Musim Durian Lagi
Dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang ke KL, hubby memberitahu ingin singgah di kampung kerana ingin menziarahi ibunya yang kebetulan ada di kampung. Saya agak merajuk juga bila hubby buat buat tak tahu sahaja bila diberi hint supaya dibelikan buah buahan yang dijual di gerai gerai sepanjang perjalanan ke kampung. Sesampai sahaja di kampung, di dapati banyak durian yang dilambak di atas pangkin yang terletak di bawah rumah. Malah merata rata tempat di hadapan rumah mertua, terdapat longgokan durian. Maknanya durian sedang masak dan mulai gugurlah tu. Ohh patutlah, hubby mesti dah tahu yang di kampungnya ada buah buahan yang sedang masak. Memang dah bertahun tahun lamanya saya tak balik pada musim durian seperti ini. Puas makan durian dan boleh siap pilih pilih lagi. Mana yang rasa kurang sedap, akan diletakkan ke tepi. Yang bestnya dapat dimakan durian yang sangat fresh yang baru sahaja gugur dari pokok. Sepanjang sedang makan makan, kedengaran bunyi durian berguguran dari pokok. Saya sebenarnya sangat merasa hairan sebab seingat saya semua anak anak semasa kecil menyukai durian tetapi tanpa saya sedari Nana, Boy dan Aween kini tidak lagi makan durian. Hmmm masa beredar pantas tanpa kita sedari perubahan perubahan yang berlaku. Kini hanya Nellisa dan Juita yang menjadi teman saya dalam sesi makan durian. Makan sorang mana best, kena ada adegan berebut rebut isi durian juga...
Selepas makan makan beberapa biji durian, hubby ke pekan untuk mencari bekas untuk diisikan durian yang telah dikopek isinya. Maklumlah kereta kami bootnya bersambung dengan ruang tempat duduk. Bukan macam kereta yang ada boot berasingan. Itupun bau akan tetap semerbak seluruh kereta. Tapi bekas tupperware yang dicari, tak dijumpai kerana banyak kedai yang telah ditutup. Jadi durian dipek kan dalam plastik kecil kecil dan dimasukkan dalam kotak foam putih yang kebiasaannya diisi ikan. Haaa akhirnya dapat juga membawa isi durian yang telah dikopek balik ke KL. Memang menjadi kerana sehingga sampai di rumah, tak ada berbau pun dalam kereta seperti kebiasaannya. Dapatlah disimpan sebagai stok untuk dibuat kuih muih nanti.
Selain durian, rambutan juga adalah antara buah buahan tempatan kegemaran saya. Semasa kecil dulu, saya selalu mengait sendiri rambutan. Kadang kadang saya memanjat pokok rambutan yang rendah, memetik dan terus memakannya di atas pokok. Memang arwah my father rajin menanam pelbagai jenis pokok buah buahan. Pendek kata, semua ada kecuali durian. Durian siam yang ditanam tak sempat dimakan buahnya apabila kami berpindah kerana kerajaan mengambil tanah kami untuk dibuat projek pembinaan universiti. Tengok gambar gambar di bawah, saya memetik sendiri buah buah rambutan untuk dimakan sambil mengimbau kembali kenangan di zaman dulu dulu yang sentiasa segar di ingatan walaupun telah berpuluh tahun berlalu...

Salam Kak Azie,
BalasPadamVa vaa vaaa akak..
sungguh geram tengok gambar akak..
kat sini rambutan 10 biji = RM30
huhawaaaa...
Yong, tinggal di mana sekarang? Mahal betul rambutan tu, ya
PadamSalam kak..bestnya duyan..kat Langkawi mahal..pokok pun x pernah nampak agi...hehehe
BalasPadamOhh ye ke? Kalau gitu, kena pergi ke Kedah lah kot, baru banyak
PadamSy ska durian tpi kna mkn sbelah siang, klu mkn sblah mlm alamat berulang ke tndas, asyik nk buang air je, tak tau knapa..mkn rmbutan pn tak jdi cmtu..stu lg tekak mudah nk berkahak, mmm Allah dh amik stu nikmat dh, jdi sbr n redha je..
BalasPadamSetuju sgt. Bagus kalau kita menyedarinya. Semoga kita redha dg apa yg dijalani. Doakan semoga Allah mengurniakan kita kesihatan, kemudahan dan kekuatan utk kita beribadat sehingga ke akhir hayat dalam doa selepas solat
Padam