Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Hoon Goreng Sarapan Pagi Di Alexandria


Mee Hoon Goreng Sarapan Pagi Di Alexandria

Ini adalah entri tertunda yang ingin saya kongsikan dengan sahabat sahabat dan pembaca blog Azie. Mee hoon goreng ini adalah mee hoon yang digoreng di Alexandria dan bukan di Kuala Lumpur. Hahaha itu sebab nak menayangkannya di sini. 

Jom citernya gini. Malam sebaik sampai sahaja dari Cairo, terus solat dan masuk tidur kepenatan selepas seharian berjalan jalan di Pyramid. Penat berjalan jalan di tengah tengah panas terik yang berhabuk.

Selepas solat subuh, saya terus ke dapur untuk menyediakan sarapan. Melihatkan masih ada baki mee hoon yang telah siap dicelur di dalam peti ais, saya terus membuat mee hoon goreng. Selain itu, saya juga membuat Tumis Sardin untuk dimakan dengan nasi tengahari nanti. 

Berada di perantauan, kena memasak simple simple menggunakan bahan yang tersedia sahaja. Jom tengok apa yang diletakkan dalam mee hoon goreng tadi.



Mee Hoon Goreng Sarapan Pagi Di Alexandria

Mee Hoon Goreng 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 batang karot - hiris panjang
Garam
Cili hijau - hiris
Telur - dadar dan hiris nipis
Minyak masak

Blend cili dan bawang sehingga hancur, masukkan ikan bilis dan dikisar sekejap sahaja supaya tidak terlalu hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili betul betul masak.

Masukkan karot dan kacau sehingga ia agak lembut. Masukkan sedikit garam. 

Masukkan mee hoon yang telah dicelur dan goreng sehingga ianya keluar minyak. Tambahkan garam secukup rasa. 

Bolehlah diangkat dan ditabur cili hijau dan telur dadar sebelum dihidangkan.

Mee Hoon Goreng Sarapan Pagi Di Alexandria




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Mee Hoon Goreng Sarapan Pagi Di Alexandria"

  1. sedapnya tgk mee goreng akak tu...jadi lapo semula bile tgk memalam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memasak dlm serba kekurangan di rumah sewa. Dlm keadaan mcm tu, semua pun rasa sedap

      Padam
  2. Ikan bilis buat perencah bihun mmg sedap dn berperisa, pecahkn telur sblm diangkat, berpalut je bihun dgn ikan bilis &telur

    BalasPadam
  3. Ikan bilis buat perencah bihun mmg sedap dn berperisa, pecahkn telur sblm diangkat, berpalut je bihun dgn ikan bilis &telur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak pun dlm kuali kecil, jd kena kreatif utk menyiapkannya

      Padam
  4. simple but tetap menyiurkan..lopar rasanye

    BalasPadam