Young Doctors: Road Trip To JB & Singapore
Malam tadi Nana ke stesyen komuter di Sg Buloh untuk mengambil Hani, Nadiah dan Nadia yang datang bermalam di rumah kami sebelum bertolak ke JB dan Singapura pada pagi ini. Manakala Azreen datang terus ke rumah dan Najwa pula tiba pada pagi ini.
Nana meminta saya memasakkan nasi lemak dengan sambal tumis sotong kering sebagai sarapan sebelum dia bersama kawan kawannya berangkat ke Johor sambil bercuti ke Singapura. Katanya Hani yang minta dimasakkan nasi lemak tersebut. Saya juga menghidangkan telur rebus, timun dan lain lain lauk sampingan. Seharian juga semalam saya merendam sotong kering bagi memastikan ianya betul betul lembut. Saya gunakan air abu dan air paip dengan nisbah 1:10 bahagian selama 6 jam. Nak tengok cara saya menyediakan Sambal Tumis Sotong Kering, klik di SINI.
Saya juga menghidangkan sekali Daging Korban yang dimasak Kerutuk malam tadi. Sedap juga bila dimakan dengan nasi lemak. Di samping itu, saya juga menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis sebagai pilihan jika ada yang tak suka sambal sotong kering.
Seronok melihat mereka makan nasi lemak sambil bersembang sembang. Memang detik bersama kawan kawan adalah detik yang menyeronokkan apalagi kalau kawan semasa belajar. Kawan sekerja dengan kawan sepengajian memang jauh berbeza. Apalagi tempoh pengajian mereka yang lama iaitu 6 tahun di Alexandria. Saya rakamkan gambar gambar semasa mereka bersarapan di sini.
Mereka bertolak dengan kereta Alphard yang dipandu Nana dan co-pilot oleh kawannya yang dipanggil Kak Nana. Semoga perjalanan lancar dan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Itu doa saya buat mereka semua. Selamat bercuti semua doktor doktor muda... Berseronok sebelum memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Perubatan.
Wah..Memang best dapat bercuti dengan kawan.Mesti bersembang tak ingat dunia.Hehe Semua nak share kan..Ngeee;)
BalasPadamLP, betul tu. ada ada jer yg disembangkan
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam