Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Butter Yang Meletop Dengan Step By Step


Sotong Butter


Sebelum kita menulis pasal Sotong Butter yang sedap ini, kita nak sebut sikit jer. Sikit jer. Ye lah selagi kita hidup, eloklah kita berpesan pesan dan saling ingat mengingati. Hahaha pasai apo tu. Citer nya gini, citer pasal hasrat dan cita cita kita nak ke tanah suci untuk mengerjakan umrah. Rasanya semua kita pun ada perasaan, cita cita dan azam begini kan? Cuma menunggu masa dan ketika yang sesuai dan kali ini jika hajat saya dimakbulkan, saya ingin membuat persediaan yang rapi supaya semuanya dapat dilakukan dengan optimum.

O Oh dah lari dari topik lak, yang kisahnya begini sahabat saya membuat pengiraan kasar jer lah. Kalau sehari kita solat 5 waktu dan kita diberi 5 pahala. Diandaikan lagi kita beribadat sepanjang hidup selama 55 tahun. Cer kira berapa pahala kita dapat? Kalau ikut matematik saya ialah 100,375 pahala. Jadi apa pulak kena mengena dengan cerita umrah ni ya. Jadi kalau nak dipendekkan cerita betapa ibadah di tanah suci, bersolat 1 waktu di sana bersamaan dengan 100,000 pahala. Masya Allah begitu besarnya ganjaran yang dijanjikan Allah kepada kita sehingga solat 1 waktu bersamaan dengan ibadah kita di sini seumur hidup. Contoh pengiraan ini hanyalah untuk contoh solat jer, tak kiralah yang lain lain spt puasa, bersedekah dll. Jadi setiap dari kita tanamlah azam dan berdoa semoga kita dijemput untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Antara satu umrah dengan umrah yang lain, akan menghapuskan dosa antara keduanya. Doakan lah semoga saya dipermudahkan dan diberikan rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah. Ameen. 

OK sekarang kita tengok pulak resepi Sotong Butter yang disediakan Nana dan Nellisa pagi hari sabtu yang lalu. Mula mula sotong dibasuh, ditos dan dikeringkan dengan kitchen towel. Lepas tu digaul bersama dengan tepung gandum, serbuk kari dan telur. Goreng dengan api yang sederhana sehingga garing. Angkat dan toskan seketika.




Mengunakan kuali yang lain, panaskan mentega mengikut jumlah yang disukai. Biarkan sehingga mentega cair. Guna api perlahan jer. Kalau tidak, boleh hangit jadinya minyak kita tu...




Hiriskan beberapa biji cili padi mengikut pedas yang kita sukai dan beberapa pelepah daun kari. Masukkan ke dalam minyak mentega tadi dan biarkan sehingga ianya mewangi. Bila sudah mewangi, bolehlah dimasukkan susu cair. Berapa tin nak guna? Pun ikut sukahati sendiri, kalau banyak sotong kita tu, buatlah 2 atau 3 tin susu cair ke.  








Biarkan susu menggelegak seketika. Masukkan cheese, sedikit garam dan gula. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah digoreng tadi. Kemudian bancuhkan sedikit tepung gandum dengan air dan dituang ke dalamnya bertujuan untuk memekatkan kuah. Berapa pekat tu, ikut suka kita jer kerana semasa disejukkan, ianya akan menjadi lebih pekat. Kacau rata dan bolehlah ditutup api. 
  


Sotong Butter

Haa lepas tu, bolehlah dihidangkan dengan nasi putih panas panas tu. Memang sedap. Selain sotong, sedap juga dibuat Udang Butter atau Ketam ke..


Sotong Butter

Sotong Butter


Kalau nak tengok resepinya, bolehlah klik di SINI. Klik klik klik, jangan lupa klik iklan Nuffnang juga.  Hahaha saja jer letak resepi di bahagian bawah sekali. Supaya pembaca blog Azie membaca apa yang ditulis sehingga ke noktah terakhir giteww...




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

34 ulasan for "Sotong Butter Yang Meletop Dengan Step By Step"

  1. Mudah2an hajat yang baik akan dipermudahkan oleh Nya..

    Glupppp, gluppp telan air liur tengok sotong butter tu

    BalasPadam
  2. hmm.. pasti sedap makan ngan nasi pepanas kann..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya makan dg nasi panas panas, lagilah meletop

      Padam
  3. woa..sedap..nak try nnt :)

    BalasPadam
  4. waaa~~menarik resepi nie. Something new, blh cuba lah nnt ^_^

    BalasPadam
  5. Sekali ketanah suci seumur hidup menanggung rindu. Memang beribadah disana tiada tandingnya...
    Sedap nampak sotong tu. Gambar pun dah cantik tu. Bundo pakai nikon..

    BalasPadam
  6. Assalammualaikum Puan Azie,
    Saya silent reader kat sini. Terima kasih kerana disamping resepi2 yg menarik, puan selitkan juga peringatan2 utk diri ini yg selalu lalai dgn hal duniawi.. Kdg2 terkesan dihati bila membacanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah yg mana baik, kita amalkan kerana sesungguhnya dunia ini hanya penuh dg permainan dan tipu daya

      Padam
  7. As salam sis,

    Doa ini jugalah yang saya ucapkan selepas solat untuk menjadi tetamu Allah. Semoga Allah makbulkan doa k.azie, saya dan insan lain juga yang ingin ke sana. Ameen.

    Terliur tengok sotong butter ni pasti di cuba..he2

    BalasPadam
  8. Azie, your sotong is so delicious. Definitely meletop pop! pop! pop!

    BalasPadam
  9. Wow!
    This recipe is really very interesting & informative.
    Thank you for that!
    Kitchen designs

    BalasPadam
  10. wow sotong butter lah pulak ! mesti sedap ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anything with butter, sure meletop

      Padam
  11. Azie, bila nak berangkat? Rakan2 di pejabat pun ramai yang akan menunaikan umrah. Silih berganti. Entah bila pula rezeki saya.

    BalasPadam
  12. wah aunty sedap ni..nak try la..!

    BalasPadam
  13. As'salam kak,

    Nak tanya sikit. Masa nak masak butter tu kena letak minyak sama tak? Maaf la saya budak baru belajar :)

    BalasPadam
  14. nak buat kuah dia lagi pekat guna tepung gandum or tepung beras ye..? konfius saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna tepung gandum pun boleh. Tepung yang bersalut di sotong juga boleh memekatkan. atau masukkan cheese

      Padam
  15. Salam..
    maaf nk tnye...kalo pkai margerin same x? N lpas tu kalo x ltak cheese boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa apa pun boleh. Cuma rasa tak aama lah.

      Padam
  16. hi auntie, very informative, hihi kalau nak tanya kan, kalau instead of susu cair, susu apa lagi yang kita boleh guna eh? susu segar tak boleh ye? sbb kat sini tak jumpa susu cair laa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak ada susu cair,blh cuba susu segar atau susu lemak berkrim dan tgk hasilnya

      Padam
  17. sia dah try tadi. mmg nyaman!! thanks for sharing the recipe..

    BalasPadam
  18. terima kasih dah try 👍👍

    BalasPadam
  19. Cheese apa yee akk guna tu.. Cheese yg buat burger tu ke?

    BalasPadam
  20. Cheese apa yee akk guna tu.. Cheese yg buat burger tu ke?

    BalasPadam