Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Lemak Kuning Ayam


Gulai Lemak Kuning Ayam

Hari ini saya menyediakan Gulai Lemak Kuning Ayam atas permintaan Nellisa sebagai lauk hidangan tengahari bonda dan anak anak saya. Semalam adalah hari terakhir Nelly menjalani latihan praktikal, jadi pagi ini dia mula menjadi penganggur sementara menunggu memulakan pekerjaan Januari nanti.  Pagi pagi lagi Nelly ke kedai runcit bagi membeli ayam segar yang disembelih selepas ayam dipilih. Dia telah menetapkan syarat supaya saya tidak membuat Masak Lemak Cili Padi kerana dia tak tahan dengan masakan pedas. Kalau tidak kerana permintaannya, tentulah Masak Lemak Cili Padi yang akan saya sediakan. 

Gulai Lemak Kuning Ayam

Setelah sekian lama tidak memasak nasi, hari ini adalah hari pertama saya memasak nasi untuk bonda saya untuk dimakan dengan Gulai Lemak Kuning Ayam. Ya lah kalau gulai, mestilah sedap dimakan dengan nasi. Sedap pulak nasi dari beras Basmathi ni. 

Aduhaaai dalam usaha nak mengurangkan pengambilan nasi, lagilah ianya menggoda selera. Apa tak nya, tengok nasi yang panjang panjang itu pun selera jadi terbuka. Selain gulai, saya juga menyediakan Ikan Kerisi Goreng garam kunyit yang sedap sebab isinya yang putih dan segar. 

Untuk sayur pula, saya masakkan Sayur Rebus Baby Bayam yang menjadi kegemaran saya. Saya suka meratah dan menghirup kuahnya seperti sup. Boleh klik di SINI untuk cara penyediaannya.

Dalam memikirkan apa yang ingin dimasak, saya sempat bertanya dengan sahabat fb saya, Jamaliah tentang bahan bahan untuk menyediakan gulai lemak yang saya sediakan hari ini. Jom kita semak bahan bahan yang saya gunakan dalam gulai ini.... Jom layaaannn....


Gulai Lemak Kuning Ayam

Gulai Lemak Kuning Ayam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
1 labu bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji cili merah
3 batang serai
Sedikit lengkuas 
1 asam keping
Daun kunyit
Garam
Serbuk perasa
Santan secukupnya
Cili hijau solok
Cili padi

Cara cara:
Kisar cili merah, bawang, kunyit, halia, lengkuas dan serai. Masak santan dengan bahan kisar sehingga mendidih.

Masukkan ayam dan  daun kunyit. Masak sehingga ayam masak sambilbterus dikacau. Akhir sekali, masukkan cili hidup, cili padi, garam, asam keping dan serbuk perasa. 

Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.


Gulai Lemak Kuning Ayam



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Gulai Lemak Kuning Ayam "

  1. salam singgah..boleh try buat ni,ayam saya tau msk kari dan kurma je..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain masak lemak cili padi, rasanya masak lemak macam ni pun sedap. Kalau nak pedas, guna lebih cili atau guna cili padi.

      Padam
  2. Ermmmm menarik resepi nie sesuai tuk masak kat org2 yg tak tahan pedas, mekasih azie kongsi resepi nie in Shaa Allah kalau ade masa D5 nk cuba musti sedap kan :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. As salam D5, betul sangat sesuai utk anak anak yang tak tahan pedas. Semasa dimasak, semerbak jer bau nya

      Padam
  3. xpernah lagi masak ayam lemak kuning..selalunya buat ikan tapi lepas ni bolehla cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kniedaz, sedap sangat gulai ini. selepas semalaman pun lagi sedap

      Padam
  4. Balasan
    1. Masukkan dalam santanlah mengikut kepekatan yg disukai

      Padam