Bye Bye KT - Part 3
Hari terakhir, saya pagi pagi lagi mengejutkan hubby kerana saya tak mau bila ke sana hanya melihat periuk kosong sahaja. Tetapi apa yang terjadi, saya bukan melihat periuk kosong tapi melihat periuk besar yang dipenuhi nasi dagang dan periuk besar di atas dapur yang berisikan lauk nasi dagang. Hmmm sekadar hanya dapat melihat kerana kesemuanya yang telah ditempah oleh orang yang telah pun menunggu giliran dengan periuk besar masing masing. Saya hanya mampu melihat dengan kesedihan.
Hati cepat memujuk untuk balik dan bersarapan di hotel kerana semalam Nelly memberitahu nasi dagang yang terdapat di hotel sangat sedap dan boleh dimakan sepuasnya kerana dihidang secara buffet. Aduuh sekali lagi saya melangkah keluar dengan longlai apabila tiada nasi dagang untuk hari ini. Ianya dihidangkan sebanyak 3 kali sahaja dalam seminggu. Hati sudah merajuk bila tiba tiba teringat sahabat saya Kamalullail memberitahu yang beliau hanya makan nasi dagang di food court berhampiran Pantai Batu Buruk. Setelah mengintai dan melihat nasi dagang yang nampak sedap, saya mula beratur. Seorang lelaki di hadapan saya memberitahu yang nasi dagang sudah habis dan beliau merupakan orang terakhir. Saya bertekad dengan menyatakan saya ingin juga beratur dan mencuba nasib kot kot ada rezeki. Dia memberitahu yang dia datang ke KT semata mata untuk menikmati nasi dagang di sini yang dikatakan sangat sedap. Sedang beratur, mak cik yang menjual nasi dagang bertanya kepada lelaki tadi kalau dia ada memberitahu yang dia adalah orang yang terakhir. Saya memberitahu ya tapi saya ingin mencuba nasib.
Akhirnya ketabahan saya berbaloi, saya masih dapat membeli 2 pinggan di mana satu dibungkus. Apa apa pun, syukur Alhamdulillah kerana pencarian saya kepada Nasi Dagang Terengganu berhasil. Sangat sedap dan tidak pulang ke KL dengan kempunan. Rasanya nasi dagang yang sedap sama sahaja, berbeza dengan nasi dagang tak sedap. Jadi tak kisahlah nasi dagang Bukit Besar atau Nasi dagang Kak Pah di Batu Buruk. Sama sahaja sedapnya. Balik ke bilik hotel, berehat sekejap dan terus bersiap siap untuk balik. Balik dengan seribu kesyukuran kepada Allah kerana hajat saya telah dimakbulkan. Terima kasih kepada laling hubby yang sabar dan setia menemani ke mana sahaja demi kasih dan sayang kepada diriku ini. Terima kasih kepada Dato Wan Nazari yang setia melayani kami dengan begitu istimewa dan akan dikenang sehingga bila bila. Di sini juga saya dapat menikmati air tuak yang berpuluh tahun tidak dapat saya nikmati di negeri kelahiran saya.
Selamat tinggal Kuala Terengganu, entah bila saya akan datang lagi ke sini. Ikuti kisah perjalanan balik dari KT ke Kuantan di SINI.

kak,saya orang terengganu..bagi saya ada satu warung lagi sedap nasi dagangnya dari nasi dagang kak pah..warung tu kecik saje,di belakang sekolah agama ladang..cubalah
BalasPadamTerima kasih atas maklumat. Insya Allah akan cari bilanke sana lagi. Ladang tu di KT juga ya
PadamKalau tak salah saya, tokey nasi dagang pantai batu buruk dan nasi dagang bukit besar tu adik beradik. Kalu salah maafkan saya
BalasPadamMungkin juga kerana rasanya sama jer sedapnya. Terima kasih atas makluman
Padamkalau akak nak try rempah wat gulai nasi dagang boleh hubungi saya, original resepi saya boleh bagi kat akak untuk mencuba
BalasPadamni no saya 011 26060107 / 096226617
buleh cuba nasi dagang jalan banggol..dekat dengan pasar payang.sedap...x menyesal punye...tp hari jumaat/sabtu...tutup...dan hanya dijual bungkus sahaja
BalasPadam