Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tempahan Red Velvet Cupcakes Dari Jiran





Bangun pagi ini baru terbaca sms yang dihantar oleh Puan Normah, jiran kami yang mahu menempah cupcake sebanyak 30 biji untuk dijadikan hadiah. Beliau mahukan kek dihantar selewatnya pukul 5 petang. 

Oleh kerana hari ini, kami menyiapkan tempahan Aini untuk majlis hi tea di pejabatnya di Puchong, jadi saya boleh memenuhi permintaan  Puan Normah supaya cupcakes nya di campur antara Red Velvet dan juga Moist Chocolate Cupcakes. 

Namun akhirnya, saya hanya membuat Red Velvet untuk Puan Normah dan Chocolate Cupcake lebihan majlis hi tea hanya diberi sahaja tanda berjiran. Alhamdulillah rezeki anak anak. Semoga Puan Normah berpuashati dan maaf atas segala kekurangan.



Jom layan gambar cupcakes yang telah disiapkan pagi ini. Saya masih menggunakan resepi Red Velvet yang sama dan frostingnya pula menggunakan The Best Ever Cream Cheese Frosting di SINI.








Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Tempahan Red Velvet Cupcakes Dari Jiran"