Agar Agar Kering Untuk Hantaran
Sejak kecil, saya selalu melihat kakak saya, Cik gu Asiah menyediakan Agar Agar Kering yang kami panggil "Belder" Kering di setiap kali hari raya. Agar agar ini selepas dipotong kecil akan dijemur di bawah panas matahari sehingga benar benar kering dan timbul gula kering di permukaannya.
Antaranya yang paling tidak boleh saya lupakan ialah pada hari raya tahun 2004 di mana kakak saya membuat dengan banyak dan membekalkan Agar Agar Kering dan biskut biskut raya untuk saya bawa semasa mendaftar diri untuk pengajian di Universiti Malaya. Itu sebab saya ingat sangat tahun tersebut. Malah, itulah tahun terakhir kami membuat bersama sama kerana selepas menamatkan pengajian, berkahwin, bekerja, saya terus menetap di sini.
Antaranya yang paling tidak boleh saya lupakan ialah pada hari raya tahun 2004 di mana kakak saya membuat dengan banyak dan membekalkan Agar Agar Kering dan biskut biskut raya untuk saya bawa semasa mendaftar diri untuk pengajian di Universiti Malaya. Itu sebab saya ingat sangat tahun tersebut. Malah, itulah tahun terakhir kami membuat bersama sama kerana selepas menamatkan pengajian, berkahwin, bekerja, saya terus menetap di sini.
Seperti biasa, saya agak kurang suka makan makanan kudapan kecuali jika makan secara beramai ramai. Begitu lah juga dengan bekalan yang dibawa. Ramai kawan kawan datang ke bilik saya di B305 Kolej Ketiga untuk sama sama menghabiskannya. Antaranya Norma Salwa yang suka makan Agar Agar Kering yang saya bawa. Sehingga kini, saya belum pernah lagi membuatnya sendiri. Agar agar Kering hari ini disediakan oleh anak gadis saya, Juita. Saya cuma melihat lihat apa yang patut sahaja. Inilah gambar setelah dikeringkan selama beberapa hari di bawah panas mentari.
Jom kita layan resepi di bawah....
Agar Agar Kering
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)
Cara-cara:
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya.
Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur.
Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata. masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.
Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.
Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.
Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.
klu tk brapa manis sgt sedap la nk wat kudapan...
BalasPadamBetul, bila dah berumur, lagi tak boleh nak menelan benda manis manis
PadamSalam Kak Azie,
BalasPadamKalau takde tempat nak kering bawah matahari...boleh tak kalau kita keringkan guna oven? umah saya takde tempat nak sidai...agar2 ni :(
Dear, tak pernah lagi pulak berbuat begitu. Boleh cuba dan nanti sharekan hasilnya. Biasanya dikeringkan di bawah panas mentari
Padammaaf ye...saya ikut resipi ini tapi tak jadi...ia jadi terlalu pekat dan bila sejuk terus mencakar dan tak boleh dipotong..
BalasPadamKalau bahan disukat betul betul, sepatutnya tak jadi masalah. Anak saya yang membuatnya dan menjadi dengan elok dari segi rasa kemanisannya dan kelembutannya.
PadamAkak, lps dh kering semua, cmbe cara penyimpanannye biar kekal sedap berminggu-minggu ?
PadamZura,
PadamKalau dah betul betul, kering masukkan dalam bekas bertutup. Simpan atas meja biasa jer. Kalau tak kering, masih melekat dan belengas
Pakai oven agar agar akan mencair semula...kalau nak cepat...siang bawah matahari...malam.bawak masuk bilik on ekon
PadamThanks Nafisa81...kalau tidak mungkin saya akan cuba guna oven n ends up banjir XD
PadamResepi tradisional ini perlu dijemur di bawah panas matahari. Dan mengambil masa berhari hari utk kering bergantung kpd cuaca. Inilah keunikan dan keindahan kuih tradisional
Padamsaya nak tanya kalau nak order banyak..berapa lama masa untuk jemur agar2 kering ni...berapa lama biasanya akan ambil masa nak siap
BalasPadamBergantung pd cuaca. Kalau hari panas, 2-3 hari dah ok. Kalau cuaca mendung, lama lah menjemurnya
Padamnk tanya, bape harga utk 1kg?
BalasPadamSalam k.azie.. Sy da buat gn resepi akak.. Alhamdulillah mjadi.. Ramai puji.. Next time nk buat lg. InsyaALLAH.. Tp sy nk kurgkn lg gula.. Sy pn mcm akk x suka manis.. Trm kasih byk2..
BalasPadamBle guna agar2 serbuk x?
BalasPadamAssalam Azie, kak dah cuba aga-agar kering resipi Azie. Menjadi tapi warnanya makin lama dijemur makin luntur pucat dan tak cantik. Kenapa ya, terima kasih..
BalasPadamGuna pewarna waterbase jgn guna oilbase,sukatan guna cawan unat batuk kanak2 untuk sukatan 60gm agar2
PadamNak tanya gula batu tu apa fungsinya
BalasPadamAlhamdulillah jd jga agar2 keringku tq admin resepinyacuma next time buat kna bg tebal cket hehe
BalasPadamKak azie,klu x dew gula batu.guna gula pasir jew bolh x
BalasPadamKena letak gula baru. Beli sahaja di kedai runcit pun ada
Padamalhamdulillah dah cuba... tq resepi, menjadi dan suka dgn hasil yg memuaskan hati
BalasPadamSaya nak cubalah untuk raya tahun ni. Tqvm.
BalasPadamSaya dh buat...menjadi...
BalasPadamTq resepi azie...
Sekarang dh boleh buat utk jualan..
Alhamdulillah rezeki...