Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Raja Akhirnya.....



Puding Raja

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan kawan yang telah memberikan ucapan tahniah, doa dan pelbagai ucapan sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke25 pada hari ini. 

Saya harus akui bahawa tempoh ini adalah tempoh yang cukup untuk mematangkan umur sebuah perkahwinan. Namun dalam perkahwinan terdapat suka duka, bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. 

Begitu juga dengan kami, namun kesabaran dan ketabahan telah menyebabkan perkahwinan masih bertahan sehingga ke hari ini. 

OK lah kita beralih pula pada resepi yang saya ingin kongsikan pada hari ini, iaitu Puding Raja. Hasrat untuk membuat Puding Raja akhir tercapai apabila hubby mempunyai tugasan di Kota Bharu. 

Saya memesan hubby membeli jala emas yang merupakan antara bahan penting yang memberikan kesedapan pada puding raja. Saya berbelah bahagi samada untuk membuat jala emas sendiri atau membeli yang ready made sahaja. 

Puding Raja


Selepas mempunyai stok jala emas, masalah yang saya hadapi adalah mencari pisang lemak manis yang merupakan bahan utama dalam penyediaan Puding Raja. Lama resepi ini diperam dan lama juga jala emas disimpan. 

Saya sebenarnya tidak pernah melihat pisang lemak manis, apalagi membelinya. Kawan kawan fb memberitahu yang pisang ini boleh dibeli di Pasar Borong Selayang. Tapi bukan mudah untuk kami ke sana, seingat saya hanya sekali atau dua saya ke sana. Itupun dah berpuluh tahun lepas. Hari ini, akhirnya hasrat saya untuk membeli pisang lemak manis tercapai apabila selepas bersarapan, saya tergerak hati untuk singgah di gerai pasar tani di tempat parking di Tangling dan mendapati ianya ada dijual di situ.

Yeaay akhirnya... Saya menghantar What's App meminta Nana menyediakan puding raja hari ini. Walaupun tak betul betul dihias cantik, namun puashati kerana dapat akhirnya menikmati puding raja yang telah lama diidam idamkan. 

Resepi Puding Raja ni dah lama saya perolehi dari buku masakan Air Tangan Tengku Puan Pahang yang dihadiahkan oleh Dato' Daing Khatijah yang ditandatangani oleh Tengku Puan Pahang sendiri, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang merupakan idola saya sejak dulu. 

Jom layan resepi dulu....

Puding Raja

Puding Raja
Sumber: buku Air Tangan Tengku Puan Pahang

Bahan bahan:
4 sikat pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200gram buah prun - potong 4
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
Daun pandan - simpul
Esen vanilla

Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. 

Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan. Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.

Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. 

Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas.

Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Puding Raja


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

24 ulasan for "Puding Raja Akhirnya....."

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, Nana main campak jer bahan bahan hiasan tu, tak tersusun cantik dan gambar pun tak secantik gambar puding raja yg dalam blog you. Ceri pun tak ada, jadi warna dah kurang. Tapi rasa sedap

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Oh OK, nnt I tengok. I mmg suka bingka yg garing keliling tu. kalau di bulan puasa, mmg tiap hari membelinya di cafe

      Padam
  2. Salam kenal sis...bestnya..terliur dibuatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kenal. Memang best, patutlah sajian istimewa istana

      Padam
  3. salam kenal Kak Azie...
    sedapnya nmpk puding raja tu..xlusif betoi puding ni..susah nk jumpa! camne le rasa nye ya...ad gajus plak...mmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal. Memang eksklusif sebab dulu dulu, ianya puding sajian istana sebab bahan bahan yang dimasukkan ke dalamnya agak remeh seperti membuat jala emas. Bahan tabur pun sangat mewah spt prune, gajus, ceri. Saya tak letak ceri sebab tak ada stok.

      Padam
  4. Jala emas Tu Ada jual ke kn buat sndiri.klu Ada ready made senangle ckit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ready made byk dijual di Kota Bharu. Boleh frozenkan utk kegunaan masa depan

      Padam
  5. salam pkenalan...kak nak tanya...pas susun pisang elok2...n bhn2 yg lain..kuah kastard tuang ke dlm acuan ker? n perlu d sejuk kn sblm mkn?

    BalasPadam
  6. Salam kenal kak azie.. sedapnya kak... last mkn ms mengandungkan ank ke2..suruh mak mertua buatkan. Kak, nak tnye pasai jala mas tu ad yg ready made ye? Mn nak dpt ye? Kl ad x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami beli ready made di Pasar Siti Khadijah KB

      Padam
  7. Mmg namenye jala emas ye..kt pasir gudang johor ade jual x?

    BalasPadam
  8. kak nak tanye jala emas nk dpt kat mne.. n x nk wat cam ne

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli di Kelantan. Di Pasar Besar Siti Khadijah. Boleh beli banyak banyak dan simpan di dalam freezer. Ianya boleh dimakan begitu sahaja. Jangan lupa beli juga tahi itik.

      Padam
  9. Puding raja mmg sedap..sy bru try smlm..sblum ni dgr2 je..smlm bru ada rezeki nk rs..ingt nk try buat sendri..sy mtk resepi ni ye..nk try buat..

    BalasPadam
  10. Blh bg resepi cam ner nk buat jala emas tu..

    BalasPadam
  11. Sis sy da buat tp terletak pulak susu pekat.xtau la cemane rase.pose xley try.tp da teliur sakan da tgk

    BalasPadam
  12. Salam kenal azie..sya selalu jgk buat puding ni mmg sdp tpi jala emas tu sya buat sdri je x prnah beli.. Tpi depends on teloq la plk kalau ade bole laa buat..

    BalasPadam
  13. Kak azie... gajus tu goreng minyak byk or sikit? Smpai tenggelam gajus ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng dengan sedikit minyak jer. Sambil terus dikacau

      Padam
  14. Assalamualaikum..akk nk tnya jala emas x buat ke??mencari juga sbb prnh buat x jadi :-(

    BalasPadam