Sambal Tumis Sotong Kering Sebagai Lauk Nasi Lemak
Inilah lauk yang saya masak untuk dimakan bersama dengan nasi lemak hidangan sarapan pagi Nana dan kawan kawannya sebelum bertolak ke Johor untuk bercuti ke Singapura tempoh hari. Klik di SINI.
Saya bertanya kenapa tidak ke Bandung, jawabnya mereka belum bekerja, jadi mulakan dengan negara yang dekat dahulu sebab boleh drive dan boleh tidur di rumah Nad. Hmmm bagus juga jawapan tu. Lagi pulak mereka semua sedang memikirkan hala tuju samada ingin membuat intern di Malaysia atau di Egypt.
Berbalik kepada sambal tumis sotong kering ini, ianya dibuat atas permintaan Nana yang katanya diminta oleh Hani. Bagi memastikan sotong benar benar lembut, saya merendam sekurang kurangnya 6 jam atau semalaman dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1:10 bahagian, diikuti dengan air panas selama lagi 1 jam sebelum dipotong untuk dimasak. Saya sendiri memang suka makan sotong kering yang rasanya memang sedap berbanding dengan sotong rendam.

Jom kita tengok resepi sambal tumis yang saya buat pagi ini. Sambal tumis ini kiranya masakan yang memang sentiasa saya sediakan untuk keluarga saya. Jadi ianya macam orang kata lah, practice makes perfect kan. Begitu juga saya, banyak belajar tips untuk memasak Sambal Tumis yang sedap. Lebih lebih lagi, hubby pun suka Sambal tumis Udang.
Antara yang mesti diperhatikan untuk menghasilkan sambal yang sedap ialah penggunaan bawang yang banyak, cili kisar pula mesti digoreng sehingga garing dengan api perlahan. Manakala rasanya mesti agak manis dan gula pulak dimasukkan sebelum memasukkan bahan bahan lain. Selepas bahan tumis garing, masukkan gula terlebih dahulu. Dengan cara itu, warna sambal kita juga akan menjadi cantik dengan berwarna merah gelap.

Sambal Tumis Sotong Kering
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 ekor sotong kering - potong kecil
3-4 senduk cili kisar
5 bawang besar
1 labu bawang putih
1-2 inci halia
3 sudu besar gula (atau secukup rasa)
Garam
Asam keping/air asam jawa
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4-5 ekor sotong kering - potong kecil
3-4 senduk cili kisar
5 bawang besar
1 labu bawang putih
1-2 inci halia
3 sudu besar gula (atau secukup rasa)
Garam
Asam keping/air asam jawa
Cara cara:
Sotong kering direndam dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1: 10 selama 6 jam diikuti dengan air panas selama 1 jam. Basuh dan potong kecil.
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar dengan api perlahan sehingga benar benar garing.
Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu da kacau sehingga gula hancur. Kemudian masukkan sotong dan digaul rata sebelum dimasukkan air.
Masak dengan api perlahan supaya sotong masak dan masukkan garam dan asam. Setelah secukup rasa, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

alahaii kak terliur saya tgk sambal sotong kering akak tu. nampak sedap sgt
BalasPadamMamasyaza, memang sedap sotong kering ni. Bukan sebab I yg masak tapi sebab sotong kering, memang sedap.
Padamsalam Kak, lapor le...ada lagi ke ..nak sikit.
BalasPadamIta, hari tu masak 1 kuali besar sorong kering sambal tumis. Bila tengok dah nak habis, masak lagi 1 kuali besar. Nasi lemak pun lepas dah nak habis, kukus lagi satu periuk. Memang hari tu, rasa guilty sangat sangat sebab tak boleh nak kontrol diri
Padamalamak... laparlah pulak perut tengok sambal sotong kering ni.... adeeehhhh!
BalasPadamAmie, mmg sedap sangat sambal umis sotong kering ni. Saya tak suka sotong rendam tu
Padamsedapnya kak azie..lm x buat sambal sotong nie..:))
BalasPadamAsmah, memand sedap. 2 kuali besar habis licin sebab dimakan berulang ulang. Nasi lemak juga dimasak 2 kali sebab kehabisan
PadamKak Azie,sedap dan menyelerakan,tapi As selalunya tak pandai rendam sotong kering macam tu cuma As masak lama aje.
BalasPadamMasak lama pun masih liat. Cuba ikut cara yang saya buat di atas tu. gerenti lembut
PadamKak Azi air abu tu abu ape? Abu yang kita dekat dapur kayu tu ke?
Padamsalam kakazie..nmpak sedap banget sambal sotong tuh..kita tak pernah lagi wat sambal sotong kering selalunye guna sotong segar jek..sbb mcm tak berani nk try..hehe! so resipi akak nih kena masuk list lah..tq for sharing ye kak!
BalasPadamSaya lebih suka sotong kering dari sotong segar kalau dimasak sambal tumis, lebih lebih lagi jika dimakan dengan nasi lemak. Kalau makan nasi putih, ok lah sotong segar sebab biasanya ada banyak lauk pauk. Kalau nasi lemak, lauknya ringkas jer....
PadamAs salam Kak Azie,masakan kak Azie membuat saya teruja untuk mengikuti blog ini.harap kak Azie sudi menjadi kawan dapur baru saya yang tak seberapa ini.
BalasPadamTerima kasih kerana sudi mengikuti blog saya. Insya Allah, semoga kita dpt berkenalan dan berkawan dg lebih rapat lagi
Padamslm kak azie, sy slalu mengikuti blog akk. mmg resepi akk sume sdp2, minta izin sy nk share resepi. tima kase byk2. akk, nk tanye air abu tu nk dpt dr mana? ingat sok nk msk sambal sotong nmpk sgt menyelerakan resepi akk tu. trima kase skali lg.
BalasPadamAir abu tu ada dijual dikedai kedai runcit
Padamslm kak azie, sy slalu mengikuti blog akk. mmg resepi akk sume sdp2, minta izin sy nk share resepi. tima kase byk2. akk, nk tanye air abu tu nk dpt dr mana? ingat sok nk msk sambal sotong nmpk sgt menyelerakan resepi akk tu. trima kase skali lg.
BalasPadamKami beli di kedai runcit di seksyen 6 kota damansara
Padamrindu dgn tok saya bila tgk sambal sotong kering..dia msak mmg sedap.. :(
BalasPadamSaya pun sangat suka sambal tumis sotong kering berbanding dengan sotong rendam
Padamsalam...air abu tu untuk bagi apa ya....t. kasih
BalasPadamUtk lembutkan sotong kering
PadamKalu xde air abu still bole masak sotong kering x... bgaimana caranya
PadamAduhh sedapnya. Dah lama tak merasa sambal sotong kering ni. Teringin nak makan. Mak dah takde. Takde sapa nak masakkan. Terpaksa masak sendiri. Culik yer resepinya. Terima kasih. Moga sedap macam masakan mak.
BalasPadamNk tny 1 labu bwg putih tu mksudnye 1 bulat bwg putih yg kta beli tu ke..bkn 1 biji bwg putih?
BalasPadamYa. Bukan 1 ulas
PadamPn. Azie....Jazakalahukhairan for sharing the recipes in your blog. I hv tried most of your recipes and Alhamdulillah all are perfect
BalasPadamMohon utk share n simpan resepi you ni ya Pn. Azie... 1st time nk belajar merendam sotong kering. Btw tqvm for the recepi
BalasPadamsalam kak azie,nak tanya lah air abu tu air apa? selain guna air abu tu? ada cara lain x nak lembut kan sotong kering itu..nampak sedap lah sambal sotong akak nie..
BalasPadamAir abu utk melembutkan sotong kering. Boleh dpt kan di mana mana kedai runcit. Tanyakan dg tuan kedai, mesti mereka tahu
PadamSalam sis Azie..sy nk tnye sotong ni sy rendam n air biase 1 mlm blh ke???sbb sy xde bli air abu la...
BalasPadamsalam...saya terlebih rendam...sbb nak masak time tu anak demam plak...terlupe nak letak dlm freezer... last2 sotong jadi lembik...huhuhuhuhu
BalasPadamsedaaapnye...nak cuba la..byk jugak resepi k.azie yg saya dah cuba
BalasPadammasak utk hari raya pn ok ni kak...
BalasPadammufti
leh tanya tak air abu tu air ape yea..
BalasPadamBeli kat kedai runcit. Saya pun tak tahu bagaimana nak explain pasal air abu tu.
PadamTiba2 pak mentua tanya reti tak buat sambal sotong kering?? Alahaiiii~ bukan ja sambal sotong, sambal tumis ikan bilis pun selali dua je pernah bt... hehe... praktis! Thankyouuuuu npk sodappppp hrp2 jadi camni jugak 😍
BalasPadamAssalam sis Azie, saya dpt peneguhan ilmu hari ni...dulu saya pernah tanya arwah kakak ipar, kenapa sambal tumis dia manis (sedap)...katanya bubuh gula masa menumis cili...mcm sis buat tu...betul memang sedap..berbnding kita masukkan gula di masa lain...😆
BalasPadamAssalam kak, nak tanya. Air abu tu apa?
BalasPadamHari ni saya cuba resepi sotong akk... Tq kak azie
BalasPadamAlamak.. saya baru ja rendam sotong kering dgn air paip ja.. nm masak jam 11 satg.. sejam rendam boleh ka? Ka ada cara lain?
BalasPadamAir paip ja..air abu tak ada..
Huhu lepas rendam baru cri resepi..adoiyai.. huhu
Kalau dah lembut, boleh jer masak. Tapi rasanya memakan masa utk lembut kalau tak guna air abu
PadamSotong kering direndam dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1: 10
Padamkak azie saye tak bape paham tang sukatan air ni.. 1:10 tu camne.. contoh utk 5 ekor sotong kering.. nak kene gune bpe ml atau botol air abu dan bape ml atau botol air paip..
Kemudian masukkan sotong dan digaul rata sebelum dimasukkan air.
BalasPadamkak azie air nk gune bape ml
Sotong kering direndam dengan air abu dan air paip dalam nisbah 1: 10
BalasPadamSaye tak bape paham tang ni kak azie.. 1:10 tu camne.. contoh utk 5 ekor sotong kering.. bape ml atau botol air abu dan bape ml air paip..
nisbah air abu dan air. contoh, 1 ml air abu, 10 ml air.
Padam