JJCM Ke Kuala Terengganu - Part 1
Setelah sekian lama tidak bercuti, kami akhirnya ke Kuala Terengganu pada 9 Februari sempena cuti Perayaan Tahun Baru China. Sejak cuti sekolah tahun lepas, kami tidak ke mana mana kerana saya sakit selepas dimasukkan ke ward. Rancangan untuk bercuti semasa cuti Maulidur Rasul juga tertangguh berikutan pemergian Bonda Mertua ke rahmatullah. Sekali lagi, semasa cuti hari wilayah juga terpaksa ditangguh sebab hubby mempunyai mesyuarat dan Agency Goal Setting. Haa hanya ini masa yang ada kerana selepas ini, tiada lagi cuti perayaan atau hari kelepasan.
Kami bertolak awal pagi dan singgah di Perhentian Rehat Temerloh dalam pukul 9.50 pagi. Risau kot lauk hidangan tengahari belum ada. Hmm rupanya, dah nak habis pun sebab terlalu ramai manusia yang berhenti di situ. Ikan baung yang saya cari cari hanya tinggal 2 ketul sahaja bahagian badan, manakala 4 ketul lagi bahagian kepala. Selain mengambil 2 ketul Ikan Baung, saya juga mengambil 1 ketul Ikan Patin Buah yang juga dimasak Tempoyak yang sangat sedap. Mahal ikan patin buah ni rupanya, seketul berharga RM12 berbanding ikan baung yang hanya RM8 seketul. Hmm teringat ikan patin buah di kolam rumah kami yang sudah besar dan panjang. Semasa dibeli dengan harga RM12, hanya berukuran 1 jari sahaja lebar dan panjangnya.
Sampai di KT dalam pukul 4.30 petang, setelah berada dalam kesesakan di jalan pintas Jabor. Selepas solat, kami terus ke Pantai Teluk Ketapang untuk mencari makanan laut celup tepung yang digoreng. Ada ikan, udang, sotong yang dicelup tepung dan digoreng rangup. Selain itu, hubby juga order cucur goreng dan keropok lekor. Harganya sangat murah, hanya RM6 sepinggan. Memang kenyang sesangat ditambah lagi dengan air kelapa dan ABC yang dipesan.
Dalam perjalanan balik, kami singgah membeli jagung manis bakar. Bila habis sebatang jagung, memang dah jadi macam ular sawa yang kekenyangan. Memang sedap jagung ini dengan rasa majerin serta rasa dibakar dengan arang menjadikannya sangat wangi. Dalam perjalanan balik ke hotel, hubby pusing sekitar Pantai Batu Buruk untuk mencari kot kot ada kekosongan bilik di Hotel Primula serta mencari gerai menjual sata.
Dalam perjalanan balik, kami singgah membeli jagung manis bakar. Bila habis sebatang jagung, memang dah jadi macam ular sawa yang kekenyangan. Memang sedap jagung ini dengan rasa majerin serta rasa dibakar dengan arang menjadikannya sangat wangi. Dalam perjalanan balik ke hotel, hubby pusing sekitar Pantai Batu Buruk untuk mencari kot kot ada kekosongan bilik di Hotel Primula serta mencari gerai menjual sata.
Kemudian kami singgah di Warong Norazila di Kuala Ibai yang asalnya untuk melihat lihat sahaja kerana melihatkan periuk nasi dagang yang besar besar itu. Tapi bila melihat nasi minyak dengan beranika lauk dan nasi dagang, saya membeli sepinggan nasi dagang. Tapi itulah, makan dalam keadaan kekenyangan. Kalau makanan kurang sedap, bertambah lah tak sedapnya. Kuah ikan tongkol ni kurang sedap, agak cair, tidak ada rasa rempah bukan seperti yang saya pernah dimakan sebelum ini. Ikannya yang dicubit terlalu sedikit dan tidak berpadanan dengan nasi. Saya merungut dan mengomel. Ini pendapat peribadi saya lah. Hubby makan mee hoon sup dan anak anak pula memesan kerang bakar serta ABC. Jangan lupa ikuti sambungan catatan perjalanan ke KT di SINI
sedapnya kerang rebus tuuu. :D
BalasPadamOhh yang ini kerang bakar
Padamhjg 2012 tnpa d rncang sy ke KT krn menziarah ank sdara suami yg kmlgn n bbynya meninggal dunia..prjlnan yg cuma utk menziarah bkn brcuti mmg agak trgesa2 namun dpt jga merasa keropok lekor n abg ipar sempat belanja nasi arab yg sdap..dlm prjlnan blk ke raub, sempat singgah d marang membeli sata yg sdap brperisa, sempat bwa kpd mak n mmg sdap wp d mkn keesokan hari d raub...trkilan nk mkn nasi dagang tulin tgganu tpi tak sempat nk cri wp dh d beri petua tempatnya oleh pkerja hotel..
BalasPadamOhh tapi nasi arab ada di KL tapi nasi dagang ori ada di KT. Itu sebab saya mencari cari nasi dagang yang sedap
Padamlamer tak ke tganu...sedap kalau dpt mkn feveret nikee akok berlauk....
BalasPadamOhh tak tahu pulak ada akok berlauk. Misi nak makan nasi minyak pun tak kesampaian kerana nmpk mcm tk sedap semuanya. Saya pernah makan di rumah kawan yang sangat sedap hingga saya makan smp nk pengsan. Hahaha
PadamSalam Kak Azie kalau nak makan sata yang sedap dekat Kuala Kemaman,ramai kesitu .Cubalah
BalasPadamKami nak cari kat Bukit Geliga tetapi mcm mana boleh terlepas. Tk dpt beli sata
PadamAslmkum sis Azie
BalasPadamseronoknya jjcm kat Ganu...dg seafood celup tpg...nasi dagang...
ikan patin tempoyak itu sedappnya..
Mamasya, nak cari yg sedap agak susah jugak. Kena bertanya di sana sini
PadamNampak menyelerakan.. minggu depan nak pi KT
BalasPadamseronok tgk keluarga zie
BalasPadam