Kari Ikan Merah
Sempena cuti hari krismas hari ini, saya menyediakan Kari Ikan Merah untuk hidangan tengahari yang dimakan bersama Kacang Panjang goreng dan Ikan Keropok goreng serta sambal belacan.
Kali ini saya memasak kari secara biasa jer, bukan kari mamak seperti yang biasa saya buat. Oleh kerana belum betul betul sihat, saya memasak sambil duduk di atas bangku tinggi. Namun saya bernasib baik kerana hubby sangat ringan tulang untuk membantu menyiang dan membersihkan ikan dan sebagainya. I am blessed.

Sunyi pulak terasanya pagi ini bila mengingatkan bonda saya yang telah balik kampung petang semalam. Dia memang dah tak sabar nak balik, pukul 1 dah bersiap walaupun hendak ke airport pukul 4. Hmmm begitu lah orang tua yang tidak betah duduk lama lama di rumah anak anak. Harap harap saya nanti tidak begitu.
Saya berazam untuk menjadi seorang mertua yang baik. Saya ingin melayan menantu seperti anak sendiri, sebagaimana kita menyayangi anak sendiri, begitu juga kasih sayang perlu diberi pada menantu. Kerana sekali hati tercalar pasti susah untuk diperbetulkan lebih lebih lagi menantu perempuan. Hanya azam dan peringatan untuk diri sendiri.

Jom kita layan resepi Kari Ikan saya hari ini...
Kari Ikan Merah
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Ikan Merah
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji limau nipis
3 sudu besar serbuk kari ikan Babas
Halba campur
Cili kisar
Asam jawa
Garam
Kacang bendi
Tomato buah
Cili hijau
2 pelepah daun kari
Santan
Panaskan minyak dan masukkan halba campur dan sedikit cili kisar. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia serta daun kari. Goreng sehingga garing sebelum dimasukkan serbuk kari ikan yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah garing, masukkan air asam jawa dan biarkan pecah minyak. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
Akhir sekali, masukkan bendi, tomato buah dan cili hijau. Masukkan garam dan serbuk perasa. Bolehlah angkat setelah disesuaikan rasa dan kepekatannya.
SEDAP NAMPAK KARI TU..HARAP KAK ZIE SIHAT SELALU..MINUMKAN BANYAK KCG SOYA KAK..KATANYA ELOK UNTUK ORANG YG SAKIT BELAKANG NI...
BalasPadamTERSENTUH BCA HAL MEMJADI MERTUA YG BAIK..INSYAALLAH TIADA KESUKARAN BGI MENANTU LELAKI KAK..DULU MAK MERTUA SYA CUKUP MENCALARKAN HATI SAYA SEBAIK SAHAJA SY BERGELAR MENANTU..GITULAH LAMA2 TU SY MENERIMA DENGAN TULUS IKHLAS SBB HUBBY SAYA BENAR2 HORMAT AKAN IBUNYA..PESAN MAMA SY..HARGAI KEBAIKAN ORG DULU BARULAH DIUKUR AKAN KEBURUKANNYA..SAMPAI SEKARANG SY BERPENGANG PD KATA2 MAMA..ALL THE BEST KAK
Nikee, pengalaman sendiri banyak mengajar supaya jangan mencampuri urusan rumahtangga anak anak.
PadamSelamat malam...
BalasPadamWah sedapnya kari ikan tu kak azie, terbau sampai sini, hehe..
Selamat malam Evelyn. Sekali sekala masak kari ikan, pasti sedap
Padamsusah nk komen, tpi secara peribadi sy brpendapat kena berfikiran trbuka n brlebih krg, maklum masing2 dtg dr latar belakang berbeza..bkn senang nk tune dlm kluarga org lain...proses nk mcari keserasian tu yg memakn masa n perlu kesabaran
BalasPadamBetul apa yg ditulis tu.
Padambila pula masukkan ikan?
BalasPadamOhh tertinggal ya. Masukkanlah selepas santan mendidih, sebab ikan tak mahu dimasak terlalu lama, nanti hancur
PadamSalam.. Limau nipis untuk apa? Kalo takde bole?
BalasPadam