Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Panjang


Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Panjang

Hari pertama masuk dapur sejak bercuti memasak yang lama. Rasanya sejak pemergian ke Egypt, inilah baru saya masuk ke dapur. Itu pun sebab hubby yang minta dimasakkan untuk anak bujang yang suka makan tu. Pendek kata kalau saya memasak, pasti dia akan makan malam sebanyak 2 kali. Kali keduanya dalam pukul 10 atau 11 malam.

Kacang panjang ini adalah yang dibeli di pekan Jelawat dalam perjalanan balik semasa cuti hari raya Aidil Adha baru baru ini. Memang saya akan singgah untuk membeli sayuran yang segar dan juga murah. Bolehlah tahan untuk seminggu dua. Saya beli sedikit udang kertas untuk dimasukkan ke dalam Masak Lemak Cili Padi ini.


Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Panjang

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Panjang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Udang
Kacang panjang
5 cili padi
Kunyit hidup
Garam
Santan

Blend cili padi dan kunyit hidup dengan santan. Masak dengan api perlahan sambil terus dikacau. 

Masukkan kacang panjang diikuti dengan udang. Akhir sekali masukkan sedikit garam. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. 

Nota:
Tak perlu masuk asam kalau membuat masak lemak bahan seafood seperti udang dan ketam.  

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Panjang

Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Panjang




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Udang dan Kacang Panjang"

  1. Teringat masa kecik & remaja mak selalu juga masak menu ni, kdg2 ganti dgn ikan bilis..bila dh kawin hb pun suka menu ni sbb kacang pjg syur pberet dia, tpi skrg dh jrg buat sbb kta hb klu makan kacang pjg terasa bisa urat...sy pun kurang suka kcg pjg dimasak menu ni, tpi klu dimakan mentah cicah dgn sambal tempoyak aduhh..mmg tak tolak..bisa pun bisa le...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka letak kacang panjang dalam nasi goreng, sedap dikunyah rangup

      Padam
  2. sedapnya...adda laki bini mmg peberet udang..kalau ada ikan masin pun sedap gk nih..anak K.Azie sama ngn hubby adda..kul7 makan malam nanti kul12 dia makan lagi kalau ada lebihan..sbb dia jenis tido lewat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi makan lewat malam ni tak brp bagus utk kesihatan. Lagipulak metabolisme dh slow semasa kita tidur. Takut overweight pulak.

      Padam
  3. Bestnyee menu ni.. sedap nd simple

    BalasPadam
  4. Bestnyee...
    Menu ni simple nd sedap

    BalasPadam
  5. Assalam...akak x yah ltk bwg yer kak

    BalasPadam