Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Santan Gula Melaka



Agar Agar Santan Gula Melaka


Sempena majlis makan makan meraikan harijadi di pejabat saya telah menyediakan Agar agar Santan Gula Melaka sebagai hidangan pencuci mulut. Memang saya suka makan agar agar seperti ini yang tidak memuakkan. Lebih sedap dimakan sejuk sejuk. Dulu dulu saya membuat agar agar ini menggunakan kelapa parut yang diperah dengan sebiji telur yang saya pelajari dari Nim, sepupu my hubby. Tapi zaman sekarang semuanya dipermudahkan. Guna sahaja santan kotak, lebih mudah dan ringkas. Agar agar pun tak perlu direbus lama kerana hanya menggunakan serbuk agar agar. Kalau zaman dulu kena rebus agar agar tali sehingga hancur dan kemudiannya ditapis dan dijerang sekali lagi di atas dapur.


Agar Agar Santan Gula Melaka

Semalam saya hanya menunjuk ajar kepada Juita dan Nana dalam menyediakan Agar agar Santan Gula Melaka. Alhamdulillah ianya menjadi 2 lapisan yang cantik. Rasanya pun tak terlalu manis. Malahan pada saya, ianya secukup rasa sahaja kemanisannya. Cuma tak puashati melihatkan warnanya yang tidak keperangan. Sebenarnya sekarang agak susah untuk mencari gula melaka asli, banyak yang telah dicampur dengan gula. Itulah sebab warnanya tidak cantik. Jom tengok resepi yang saya ambil dari blog Yatie Sinar Kehidupan.

Jom layan resepi dulu....







Agar Agar Santan Gula Melaka


Agar agar Santan Gula Melaka

Bahan bahan:
10 gram serbuk agar-agar  
1/2 liter air (2 cawan) - saya guna sukatan liter
250 ml santan pekat (100 ml santan kotak dan air) 
1 biji telur - masukkan dlm santan dan kocak dg garfu 
Secubit garam

Bahan bahan air gula:
1/2 liter air (2 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 200 gm)
1/4 cawan gula pasir 
2 helai daun pandan - disimpul

Cara-cara:  
Masak gula melaka yg diracik halus, gula pasir bersama 2 cawan air serta daun pandan. Masak sehingga mendidih sambil dikacau. Bila dah siap, angkat, tapis dan jadikan jumlah air gula Melaka sebanyak 2 cawan. 

Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dengan serbuk agar agar sehingga mendidih.  Kemudian masukkan 2 cawan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.  

Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana.

Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk sehingga kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.  

Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk.

Tips:
Selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. 

Kalau suka lapisan santan tu nipis, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi. Nanti dapatlah lapisan santan yang nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.


Agar Agar Santan Gula Melaka



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Agar Agar Santan Gula Melaka"

  1. Antara peberet dessert sy, msa kecik2 dlu bila mak buat agar2 sntan ni sblum msuk mulut sy akn menelitinya n trtya2 bmana jdi dua lapis, n kagum tgk bhg sntan yg ber bintik2 n rasanya uumph, sejuk, lemak sntan brcmpur aroma telur..tpi dh jrg buat sbb ank tak brp ska, tpi jika ada mkn2 d tempt keje ada jga sy mbuatnya...tkasih azie mgembalikn ingatn pd hidangan yg mudah tpi sdap ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun suka membelek belek lapisan sambil makan agar agar ini.

      Padam
  2. Bru je mencuba resipi ni ptg td utk dibawa ke majlis doa selamat di rumah jiran..hasilnya..licin..tq 4 sharing kak...akan mencuba resipi lain plak nnt

    BalasPadam
  3. Sy sk mkn agar2.
    Sy nk ty sis yg lapisan 2 klu nk jd 2 lapisan mesti gn santan byk ke? If guna santan ckt jd x lapisan 2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iut resepi di atas pun sudah cukup santannya

      Padam
  4. Balasan
    1. Warna banyak bergantung kepada gula Melaka yang kita gunakan.

      Padam
  5. Santan ganti susu cair ok ke..

    BalasPadam
  6. Kalau guna agar2 tali sama je ke sukatan dy? 10g juga ke?
    Tq😊

    BalasPadam