Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Dagang Terengganu Buat Sarapan


Nasi Dagang Terengganu Buat Sarapan

Oleh kerana bonda saya buat pertama kalinya berkunjung ke rumah kami, saya sedaya upaya cuba menyediakan sendiri sarapan di rumah. Namun kerana kesihatan saya yang tidak mengizinkan untuk saya bekerja yang memberi impak pada tulang belakang saya, terpaksa meminta tolong anak anak memasak dengan saya menyediakan apa yang patut sahaja. Saya memang menggemari nasi dagang Terengganu yang disediakan oleh bekas teman sepejabat iaitu Tengku Kamaliah yang saya panggil sebagai Kak TK sahaja. 

Setiap kali ada jamuan di pejabat, Kak TK akan membawa nasi dagang untuk dijamu kawan kawan. Sebelum bersara, Kak TK memberikan resepi kepada kami tapi saya telah misplaced. Setelah mencari sekian lama, akhirnya terjumpa semasa saya sedang mengemas meja pejabat yang dibuat renovation. Hmm tak mahu kehilangan kali kedua, saya terus menyalin resepi di dalam ipad.

Untuk sarapan hari ini, saya menyediakan nasi dagang mengikut cara yang pernah saya buat dahulu di SINI. Manakala lauknya saya mengubahsuai resepi kak TK dengan memasukkan rempah gulai dan rempah masak cap bunga Rose yang dibeli dari Kuala Terengganu. Lauk gulai ikan tongkol ini disediakan malam sebelumnya bagi memastikan lauk lebih sedap dan mesra untuk dimakan pada hari ini. 

Di samping Gulai Ikan Tongkol stail Terengganu, saya juga menyediakan Gulai Darat Ayam stail Kelantan di SINI untuk dimakan sebagai lauk, terutama bagi anak anak yang mungkin tak suka makan lauk ikan. Lagi pulak lauk lauk ini boleh dimakan sebagai lauk untuk hidangan makan tengahari. Jadi tidaklah ianya membazir. Jom layan resepi dulu..


Nasi Dagang Terengganu Buat Sarapan
 
Nasi Dagang Terengganu 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
1 biji kelapa - (2 ½ cawan santan cair & 2 cawan santan pekat)
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang halus
¾ sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) -dicampur ke dalam santan pekat

Cara membuat:
Beras dibersih dan direndam dgn air selama lebih kurang 8 jam sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus dan kukus sehingga masak. Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar dan tabur halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dr tepi perlahan lahan sambil digembur gemburkan.



Nasi Dagang Terengganu Buat Sarapan


Gulai Ikan Tongkol Stail Terengganu

Bahan bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam
Asam keping
Garam

Bahan kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 inci lengkuas
2 batang serai
5 tangkai bunga cengkih - ganti dg rempah cap rose
2-3 sudu besar ketumbar - ganti dg rempah cap rose
1-2 sudu besar jintan manis - ganti dg rempah cap rose
Cili boh atau cili kering - sesuka hati

Bahan lain
Santan secukupnya
1 pek rempah gulai cap bunga rose (kacau dg air)
8 gram rempah masak cap bunga rose
Garam
Gula melaka
Serbuk perasa
1 batang kulit kayu manis
2 asam keping
Cili padi
Belimbing buluh, jika suka

Cara cara:
Rebus ikan tongkol dengan sedikit air, garam dan asam keping sehingga air agak kering. Angkat dan ketepikan.

Masakkan santan ke dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan rempah cap rose dan bahan yang dikisar dan masaklah hingga naik minyak.

Masukkan garam, asam keping,  gula melaka, serbuk perasa dan akhir sekali masukkan ikan tongkol rebus.

Rasalah garam, masam dan manisnya dan masukkan cili padi dan buah belimbing buluh. Masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

nota:
Saya tak meletakkan bunga cengkih, ketumbar dan jintan manis dalam bahan kisar. Sebaliknya menggantikan dengan rempah gulai dan rempah masak cap bunga Rose.

Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.



Nasi Dagang Terengganu Buat Sarapan


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Nasi Dagang Terengganu Buat Sarapan"