Rainbow Cakes In Jars Sebagai Door Gift
Saya telah berbulan bulan sebelumnya memikirkan berkenaan dengan door gift yang sesuai untuk tetamu di majlis Villa Nur Qaseh. Pada mulanya saya bercadang untuk membuat mini fondant cake atau fondant cupcake yang diletak di dalam bekas kotak yang dihias cantik di atasnya.
Anak anak pula mencadangkan supaya disediakan homemade chocolate yang diletak di dalam kotak dan dihias dengan riben. Akhirnya, saya memilih untuk menyediakan Rainbow Cake In A Jar apabila terpandang di dalam website omputih dan juga video. Dengan Cake In A Jar, setiap orang mempunyai kek masing masing yang dihias sekali dengan sudu, riben dan kad.
Anak anak pula mencadangkan supaya disediakan homemade chocolate yang diletak di dalam kotak dan dihias dengan riben. Akhirnya, saya memilih untuk menyediakan Rainbow Cake In A Jar apabila terpandang di dalam website omputih dan juga video. Dengan Cake In A Jar, setiap orang mempunyai kek masing masing yang dihias sekali dengan sudu, riben dan kad.
Memang sungguh memeningkan kerana saya terlalu memikirkan sesuatu yang bukan sahaja cantik tapi unik untuk dikenang oleh mereka yang menerimanya. Saya mahukan majlis ini meninggalkan keindahan bukan sahaja pada kami tetapi juga tetamu kami. Seperti mana diri saya yang biasa, saya pasti tidak akan berbelanja sesuka hati kerana saya lebih puas menyediakan sendiri cenderahati untuk tetamu sedaya yang mungkin. Ia lebih memberikan kepuasan diri kepada saya jika dapat memberi sentuhan sendiri kepada apa sahaja majlis yang istimewa.
Di samping itu juga, saya ingin berkongsi resepi Buttercream yang digunakan sebagai frosting hari ini yang dikatakan sebagai The best Buttercream in the world berdasarkan feedback yang diberi oleh lebih 100 orang yang telah pernah mencubanya. Saya sangat teruja untuk mencuba sendiri kehebatan rasa buttercream ini yang keunikan utamanya ialah penggunaan tepung gandum. Dikatakan juga juga frosting untuk chocolate cake as to die for. Hmm hebat tu... Selain itu, disediakan juga frosting Classic Vanilla Buttercream biasa.
Di samping itu juga, saya ingin berkongsi resepi Buttercream yang digunakan sebagai frosting hari ini yang dikatakan sebagai The best Buttercream in the world berdasarkan feedback yang diberi oleh lebih 100 orang yang telah pernah mencubanya. Saya sangat teruja untuk mencuba sendiri kehebatan rasa buttercream ini yang keunikan utamanya ialah penggunaan tepung gandum. Dikatakan juga juga frosting untuk chocolate cake as to die for. Hmm hebat tu... Selain itu, disediakan juga frosting Classic Vanilla Buttercream biasa.
330 gm gula castor
5 biji putih telur A
2 sdk esen vanilla
400 gm tepung gandum*
4 sdk baking powder* - *satukan dan ayak
290 gm susu segar
1 sdk pewarna ungu,biru, hijau, kuning, oren & merah
Cara cara:
Dalam mixer, pukul butter dan gula sehingga kembang. Tuang putih telur dan esen vanilla, kemudian pukul lagi sehingga adunan sebati.
Masukkan adunan tepung bergilir gilir dengan susu segar, gaul sebati dengan menggunakan spatula, jika nampak berketul ketul, gunakan mixer dengan kelajuan paling perlahan selama beberapa saat.
Bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap bahagian lebih kurang dalam 210 gram dan tambahkan setiap bahagian dengan setiap pewarna, boleh tambah perasa jika suka, masukkan dalam 'piping bag' dan gunting hujung 'piping bag' supaya menjadi lubang kecil.
'Pipe' nipis adunan warna ungu dalam balang 1/2 inci tinggi, diikuti dengan warna biru, hijau, kuning, oren dan merah. Penuhkan hanya 1/2 jar sahaja. Pastikan setiap warna adalah sekata dan menyentuh keliling jar.
Susun jar ke dalam loyang yang diisi dengan 1/2 inci air panas. Bakar pada 170C secara water bath selama 35 minit atau sehingga masak.
Sejukkan kek, baru 'pipe'kan dengan adunan cheese (resepi dibawah) di atas kek dan hias ikut kreativiti masing masing.
Jika terlalu penuh, sudu keluarkan sedikit kek untuk dimasukkan frosting samada cheese cream atau butter cream dan untuk diletakkan penutup jar.
Ikatkan riben bersama sudu, sejukkan dan siap dihidangkan
Adunan ini mendapat 13 jar.
Nota:
Tak perlu di spray jar kerana kek akan dimakan terus dari jar menggunakan sudu dan juga ia menjejaskan kecantikan warna kek.
Boleh juga disudukan warna secara rambang untuk menghasilkan efek Rainbow Cake yang berbeza.
Untuk menyimpan, tutup dan simpan di dalam peti ais.
Jika tidak terus digunakan sprinkles, akan menyebabkan warna turun pada frosting menjadikan ianya kurang cantik.
Best Buttercream Frosting
24 cupcakes
Bahan bahan:
5 sb tepung gandum
1 cawan susu - wholemilk
1 sk Vanilla
1 cawan real salted butter
1 cawan gula kaster (not Powdered Sugar!)
Cara cara:
Sediakan kek cawan dan biarkan benar benar sejuk.
Di dalam kuali kecil, whisk tepung ke dalam susu dan panaskan sambil terus dikacau sehingga ianya likat seperti adunan kek. Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Atau boleh juga diletak di atas bekas berisi ais selama 10 minit atau sehingga benar benar sejuk sebelum dimasukkan vanilla. Atau dimasukkan ke dalam peti sejuk dengan dikacau sekali sekala.
Sementara adunan susu disejukkan, putar butter dan gula kaster sehingga gebu dan ringan. Rasa dengan jari kalau gula kaster telah hancur.
Masukkan adunan susu tadi dan putar sehingga sebati dan membentuk whipped cream. Boleh juga adunan susu dimasukkan ke dalam bekas penapis dan ditekan tekan supaya ianya benar benar halus.
Nota:
Sediakan hari yang sama ianya hendak digunakan. Lagi sedap selepas disimpan sehari di dalam peti sejuk. Biarkan pada suhu bilik dan putar semula utk kembali gebu dan ringan.
Sesuai juga untuk Red Velvet Cake, cake dan pastries
Classic Vanilla Buttercream Frosting
1 cup unsalted butter - lembut
3 - 4 cawan powdered sugar - ayak
1/4 sk garam
1 sb vanilla extract
1 sb vanilla extract
4 sb heavy cream atau milk
Cara cara:
Putar butter beberapa minit menggunakan kelajuan sederhana sehingga ringan dan gebu. Tuangkan 3 cawan gula sedikit demi sedikit sambil terus diputar dengan kelajuan perlahan. Naik kelajuan sederhana, masukkan vanilla, garam dan 2 sudu besar cream atau susu dan diputar selama 3 minit. Jika perlu, tambahkan baki gula atau jika terlebih pekat, tambahkan baki susu sebanyak 1 sudu besar pada satu masa.
Nota:
1 adunan buttercream ini untuk 2 layer kek saiz 13x9 inci atau 24 cupcakes
Hi Kak,
BalasPadamTahniah atas majlis engagement Dr Nana. She looked so stunning on her engagement day.
Lovely rainbow cake.
Regards,
Sally
Sally, thank you so much. Yes the cake in jars are so gorgeous
Padamkak azie, nak buat color lawa macam ni guna brand ape ye?
PadamSis Azie,
BalasPadamCongrats for Big Day of Dr Nana.
Cake in jars memang musim skrg nie kan?
rata2 Yong tengok mesti ada nie as door gift.
Terima kasih. Memang trend baru. Tapi orang masih ramai yang tak faham. Bila kita bagi sebagai door gift untuk dibawa balik sebagai buah tangan tetapi mereka makan di sini sebagai dessert dan tak habis. Ianya agak banyak dan boleh dimakan berulang ulang jika di rumah
Padamkalau buat untuk door gift, kena buat banyak jar la kan..mesti banyak Kak Azie buat untuk majlis pertunangan tu...kalau bakar secara water bath, jar tu tak pecah ye kak? saya tak pernah buat tapi tertanya-tanya dengan tahap kepanasan yang jar tu boleh tahan jika digunakan
BalasPadamInsya Allah, tak pecah
PadamSalam kak azie..
BalasPadamtertarik sgt bila RC ni bake dlm jar...nice :))
BTW congrates for Engagement doc :)
Thank you
Padaminteresting,usually the frosting is cream cheese. but your recipe is using butter cream.next time,i'll try it. thanks for sharing this and congratulation for you and family.
BalasPadam-Qay-
Yea, this time we use buttercream.
Padamsaya tinggal di penang, boleh tempah rainbow cakes in the jar di Penang? terima kasih
BalasPadamBoleh kerana ada perkhidmatan penghantaran sejuk beku ke Penang. Kena ada sedikit bayaran kos penghantaran. Apa apa pun boleh email ke azieshoppe@hotmail.com
Padamassalam...terimakasih atas resepi yg di beri..sangat berguna buat org mcm akak yg x reti buat kek nie...
BalasPadamada satu pertanyaan..akak tak faham kat sini "Sediakan hari yang sama ianya hendak digunakan."
maknanya kita buat sehari sebelum nak guna ke cemana...??
Boleh juga disediakan sehari sebelum. Jika disimpan di dalam peti, boleh tahan smp 5 hari
PadamSalam Akak... Do you mind share it here, where to buy the jar, boleh masuk oven? So cute la... Teringin nak try buat makan2 tapi tak tahu kat mana nak order jar ni area penang
BalasPadamTak pasti sebab saya beli di Quality Pack Puchong
Padamsalam akak..yg perkhidmatan sejuk beku tu guna courier ape yer?coz sy nk kne deliver kek jgak ni..hehe.tq
BalasPadamKak,boleh tahu guna butter apa ye? tq
BalasPadamBoleh guna apa apa shj pure buttet mcm Anchor, President etc
Padamaslkm... trtarik dngn idea yg akak kemukakan... sy gemar buat kek dngn ibu tp kdang2 kek yg sy buat tak mnjadi.. tp dngn info yg akak berikan mslah tu sume dpt diatasi.... tq atas perkongsian resepi... btw comel and suke sngt kek dlm btol... =)
BalasPadamSalam kak azie..
BalasPadamMerancang cake in a jar ni sbg doorgift birthday anak.
Agak2 satu adunan ni dapat berapa jar yg kecik ye kak?