Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes
Seriously inilah Vanilla Butter Cake terbaik yang pernah saya hasilkan setakat ini. Saya akui yang saya sangat cerewet dalam bab kek mengekek ni. Kek ini amat menepati selera saya kerana ianya bukan sahaja gebu dan fluffy tetapi juga moist terutama selepas beberapa jam dikeluarkan dari oven.
Kek akan lebih lembab selepas ianya sejuk. Saya memang tak suka makan kek panas panas yang baru dikeluarkan dari oven. Puashati sangat sangat kerana dapat menghasilkan kek yang menpunyai tekstur yang halus dan gebu ini. Tak tipu, cuba tengok gambar gambar di bawah tu.
Sebagaimana saya menggemari Butter Cake, saya juga menyukai Vanilla Butter Cake yang kedua duanya sebenarnya tidak berbeza pun dari segi bahan yang digunakan. Cuma vanilla cake menggunakan vanilla extract yang lebih banyak.
Kebetulan minggu ini ada tempahan nilla Butter Cupcake, jadi di samping untuk testing, saya sebenarnya dah tak sabar untuk menunggu hari jumaat untuk menikmati Vanilla Butter Cake. Jadi saya membancuh ½ adunan untuk kek ini. Walaupun setengah adunan, dapat juga 12 biji cupcakes yang gebu dan naik tinggi semasa dibakar di dalam oven.
Sekejap sahaja menyediakan cupcake ini. Saya tidak membuat frosting kerana masih mempunyai lebihan frosting cream cheese yang sangat sedap baru baru ini. Bayangkan bangun pagi saya terus membuka peti untuk meratah frosting kerana sudah kehabisan roti.
Hajat hati asalnya nak sapu frosting atas roti sebagai sarapan. Tapi bila roti tak ada, makan cream cheese gitu sahaja walaupun dalam hati terasa sangat bersalah kerana menternak lemak pagi pagi hari. Jom lah kita layan resepi yang pasti menjadi a keeper recipe for Azie Kitchen ni....
Easy, Delicious Homemade Vanilla Cupcakes
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
¾ cawan butter (6oz) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 ½ cawan all purpose flour (saya guna tepung gandum)
½ sudu kecil garam
1 ¾ cawan gula kaster (kurangkan sedikit)
3 sudu kecil vanilla (boleh lebihkan)
1 ¼ cawan susu (saya guna buttermilk)
2 ½ sudu kecil baking powder
Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas ⅔ penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas ⅔ penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.
Sejukkan dalam 15 minit sebelum dikeluarkan dari loyang. Bila telah sejuk sepenuhnya, bolehlah dihias dengan frosting.
Perfect Vanilla Frosting
Bahan bahan:
¾ cawan butter - lembut
2 pounds powdered sugar (dalam 8 cawan)
⅓ cawan susu
2 sudu kecil vanilla
Cara cara:
Putar butter pada kelajuan sederhana sehingga ringan.
Masukkan gula ising dan putar lagi.
wah..gebu2 ;)
BalasPadammestiiii makan satu ..kena makan dua..lepas tu tiga lak..hihi ;)
Very the moist, hahahaha
PadamAssalam Mak Cik .Sy syazwina .Sy nak order cupcake tapi sy perlukan number phone mak cik
Padamkak zie..tgh mencuba kek yer..ni for ur bisnes ya?bagus sesekali cub resepi nikee yg tak gunakan buttermilk @ susu...senang nikee dah byk kali buat utk tempahan..senang,murah serta lazat..all the best
BalasPadamOhh ya. Nnt I ambik resepi ya. I yg letak buttermilk, resepi asal hanya susu
PadamNikee, mcm mana nak tengok resepi tu. bagi lah link
PadamALAI..BARU DPT MSG DR AKAK...AKAK TGK DLM BLOG TU SEMUA YG MUDAH KAK....CAYALAH..MOTTO BLOG NIKEE BUDGET DAN MUDAH..MMG JADI...SEBAB CUPCAKES TU MAIN LEBUR SAHAJA KAK..BUKAN STEP BY STEP...PAYAH NAK SIAP..LAA,IN FACT THIS MOST EASIERST KAK!
BalasPadamTapi cupcake sekarang semua dah mudah membuatnya. Terutama bila kemudahan dah ada. Bukan mcm dulu dulu
PadamKAK ZIE DAH CUN CUPCAKES NI...NK YG NIKEE PUNYA DALAM IVILLAGE 50 BEST CUPCAKES RECIPES.CHK GOOGLES AKAK AKN DAPAT SEMUA CUPCAKES YG KEBANYAKKAN NIKEE DAH CUBA KAK..CUME TAKDER BLOG MASA TU..GOOD RESEPI FOR UR CAKE SELLING....
BalasPadamI am so happy with my latest recipe, cukup sedap tapi kalau nak belajar resepi lain, tak ada salahnya.
PadamAzie, your cupcakes do look very moist and fluffy. I love it that the top is smooth. I usually have cracks on my cupcakes. I must try your recipe soon!
BalasPadamPH, I am so happy with the final outcome of this cupcake. It has all the things that I am looking for a vanilla butter cake. Should try. No regret
PadamI-VILLAGE CUPCAKES RESEPI MMG BEST AKAK CARI MAGNOLIA VANILLA CUPCAKES AND IVILLAGE NO REGRET SBB BYK CUPCAKES YG DAPAT TAU GOOD FOR BISNES KAK
BalasPadamOhh tadi ada juga tengok Magnolia Butter Cake. Resepi lebih kurang jer. I mmg cari resepi yg banyak reviewer. Bila dah cuba OK, would rather stick to that unless ada perbezaan spt penggunaan bahan.
PadamHi Kak,
BalasPadamTerima kasih pada comment mengenai rumput di laman.
Saya cuba resipi cupcake ni semalam. Memang sedap sangat.
Regards,
Sally
Sally, lepas sehari lagi sedap pada saya. Rasa lagi moist
PadamSalam kak azie, susu tu fresh milk ke susu lain? Baru nak belajar :)
BalasPadamSilent reader
May
Saya guna fresh milk.
PadamSalam kak Azie, thanks for recipe. Sy dah try da. ada kawan ckp mcm bubuh cheese jer. Tapi saya ada masalah dengan papercup. kadang2 papercup akan tercabut dr kek la. Saya guna papercup mcm akak tu. Akak ada petua x??
BalasPadamDear,
PadamSusah juga tu kr saya tak pernah pula mengalami masalah spt itu. Elok jer melekat, spt dalam gambar tu
kak..nk tye,,cupcakes vanilla ni bole tahan berapa lama ea kalau dibiarkan dlm suhu bilik?
BalasPadamSaya letak dalam bekas kek dan tutup 3-4 hari kat atas meja, ok jer
Padamoh..tq kak..saye risau cupcakes yg sy buat ni basi..huhu *by the way..sedap giler resipi ni!
Padamas salâm.
BalasPadamkak, bunga ats frosting tư cmna bt? ada jual đh siap kê kt kdai?
tq
Beli siap jer. Kalau mahu, boleh buat sendiri
PadamSalam..
BalasPadam3/4 cawan butter tu agak2 brapa gram ye?
Tq :)
Around 170 gram
Padamsalam kak azie..butter brand apa kak azie guna.
PadamSalam nak tanya,, utk frosting tu ,, powdered sugar tu memang kena 8 cawan ke? Klau kurang dia x jadi eh ?
BalasPadamSalam akak,
BalasPadamdh try rcp ni mlm smalam....hasilnya mmg mmuaskan....klembutan nya mmg perfect dan rasa mmg sedap...sgt classic giteww :) tq sis
nak tanya..perfect vanilla frosting ni boleh simpan for few days tak?..and if we can keep it..is it in fridge or room temperature..tq sis
BalasPadamSekadar bberapa hari, saya biarkan jer dalam bekas di luar
PadamSalam... kak, sy nk tny vanilla tu esen vanilla atau serbuk vanilla???
BalasPadama'ah. confuse i.. serbuk or esen vanilla? nak buat nih..
PadamBoleh guna apa sahaja. Vanila esen atau extract atau serbuk. Atau tak nak guna langsung pun ok. Saya guna extract
PadamTQ Kak Azie...alhamdulillah kek yg sedap dan marveluss...saya suka resepi cupcake ni....rasanya mcm the best ever cupcake for me
BalasPadamsemalam try suka2 jer google for resepi cupcake....tgk resepi mcm senang jer...trus bersilat kat dapur...belum cuba tp siap buat double adunan hihihi....sume yg makan siap bertambah2 plak tu...even saya yg biasa kalo makan cuma seketul...siap bertambah makan tak muak sgt....definitely i will keep this recipe for next action...TQ sis.
kalau bake as cake for 8"..masa tu kena tambah ea?
BalasPadamsalam. kak, kalau nak bake pkai loyang. masa tu fixed mcm tu or kena tambah?
BalasPadamvanilla essence or vanilla powder??? nak buat nih...
BalasPadamSalam. Akak. Sy try resepi yg akak bg ni. Tapi kan akak bila dia naik, dia jd pecah macam kuih apam tu. Kenapa erk?
BalasPadamWslm, rasanya terlebih panas. Oven berbeza kepanasan wp suhu yg sama
PadamSalam..akak..telur to nk kene asing kuning dia ke??
PadamWslm, kena baca resepi. kalau tak disebut kena asingkan, maknanya masuk sebiji sebiji
Padamsalam...kalu butter dgn planta ada beza x??3/4 cawan to..cawan besar mana ek???bru nk blaja...mtk tlg tnjuk ajar
BalasPadamWslm, butter berbeza dengan majerin. Butter diperbuat dari tenusu. Saya guna saiz cawan standard. dah ada saiz 1 cawan, 1/2 cawan, 3/4 cawan dsb. Tinggal ambil cawan mana ikut sukatan diperlukan. Blh beli di kedai bakery.
Padamsalam kak...untuk satu adunan ni..brape cup leh dapat kalau guna cup size M?
BalasPadamSy guna cup m dapat dlm 30 pcs sis. Berat satu cup dlm 30g.
PadamSalam kak. Kalau separuh adunan ni. Mcm mana ye sukatannya. Mcm pening sikit sbb dlm cup.
BalasPadamThanks akk for the resepi..br buat ptg td suami n anak suka cupcake ni...
BalasPadamassalamualaikum,salam perkenalan saya julia , thanks for the resepi kami sekeluarga sangat menyukainya
BalasPadamSalam kak azie..saya selalu jenguk blog akak sbb saya pun peminat tegar butter cake n marble cake..
BalasPadamIn sha allah..ptg ni nk try buat..thanks for d recipe!!
dh try...xmenjadi....mgkin sbb xguna mixer kott
BalasPadamAssalamualaikum
BalasPadamKak zie Ella nk tnye nape bila tgh msk naik cantik tp bila dh sejuk dia turun balik dn renggang dr cupnye. Ella simpn 1 mlm pstu esoknye perpermukaannye berkilat bila dsentuh dgn jari dia melekat! Tlg Kak zie thnx!!
Salam kak azie.. sya nk tnya yg sukatan butter tu mcm mna xfaham sgt lah..
BalasPadamWslm. Ikut sukatan resepi. Guna 3/4 cawan atau kalau nak timbang guna 6 oz.
PadamSalam azie
BalasPadamKalau pakai tepung kek atau tepung naik sendiri boleh tak
Tqvm
Kalau guna tepung naik sendiri, tak perlu guna baking powder.
PadamTqvm azie
BalasPadamDah mula jadi follower azie ni :)
Kek tu mmg gebu , tekstur perfect, cuma terlebih manis mungkin saya silap sukat..next time will be carefull
assalammualaikum
BalasPadamPuan saya nak minta resepi diblog puan niw
nak cuba buat nampak macam mengancam selera
Minta halal copy and paste ya puan
tq
Aslmkm, sedap dan moist. Izin ambil resepi ya kak. Agak2 brp byk jadinya utk satu adunan?
BalasPadamKak azie.. sy silent reader.. resepi akak xpernah xjadi.. pd sy akak ikhlas mcm kak azlita.. thx for the sharing kak... mtk halal sbb nk guna resepi ni utk berniaga..
BalasPadamtq azie...seriously mmg sedap cupcake ni..ptg ni bru buat satu adunan dpt 24 cup...anak2 semua menjerit sbb rasa mcm kenny rogers vanila muffin tu...mybe diorng menjerit sbb mama die tukang jait yg xpenah pgg mixer tetiba bleh jadi buat cupcake.hahahah...tqsm azie..resepi awk mmg kelasssss..senang nak ikut..
BalasPadamtq azie...seriously mmg sedap cupcake ni..ptg ni bru buat satu adunan dpt 24 cup...anak2 semua menjerit sbb rasa mcm kenny rogers vanila muffin tu...mybe diorng menjerit sbb mama die tukang jait yg xpenah pgg mixer tetiba bleh jadi buat cupcake.hahahah...tqsm azie..resepi awk mmg kelasssss..senang nak ikut..
BalasPadamAlhamdulillah, saya pun tumpang seronok mendengarnya.
PadamResepi ni boleh hasilkan berapa cupcake kak?
BalasPadamAkak..kalau guna susu cair yang dlm tin tu boleh tak?
BalasPadamAkak , nape frosting sy tk jadi :'( frosting sy jdi mcm pasir2 n trlalu manis
BalasPadamGuna gula kaster atau gula icing? Kalau terlebih manis, maknanya dah terlebih sukatan. Boleh jer gula dimasukkan sedikit sedikit dan rasakan dulu, ikut kemanisan yang disukai
PadamSy guna gula arising ..8 cawan ikut yg kt blog akak ni ..jdi mcm pasir2 n trlampau manis huuuuu
BalasPadamKalau guna susu pekat or susu cair blh x
BalasPadamSalam.nk tnya,yg resepi perfect vanilla frosting guna susu,susu apa ya?
BalasPadamtq
silent reader,
Jue
Boleh tak sy ubah suai dan masukkan blueberry utk jadikan blueberry cupcake?
BalasPadamBoleh juga
Padamkak zieeeee,
BalasPadamyg vanilla frosting tu srs ke 8 cawan gula aising?
ke 8 cawan apa? Kalau lapan cawan takke manis sgt.
resepi ni untuk berapa biji muffin ? pls jawab asap
BalasPadamMaaf saya dah lupa. Ia bwrgantung kpd saiz paper cup.
PadamAssalamualaikum, akak.. Fresh milk ganti dgn full cream boleh tak?
BalasPadamWslm. Boleh juga
PadamAlhamdulillah.. terima kasih byk2, kak Azie sudi reply..Mmg selalu follow resepi2 dr blog akk.. Kadang2 adjust sikit bahan2 yg tak de.. hehe.. Jazakillah khair, kak Azie..InsyaAllah.. Aminn 😊😊😊 ❤
Padamassalamualaikum..kak.. boleh tak resepi vanila cup cake ni di masak secara kukus?
BalasPadamBoleh. Tapi rasanya bakar lagi sedap.
PadamSusu tu susu cair ker?
BalasPadamKalau buat kek, guna susu segar atau full cream. Kalau buat kuih muih baru guna susu cair
Padamassalamualaikum... kak zie
BalasPadamboleh saya tnya ... resepi kak yg kat ats tu ...boleh dpt berape biji cupcake
Salam Kak Azie.
BalasPadamAkak guna telur gred A atau B untuk resepi ni?
Sy pun nk tau trlur gred A atau B
Padamsaya guna saiz sederhana, tak tahu A atau B. Rasanya B
PadamResipi cupcakes Puan Azie sgat mudah..kek moist dan gebu,Thanks you Puan atas prkongsian ini..semoga sentiasa d berkati dan murah rezeki ♡♡
BalasPadamWah!.
BalasPadamNurul nk cuba la resepi ni..
First time nk buat ni...
Nape bila kek tu dh msk, saya kluarkan utk disejukkn, paper cup terus mengembang sendiri dh xnk melekat pd kek..saya silap kt mane ye kak azie.
BalasPadamAsslm kak zie saya dah try resepi ni sangat2 sedap.Terima kasih ya,semoga kak zie d murahkn rezeki sihat sentiasa.Amin...
BalasPadamSalam nak tanya,kalau saya nak asingkan telur kuning dari telur putih untuk dijadikan meringue supaya cupcake lebih moist,boleh tak kak azie?
BalasPadamBoleh. Tapi buat macam saya buat pun dah cukup moist
PadamSalam nak tanya, resepi yang diberi itu adunan penuh kan? kalau nake setengah adunan macam mana resepinya ? Yang 3 telur itu kena bahagi ke ? yang gula pun susah nak bahagi. Harap puan boleh bantu
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie,
BalasPadamSy dah try buat 3 or 4 kali resepi ni. Memang sedap. lembut sangat. secukup rasa semuanya. tapikan kak, setiap kali saya buat, cupcake ini elok naik tinggi. tapi bila dah dikeluarkan dari oven, dia turun & jadi lengkang dari paper cup. kenapa ye kak? harap dapat pencerahan dari sifu mcm akak. TQIA
Wslm. Itu tandanya kek bantat. Bolehbjadi sb oven dan juga sb terlebih kek dipukul
Padamhuhuhu...sedeynya dengar perkataan bantat tu kak.. papepun, terima kasih byk2 kak azie atas maklumbalas. ;)
BalasPadamAssalamualaikum nk tanya kalau kukus boleh tak?
BalasPadamSalam SiS...nk tnya kalau tak ada SuSu fresh milk boleh gantiii dengan SuSu Tepung tak Sis ???
BalasPadamSalam kak azie..nak tny kenapa sy bake jd mcm muffin ye? Dia xflat mcm cupcake tp merekah naik mcm muffin?
BalasPadamt kasih kak azie share resepi...dah try buat butter cake kegemaran kak azie...sedapnyaaaa...dh 3 kali buat...tak sempat sejuk...anak2 suka sangat...nk try vanilla cupcake super delicious ni pulak. T kasih kak.
BalasPadamSy mmg cari resepi yg mudah & tgk pic muffin kak azie, elok jer hasilnye 😋😋 trm ksh ats perkongsian
BalasPadamHi kak azie..sy teringin buatkan cup cake ni..tp sy tdk berapa pandai mahu gunakan sukatan cawan. Klu tepung 21/2 tu maksudnya 2 cup besar dgn 1 cup yg 1/2 tu ke? Boleh mintak sukatan gram tak kak azie
BalasPadamAslm kak Azie, sebelum ni sy da try resepi muffin moist akk.. Alhamdulillah jadi, semua puji bila da mkn. Lah ni sy nk try, vanilla n marble cupcakes pulak. Tp dlm resepi ni akk guna susu segar, boleh ke sy guna susu full cream dutch lady?
BalasPadam