xde bole ganti dgn susu ape ye? Sy telupa nk beli ��

    BalasPadam
  41. Salam.. Kalu xda double acting baking powder nak ganti dgn apa ya?

    BalasPadam