Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Chek Mek Molek 2013


Kuih Chek Mek Molek

Pagi 1.1.2013, saya membuat kuih popular negeri kelahiran saya, iaitu Che Mek Molek menggunakan ubi keledek yang telah direbus tahun lepas iaitu 2012. Wow lamanya, rebus ubi tahun 2012 untuk dibuat kuih tahun 2013. Biar betuul ni. Hahaha memang tak bergurau kerana ubi tu direbus pagi 31 Disember 2012 yang kononnya untuk dibuat kuih Che Mek Molek dan Kuih Keria. Tetapi tengaharinya hubby menghantar bbm dari pejabat mengajak balik Ipoh melawat emaknya yang dimasukkan ke hospital kerana serangan mild stroke. Kami tiba di rumah beberapa minit menjelang tahun baru. Jadi projek terbengkalai itu hanya dapat disambung pada tahun baru iaitu pada 1 Januari 2013. 


Kuih Chek Mek Molek

Kuih Chek Mek Molek adalah kuih tradisional di negeri Che Siti Wan Kembang. Bila menyebut Che Mek Molek, teringat lagu Chek Mek Molek nyanyian Dato M Daud Kilau, Raja Gelek. Kalau dengar lagu tu, kalau tak bangun bergelek pasti dalam hati bergelek sakan terutama kalau mendengar nyanyian secara live. 

Walaupun anak anak saya tiada yang lahir di Kelantan dan membesar di Kuala Lumpur, namun adalah sikit sikit darah Kelantan apabila mereka menggemari setengah dari makanan Kelantan. Itu yang Juita meminta saya membuat Kuih Che Mek Molek bila melihat saya merebus ubi keledek yang dibawa kakak saya dari Kelantan tempohari.


Kuih Chek Mek Molek

Membuat kuih ini sebenarnya sangat mudah. Hanya perlu ditumbuk ubi keledek rebus dan digaul dengan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. Tepung gandum hanya perlu di agak agak sahaja kuantitinya, jika terlebih kuih akan keras dan kurang sedap. 

Bentukkan lonjong dan dimasukkan gula pasir sebelum ditutup kemas supaya air gula tidak meleleh keluar semasa digoreng. Goreng dengan api perlahan supaya gula hancur menjadi air gula. Bila kekuningan, bolehlah diangkat dan dilapik dengan kertas tuala dapur. Mudahkan? Sedari kecil, saya sudah pandai membuat kuih ini. Malu mengaku anak Kelantan jika tak tahu membuat Kuih Che Mek Molek. 

OK hingga di sini dulu, saya ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua pembaca dan pengunjung blog Azie Kitchen dan Azie Shoppe.... Semoga tahun ini menjanjikan lebih kebahagiaan untuk kita semua dengan dikurniakan rezeki yang berkat dan kesihatan yang baik.

Kuih Chek Mek Molek


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Kuih Chek Mek Molek 2013 "

  1. mudahnya buat kueh ni akak tak pernah buat lah tapi macam teirngin jugak nam try sbb tak banyak guna bahan kena cari keledek dulu lah ni..

    BalasPadam
  2. pekena time hujan-hujan ni kak oi..bestnye..lama dah x buat kue ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pekena dg teh kopi O, mmg ngam sangat

      Padam
  3. salam kak azie..happy new year..pic cantik kak:)zila rajin jgk buat mmg sedap nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jumpa tempat yg sesuai. Dan gambar resize spt yang Zila ajar hari itu

      Padam