Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Agar Agar Kering Untuk Hantaran


Agar Agar Kering Untuk Hantaran

Sejak kecil, saya selalu melihat kakak saya, Cik gu Asiah menyediakan Agar Agar Kering yang kami panggil "Belder" Kering di setiap kali hari raya. Agar agar ini selepas dipotong kecil akan dijemur di bawah panas matahari sehingga benar benar kering dan timbul gula kering di permukaannya. 

Antaranya yang paling tidak boleh saya lupakan ialah pada hari raya tahun 2004 di mana kakak saya membuat dengan banyak dan membekalkan Agar Agar Kering dan biskut biskut raya untuk saya bawa semasa mendaftar diri untuk pengajian di Universiti Malaya. Itu sebab saya ingat sangat tahun tersebut. Malah, itulah tahun terakhir kami membuat bersama sama kerana selepas menamatkan pengajian, berkahwin, bekerja, saya terus menetap di sini. 


Agar Agar Kering Untuk Hantaran


Agar Agar Kering Untuk Hantaran

Seperti biasa, saya agak kurang suka makan makanan kudapan kecuali jika makan secara beramai ramai. Begitu lah juga dengan bekalan yang dibawa. Ramai kawan kawan datang ke bilik saya di B305 Kolej Ketiga untuk sama sama menghabiskannya. Antaranya Norma Salwa yang suka makan Agar Agar Kering yang saya bawa. Sehingga kini, saya belum pernah lagi membuatnya sendiri. Agar agar Kering hari ini disediakan oleh anak gadis saya, Juita. Saya cuma melihat lihat apa yang patut sahaja. Inilah gambar setelah dikeringkan selama beberapa hari di bawah panas mentari.


Agar Agar Kering Untuk Hantaran

Agar Agar Kering Untuk Hantaran

Agar Agar Kering ini memang cantik sesuai sebagai hantaran, sedap dimakan begitu sahaja dan yang paling penting boleh disimpan lama. Oleh kerana kakak saya tak ingat resepi yang digunakan, saya terus mencari resepi dalam google dan akhirnya terjumpa di beberapa blog tapi saya memilih resepi dari blog resepidaria kerana tertarik dengan apa yang ditulis. Memang saya puashati dengan resepi ini kerana ianya secukup rasa sahaja kemanisannya. Hmm suka suka suka sangat kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang pernah dibuat suatu ketika dulu....

Jom kita layan resepi di bawah....


Agar Agar Kering Untuk Hantaran


Agar Agar Kering

Bahan-bahan:
60 gm agar-agar bertali
1300 ml air
150 gm gula batu - diketuk halus
1200 gm gula pasir
Pewarna makanan (merah, oren, purple dan kuning)

Cara-cara:
Basuh dahulu agar-agar dan rendam sebentar sehingga lembut. Tapis dan buang airnya. 

Masukkan air dalam periuk dan masukkan agar-agar. Masak sehingga agar-agar hancur dan sebati. Pastikan agar-agar benar-benar hancur. 

Masukkan gula batu dan gula. Kacau rata.  masak sehingga gula batu hancur. Angkat dan bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan.

Sejuk dan dan biarkan ia keras baru potong ikut bentuk pilihan anda. Anda boleh guna acuan untuk mendapatkan bentuk bentuk yang menarik.

Jemur ditempat yang panas sehingga ia benar-benar kering dan bergula. Balik-balik sentiasa supaya ia kering sekata.


Nota:
Anda boleh ketuk dahulu gula batu bagi ia menjadi ketulan kecil supaya ia cepat hancur baru masukkan dalam periuk.




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

25 ulasan for "Agar Agar Kering Untuk Hantaran"

  1. klu tk brapa manis sgt sedap la nk wat kudapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bila dah berumur, lagi tak boleh nak menelan benda manis manis

      Padam
  2. Salam Kak Azie,

    Kalau takde tempat nak kering bawah matahari...boleh tak kalau kita keringkan guna oven? umah saya takde tempat nak sidai...agar2 ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, tak pernah lagi pulak berbuat begitu. Boleh cuba dan nanti sharekan hasilnya. Biasanya dikeringkan di bawah panas mentari

      Padam
  3. maaf ye...saya ikut resipi ini tapi tak jadi...ia jadi terlalu pekat dan bila sejuk terus mencakar dan tak boleh dipotong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bahan disukat betul betul, sepatutnya tak jadi masalah. Anak saya yang membuatnya dan menjadi dengan elok dari segi rasa kemanisannya dan kelembutannya.

      Padam
    2. Akak, lps dh kering semua, cmbe cara penyimpanannye biar kekal sedap berminggu-minggu ?

      Padam
    3. Zura,
      Kalau dah betul betul, kering masukkan dalam bekas bertutup. Simpan atas meja biasa jer. Kalau tak kering, masih melekat dan belengas

      Padam
    4. Pakai oven agar agar akan mencair semula...kalau nak cepat...siang bawah matahari...malam.bawak masuk bilik on ekon

      Padam
    5. Thanks Nafisa81...kalau tidak mungkin saya akan cuba guna oven n ends up banjir XD

      Padam
    6. Resepi tradisional ini perlu dijemur di bawah panas matahari. Dan mengambil masa berhari hari utk kering bergantung kpd cuaca. Inilah keunikan dan keindahan kuih tradisional

      Padam
  4. saya nak tanya kalau nak order banyak..berapa lama masa untuk jemur agar2 kering ni...berapa lama biasanya akan ambil masa nak siap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pd cuaca. Kalau hari panas, 2-3 hari dah ok. Kalau cuaca mendung, lama lah menjemurnya

      Padam
  5. nk tanya, bape harga utk 1kg?

    BalasPadam
  6. Salam k.azie.. Sy da buat gn resepi akak.. Alhamdulillah mjadi.. Ramai puji.. Next time nk buat lg. InsyaALLAH.. Tp sy nk kurgkn lg gula.. Sy pn mcm akk x suka manis.. Trm kasih byk2..

    BalasPadam
  7. Assalam Azie, kak dah cuba aga-agar kering resipi Azie. Menjadi tapi warnanya makin lama dijemur makin luntur pucat dan tak cantik. Kenapa ya, terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna pewarna waterbase jgn guna oilbase,sukatan guna cawan unat batuk kanak2 untuk sukatan 60gm agar2

      Padam
  8. Nak tanya gula batu tu apa fungsinya

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah jd jga agar2 keringku tq admin resepinyacuma next time buat kna bg tebal cket hehe

    BalasPadam
  10. Kak azie,klu x dew gula batu.guna gula pasir jew bolh x

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena letak gula baru. Beli sahaja di kedai runcit pun ada

      Padam
  11. alhamdulillah dah cuba... tq resepi, menjadi dan suka dgn hasil yg memuaskan hati

    BalasPadam
  12. Saya nak cubalah untuk raya tahun ni. Tqvm.

    BalasPadam
  13. Saya dh buat...menjadi...
    Tq resepi azie...
    Sekarang dh boleh buat utk jualan..
    Alhamdulillah rezeki...

    BalasPadam