Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Darat Ayam bersama Telur Rebus Lauk Nasi Dagang


Gulai Darat Ayam bersama Telur Rebus Lauk Nasi Dagang


Di samping menyediakan Gulai Ikan Tongkol Stail Terengganu sebagai lauk Nasi Dagang Terengganu di SINI, saya juga menyediakan Ayam Gulai Darat Stail Kelantan yang memang sedap dimakan bersama Nasi Dagang. Tapi rasanya ramai yang tahukan bahawa Nasi Dagang Terengganu tak sama dengan Nasi Dagang Kelantan. 

Pertamanya Nasi Dagang Terengganu dimasak menggunakan beras wangi putih dan setengahnya dicampurkan beras pulut. Sedangkan di Kelantan, dimasak menggunakan beras khas Nasi Dagang Kelantan yang berwarna ungu kebiruan. 

Selain nasi, lauk nasi dagang Terengganu banyak menggunakan Ikan Tongkol yang berwarna hitam berbatik, sirip panjang dan punya isi berwarna putih. Sedangkan Nasi dagang Kelantan banyak menggunakan Ikan Tongkol putih yang punya isi berwarna gelap kehitaman.

Gulai Darat Ayam bersama Telur Rebus Lauk Nasi Dagang


Di samping itu, gulai Nasi Dagang Terengganu dimasak dengan rempah yang dimasak lama sehingga keluar minyak. Kebiasaannya ikan dipotong besar besar dan semasa menghidang, penjual akan mencubit isi ikan. Di Kelantan pulak, ikan dimasak dengan bahan bahan kisar dan berwarna kuning dan ikan dipotong kecil kecil. 

Di samping gulai ikan Tongkol, nasi dagang Terengganu dihidang bersama acar timun. Di Kelantan pulak, dihidang bersama sambal kelapa goreng, telur rebus dan hirisan timun. Saya memang sangat menggemari sambal kelapa goreng yang ditumbuk dengan ikan rebus, bawang merah, serai dan sedikit garam. Tak lengkap makan nasi dagang tanpa sambal kelapa ini.

Panjang pulak berceloteh pasal perbezaan antara nasi dagang Terengganu dan nasi dagang Kelantan ya. Sebenarnya selain ikan tongkol, lauk nasi dagang Kelantan juga ialah Ayam Gulai Darat yang saya sediakan pada hari ini. Manakala telur yang direbus, juga dimasak bersama sama Gulai Ayam untuk dijadikan lauk sampingan Nasi Dagang. 

Aduuh kalau bercakap pasal masakan Kelantan ni, memang tangkap meleleh air liur. Heran juga kalau dikirakan usia saya sekarang, saya hidup di Kuala Lumpur lebih lama dari di Kelantan tapi selera saya tetap selera Kelantan. Jomlah layan resepi Gulai Darat yang saya salin dari Kak Tengku Kamaliah juga....

Gulai Darat Ayam bersama Telur Rebus Lauk Nasi Dagang

Gulai Darat Ayam Nasi Dagang Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - potong ikut suka
3 sudu besar serbuk kari ayam
Santan
Garam
Gula
5-6 tangkai lada merah/hijau - belah 2
1-2 keping asam keping
2-3 biji telur rebus - buang kulit

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Cara cara:
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk dan masukkan bahan bahan kisar, masaklah sehingga air agak kering.

Masukkan santan, garam, gula, asam keping dan serbuk perasa. Akhir sekali, baru dimasukkan lada.

Masaklah hingga agak pekat dan bolehlah diangkat.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

19 ulasan for "Gulai Darat Ayam bersama Telur Rebus Lauk Nasi Dagang"

  1. Sedapnyaa..makan dengan nasi dagang..alahai tambah nasi kang..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, sedap dimakan dg nasi dagang ni. Atau dibuat lauk nasi berlauk, letak sedikit sambal belacan dan hirisan timun

      Padam
  2. Salam Azie, bila rempah kari dimasukkan. Biasanya masak darat, rempah ditumis asing, kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya masukkan kesemua sekali bersama bahan kisar. Saya tak buat tumis darat.

      Padam
  3. baru sempat melawat umah K.Azie nih....sekali masuk tak tertahan diwatnya..esok mesti nk kena cari nasi dagang nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi dagang mmg versatile. Boleh dimakan dg pelbagai lauk pauk

      Padam
  4. Sedapnyaaaa.... tergoda dibuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cubalah. Gulai darat cukup terkenal di Kelantan

      Padam
  5. Masakan kelantan unik sbb ia ada rempah tertentu utk masakan tertentu yg tentunya hya dijual di kelantan..kwn sy pernah buat sambal mentah, sy pun dh lupa namanya apa..tpi ada campuran cili kecil+bwg merah+bwg putih+ air limau nipis+ nenas..tak silap bwg2 tu dibakar sebelum ditumbuk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Ada siap dijual rempah gulai darat yang tinggal cuma dicampurkan dengan ayam atau daging sahaja

      Padam
  6. masakan terengganu yg sy taklupa kesedapannya ialah sambal ikan tongkol yg dimakan dgn nasi lemak..rasanya seakan2 ikan sadin tumis..manis pedas n pekat kuahnya..bru2 ni pergi Tgganu tpi kecewa tak dpt merasa masakan Tgganu kecuali sata je..mujur satanya sedap n tak cepat basi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun pernah makan sekali. Ia dimasak oleh anak saudara yang berasal dari Terengganu. Nnt boleh minta resepi dengan dia

      Padam
  7. Salam Kak Azie,
    Ooh..baru saya tau gulai darat kelantan tu ayamnya kena masak ngan bahan kisar sampai kering..jadinya, memang tak tumis la kak? Minyak dari santan tu je la ya...

    BalasPadam
  8. Slm nk tnya santan tu guna brp kg? Teringin nk cuba buat..

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum Kak Azie. Selamat hari raya aidilfitri.
    Bila kita masuk kan Serbuk kari ye?

    Thanks kak. :-)
    Zeta

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Zeta. Satukan serbuk kari dengan bahan kisar.

      Padam
  10. Salam nak tanya..apakah yang dimaksudkan dengan gulai darat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Gulai darat ialah bila rempah ditumis asing dan dituangkan kemudian sebelum ditutup api

      Padam