Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sedap Nyeer Masak Tauchu Ikan Pisang




Masak Tauchu Ikan Pisang


Pernah dengar tak nama Ikan Pisang? Kalau pisang, pasti semua orang tahu. Huhuhu sedap wa kasi tau sama lu. Serius giler sedapnya. Hahaha melampau lah pulak si Azie ni. Alaa sekali sekala apa salahnya kan. Sekarang jom tukar pada mood yang lebih serius. Kawan kawan dan pembaca yang mengikuti blog Azie samada dari dekat atau dari kejauhan, di sini saya ingin membuat pengakuan, bukanlah pengakuan bersumpah pulak yang ikan pisang ini memang sedap. Rasa isi ikannya yang putih kental dan bahagian perutnya yang lemak ala ala ikan terubuk.

Citernya begini petang semalam semasa balik dari kerja, teringatlah nak memasak ayam masak lemak kuning yang diminta Nelly beberapa lama dah. Malahan Boy dan Nelly masing masing memaklumkan keinginan mereka untuk memakan lauk dan kuih kegemaran masing masing. Boy memberitahu hendak makan sotong sumbat selepas menamatkan peperiksaan semester nanti. Ohh rupa rupanya yang dimaksudkan tu, Ketupat Sotong. 

Dalam hati tersenyum kerana anak anak menyukai makanan Kelantan, negeri kelahiran yang amat saya banggakan. Namun Boy tidak mahu sekarang walaupun saya menawarkan diri untuk membuatnya sementara beliau masih ada di rumah. Manakala Nelly pula meminta Ayam Masak Lemak kuning dengan siap memberi syarat kuah mesti pekat, tak pedas dan dia mahukan bahagian thigh.

Oleh itulah, makanya saya mencadangkan kepada suami supaya singgah di kedai dan membeli ayam untuk dimasak gulai lemak. Semasa di kedai runcit itu lah yang saya terpandang dengan ikan pisang. Saya hanya minta 2 keping sahaja. Hajat hati hanya ingin membuat masak kicap. Tapi bila tiba waktu memasak, saya menukar fikiran dengan memasak tauchu kerana masih ada lagi stock tauchu di dalam peti sejuk. Itulah al kisahnya bila Ikan Masak Tauchu terhidang di meja untuk hidangan makan malam anak anak. 

Saya hanya meratah sedikit sahaja kerana memang tak mahu makan nasi. Cukuplah makan 2 keping roti yang dicicah dengan Masak Tumis Sardin Mackerel. Itu pun jadi rebutan anak anak juga. Kiranya apa yang saya masak malam tadi memang berbaloi kerana semuanya menjadi kesukaaan mereka. Kebetulan Sumarni atau dipanggil Mami pun ada di rumah kerana saya meminta beliau membersihkan rumah saya terutama di bahagian tingkap.

Jom kita tengok resepi Ikan Pisang Masak Tauchu yang saya gunakan semalam. Layaannn...


Masak Tauchu Ikan Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
2 keping ikan pisang
2 sb tauchu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris 
4 biji cili merah - hiris 
1 inci halia - hiris
1 sudu teh asam jawa segera
1 cawan air
3 biji cili padi 
Garam dan gula secukup rasa

Cara cara:
Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan kunyit , kemudian goreng dahulu dan ditoskan.

Tumis bawang dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi.

Kemudian, masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula.

Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Sedap Nyeer Masak Tauchu Ikan Pisang"

  1. hehehe! selalu nampak ike pisang ni..tapi dok pernah rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap, Nikee. Rasanya kalau masak apa pun sedap. Masak sambal, kari atau masak kicap.

      Padam
  2. Selalunya su guna ikan kembong bila masak tauchu ni, memang kesukaan anak lelaki su. Lain kali nak try ikan pisang pulak he2.

    Thanks azie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su, cuba ikan pisang atau ikan aji aji, pasti sedap

      Padam
  3. Banana fish? Hee..hee...wonder what is the English name. I think my mum has cooked something similar and I agree with you ini manyak shedap!

    BalasPadam
  4. salam kak Azie...ni lah first time fiza dengar ikan pisang...kalau batang pisang...buah pisang fiza x hairan sgt...ni ikan pisang...hurm...camana lah rupanya ikan tu yer...tp tgk masak taucu akak ni buat fiza dah terliur dah kak...dapnyerrr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti pergi pasar, tanya ikan pisang. Rasanya masak kari pun sedap ikan ni

      Padam
  5. Akak ni..saja je tau...terpaksalah saya google image sebab nak tengok ikan pisang..hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha saya pun dok membodek hubby suruh beli lagi utk dimasak kari.

      Padam
  6. orang kata ikan pisang ni hanyir, betul ke?

    BalasPadam