Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Makan Makan Makan di Kuala Terengganu Part 2







Kenapa KT menjadi pilihan percutian? Hmmm pertama kerana saya teringin sangat hendak makan keropok lekor. Berbulan bulan mencari di sana sini orang yang ke KT untuk dikirim keropok lekor, masih belum ditemui. Jadi jalan akhirnya ialah datang sendiri. Kedua, Terengganu adalah  negeri yang paling kurang saya kunjungi kecuali mempunyai urusan dan tugas rasmi. Jadi saya memilih untuk ke sini walaupun anak anak juga menanya soalan yang sama iaitu kenapa KT. Haaa itulah citer nya. 


Hari kedua, saya pagi pagi lagi mengejutkan hubby untuk keluar mencari nasi dagang Bukit Besar yang sedap dan terkenal. Lepas pusing beberapa kali, akhirnya berjaya menemui tempatnya. Hanya tempatnya kerana hari tu gerai seolah ditutup. Akhirnya saya ke gerai nasi dagang di kawasan Cendering. Tempat yang selalu saya kunjungi walaupun setiap kali ke sana saya memberi komen yang ianya tak sedap. Seperti biasa, kali ini pun saya tercari cari jawapan kenapa terlalu ramai sanggup beratur, adakah kerana ianya memang sedap pada selera orang KT atau kerana melihat orang yang ramai. Maaf, saya mungkin silap. Tapi saya tak mahu lagi mengunjungi kedai ini di masa depan. Cukup cukup sudah, cukup di sini sahaja. Nasinya lembik dan tidak seperti nasi dagang yang biasa saya makan. Lauknya juga tak sedap dan tak berasa rempahnya serta terlalu kecil saiznya yang dicubit jer. Apakah orang di sini banyak makan nasi sehingga ikan begitu sedikit? Entahlah. Rasanya ikan tongkol bukan ikan yang dalam kategori ikan mahal tapi kenapa lah begitu sedikitnya. Saya memang jenis makan nasi dengan lauk yang banyak. Ini hanya pendapat peribadi saya yang memang cerewet bab makan sehingga sanggup datang semata mata kerana mencari nasi dagang.






Keluar dari kedai tersebut dengan hati yang sangat tak berpuashati, saya mengajak hubby mencari keropok lekor di Tok Bing. Semasa dalam perjalanan ke sana, sahabat kami  Dato Wan Nazari bertanya lokasi kami. Seperti biasa Dato Wan akan datang menemui kami di mana sahaja kami berada jika kami berada di KT. Begitulah istimewa sekali layanan Dato Wan kepada sahabat sahabat yang mengunjungi Terengganu.






Dato Wan datang menemui kami di kedai keropok lekor. Wah hebat, siap kena mengambil nombor giliran gitu. Baguslah adil namanya, yang dulu didahulukan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Haa selepas bersembang, kami mengambil keropok lekor dan terus balik. Aduhaai rezeki sebab Dato Wan memang pemurah. Dia membayar semua keropok lekor kesukaan saya yang dibeli untuk dibawa balik.











Sebelum balik ke hotel, kami ke Pasar Payang konon untuk mencari satar. Selepas diberitahu kawasan Jalan Marang, kami terus ke sana untuk mencari Satar Ikan untuk Nana. Singgah di dua kedai, saya membeli banyak satar. Terus balik ke hotel, selepas tidur seketika sementara menunggu solat zohor. Selepas itu kami ke  Noor Arfa batik, tetapi saya tidak membeli apa apa kerana merasakan ianya overpriced dek namanya yang memang sinonim dengan batik. Dari situ, kami ke Kompleks Warisan berhadapan Pasar Payang. Selepas meninjau beberapa kedai kami membuat keputusan  untuk beredar, kerana saya memang tak tahan panas. Lagi pulak, saya tidak berkenan dengan design yang ada.






Dari sana, kami sekali lagi ke Warong Norazila kerana banyak kedai lain masih belum berniaga sedangkan anak anak sudah lapar. Tetapi di Warong Norazila pun, masih banyak gerai yang belum memulakan perniagaan. Hajat hati nak makan ikan bakar di situ, terpaksa dilupakan. Jadi orderlah juga nasi dagang dan nasi minyak yang saya rasa tidak sedap itu. Saya tidak makan apa apa, hanya melihat anak anak makan sahaja. Sebelum balik, singgah di gerai yang dikatakan Dato Wan berhampiran Hotel Permai. Hmm memang sedap keropok lekornya yang besar dan memang terasa keropoknya banyak ikan. Keropok yang sudah digoreng juga tidak mengecut seperti kebanyakan keropok lekor zaman sekarang. Zaman saya di sekolah rendah dulu, keropok lekor yang dibeli dari rakan sekelas Muhaini Ibrahim memang banyak ikan dan cantik bulat serta tidak mengecut. Balik ke bilik, masing masing lepak sebelum tidur.





Bangun dari tidur dan selepas bersolat maghrib, kami keluar lagi. Kali ini mencari makan di kawasan pasaraya Giant pula di mana terdapat Restoran Matahari yang terdapat steamboat dan lain lain masakan laut. Pelbagai makanan laut dihidangkan untuk steamboat yang berperisa tomyam dan juga sup biasa. 









Dato Wan Nazari datang setelah kami selesai makan. Selepas bersembang sembang, kami mula berangkat balik ke hotel dan Dato Wan Nazari mengajak kami untuk minum minum di coffee house sambil menikmati persembahan live band. Best sangat apabila mereka menyanyikan lagu permintaan saya iaitu Penawar Rindu. Yeaah. Klik di SINI untuk sambungan catatan perjalanan ke KT. 






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

26 ulasan for "Makan Makan Makan di Kuala Terengganu Part 2"

  1. Hi Kak,

    Nice holiday. Saya pun suka keropok lekor juga. Tapi yg biasa di jual di pasar malam & kedai skg, mcm tak ada kualiti..lebih tepung dan rasa liat semacam...tak mcm keropok lekor.

    Sally

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear Sally, lepaskan geram, saya memborong banyak keropok lekor utk dibawa balik. Penuh freezer

      Padam
  2. Kak Azie,

    entry pasal terengganu membuatkan saya lapor esp bila nampak nasi dagang
    aduss..
    kat sini kena tangkap ikan ayer dulu baru boleh masak (ada amsa susah nak dapat pulak)
    padahal rempah dah lama ada
    buatnya idak la juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yong, susah juga nak cari tempat makan yg sedap di sini, klu tk ada org yg mmberitahu tempatnya

      Padam
  3. kak zie..hushh berjalan sakan year!kata org org tganu negeri copycat..semua copy cat sbb masakan hampir sama denganore kelate....sy kalau ke sana mesti gi losong cari keropok losong..akok pula ader pagi jah sano.....cari kuih di dkt jln panji alam dekat pantai batu buruk pun sadap gak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nikee, skrg losong dah tak femes mcm dulu lagi. Banyak tempat lain yg lagi sedap mcm Tok Bing atau sepanjang jalan Marang

      Padam
  4. salam Azie.. lama nya tk singgah sini best nya akak pun dah lama mencari lekor fresh ni susah lah nk dpt kat Brunei ni kalau dpt makan mmg tak hingat dunia ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, di KL pun susah nak cari keropok lekor yg sedap wp dikatakan keropok lekor Terengganu. Itu yg kami pergi sendiri. Puas hati dapat mencari sendiri.

      Padam
  5. Terengganu memang best...dah lama tak gi sana, dulu pergi tengok penyu bertelur di Rantau Abang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sukma, saya pun merindui kenangan berkelah dan tidur di atas tikar di tepi Pantai Rantau Abang menunggu penyu naik bertelur. Sekurangnya sekali dalam hidup ini, saya dapat menyaksikan penyu bertelur. Hebat ciptaan Allah

      Padam
  6. Seronok baca catatan holiday akak.. dah pegi KT tu x singgah kemaman ke? hehe

    IZATI- kemaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. Izati, hanya lalu di Kemaman. Hajat hati nak beli sata di Bukit Geliga. Sayang terlepas. Tak ada rezeki namanya.

      Padam
  7. Alahai sayang nyer.. next time datang kemaman hello sy, sy akan bawak akak JJCM kat kemaman.. hehe.. sata kat geliga mmg femes kalau org luar datang mesti cr sata. rasa ikan yg manis mmg best!! :)

    IZATI-KEMAMAN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh sayang sekali tak dapat nak merasa sata Bukit Geliga. Katanya berhampiran masjid. Entah macam mana boleh terlepas. Tak ada rezeki.

      Padam
  8. Dh dua kali sy ke tgganu 2011 n 2012, hajat hati nk mkn msakan tgganu tpi kecewa, kbykan kdai mkn, msakan dh sama mcm lauk yg ada d tempat lain-msak kicap, msk merah, kari biasa..tringin jga mkn laksa tgganu, singgng, nasi kerabu, msk lemak putih, percik..nk knalkn ank2 msakan pntai timur tpi hajat tak kesampaian jga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. saya pun mengharapkan masakan Terengganu, bukan masakan yang terdapat di tempat lain. Kalau di Kelantan, masih banyak lauk pauk Kelantan spt singgang, kerutuk, kuzi, percik, dalca dsb. Kuih muih pulak kuih muih tradisional yg hanya terdapat di Kelantan. Saya pun sebenarnya agak kecewa kerana tak menemui masakan tradisional Terengganu yang sedap spt nasi minyak berlaukkan kurma daging yg cair

      Padam
  9. Slalu balik klatan sbb hubby org Gold Sand. Mknan kat sana xdelah best sgt. Biasa2 je. Tp masakan mentua mmg best. Mgkin drh campur utara timur. Mgkin betullah, makanan klatan terbaik bg selera org klatan je. Brg2 kat sana, kainbatik, periukblanga,hiasan murah, tp kualiti macam kureng.

    BalasPadam
  10. Kat pantai baru buruk ade satu kedai nasi dagang sedap. Memang pilihan kami sekeluarga setiap kali open house hari raya.

    BalasPadam
  11. Assalam.puan, ada contact no dato nazari x? Nanti puan tanyakan dato, kenal pok soh/ibrahim jps setiu ...name kad dato tempoh hari sy trcicir..kalau x keberatan puan email kan no phone dato ke anis.baju@gmail.com. tq ya puan.

    BalasPadam
  12. Memang benar nasi dagang di Chendering tu tak sedap. Saya orang Terengganu dan dah merasainya. Banyak lagi nasi dagang di tempat lain lebih sedap. Contohnya di pantai Batu Buruk. Gerai Kak Pah nasi dagang. Lauk dan ikannya banyak. Rasanya juga sedap.

    BalasPadam
  13. keropok lekor tok beng tu memang unik, sebab first time makan kerepok lekor yang ada keju. Memang rugi kalau tak cube. memang sedap!!! =) pengedar shaklee kuala terengganu

    BalasPadam
  14. Salam..td google mknan sedap keluar blog ni,jd singah la trus..hehe
    Nk komen gak..n.dagag chendring memag dh x sdap mcm dlu..sy org chendring,rasanya y mak sy buat lg sdap..hehe..
    Kalu nk y sdap,try kt bt buruk..kdai kak pah..warung norazila y dkt kuala ibai bg sy x sdap..pg skali jek,dh x rasa nk pg dh
    Kalu nk dinner sy cadangkan kt n'arfa craft centre (NACC),kdai tu kt tepi bgunan NACC (DLM PAGAR NACC LG)ad mcm2 mskan,mskn panas,western,mee,ikan,byk la..y best kt tpt mkn tpi sungai k.ibai.

    BalasPadam
  15. Salam.. Next time kalo datang Terengganu lagi, try singgah kat Kedai Sudut Selera Kak Pah (Batu Buruk). Nasi dagangnya memang sedap. Tempat pilihan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan :)

    BalasPadam
  16. Salam...K.zie kalo dtg ke Terengganu lagi cuba singgah di Dungun...try Nasi Dagang Pok Pin...mmg power!!

    BalasPadam
  17. Nasi dagang atas tol tepi kubur paling sedap di terengganu

    BalasPadam
  18. Alahai keciannya tak jumpa makanan trg yg best. Byk lg kedai makan trg yg best, kena tny org trg yg suka JJCM.

    BalasPadam