Makan Makan Hari Pertama di Egypt
Sekembali dari rumah sewaan Nana, Mas dan Azreen ikut sama menghantar barang barang Nana. Kami duduk bersembang sembang sebelum Aida dan Izzad turut sama menyertai. Selepas selesai solat Asar, Izzad membawa kami keluar makan makanan Egypt di Restoran GAD. Kalau semasa kami pertama kali ke sini dulu, kami tak berkesempatan untuk explore makanan orang Egypt, kali ini memang nak mencari makanan sini dan nak menikmati buah buahan yang memang manis.
Kami menaiki teksi yang standardlah di sini, berwarna kuning dan agak uzur. Memang agak sukar bagi orang yang tinggi macan my hubby nak masuk kerana tempat duduk belakang yang memang sempit. Restoran yang kami pergi nampak high end lah kalau berbanding dengan restoran kecik yang kami pernah pergi dulu.
Kami memesan kebab yang memang sedap, daging yang fresh dan diperap dengan rempah yang tidak terlalu heavy pun. Selain daging fresh, juga ada daging kisar yang diperap dengan rempah rempah yang juga memang sedap. Kalau kebab yang biasa di Malaysia, yang dibakar dan dipusing pusing sekeliling api tu, jangan cerita lah sedap nya. Macam mana ni, semuanya sedap. Cuma ayam panggang sahaja, dirasakan biasa sahaja. Mungkin sebab sudah kenyang kot.
Akhir sekali Izzad memesan khawaisi yang seolah pizza jika dilihat sekali lalu cuma berbezanya diletakkan daging kisar didalamnya. Di atasnya diletakkan tomato dan cheese.
Kami juga memesan sedikit nasi yang berasnya memang agak lain dengan beras di tempat kita. Bentuknya bulat bulat dan terasa sedikit berkanji ala ala beras pulut.
Nasi di sini di masak dengan dimasukkan sedikit hati lembu yang merupakan makanan yang memang dikira specialty. Kalau roti pula, memang diberi percuma. Sedap dimakan semasa masih panas panas.
Izzad memberitahu kerajaan Mesir ada memberi roti percuma pada rakyatnya setiap minggu. Ya lah, roti kan makanan utama orang Mesir.
Selepas itu, kami meronda ronda kedai di sekitarnya sebab kata Izzad lepas makan eloklah berjalan jalan dulu. Dari situ, kami balik dengan menaiki tram. Tapi memang tak tahan panasnya terutama masa tram berhenti. Lagi pulak, mata dah mengantuk kerana waktu Malaysia menunjukkan jam sudah hampir pukul 1 pagi. Aduhaai jet lag lah.
Sesampai di rumah sewaan, terus masuk bilik dan tidur. Beberapa jam kemudian, baru bangun dan solat. Pukul 3 pagi waktu Egypt, dah terjaga, hmm patutlah pukul 9 pagi waktu Malaysia.
Sesampai di rumah sewaan, terus masuk bilik dan tidur. Beberapa jam kemudian, baru bangun dan solat. Pukul 3 pagi waktu Egypt, dah terjaga, hmm patutlah pukul 9 pagi waktu Malaysia.
Bestnya akak pergi sana :)
BalasPadamDapat merasa makanan kat sana..
Take care tau -,-
LP, dah balik pun dari Egypt
Padamsalam Zie
BalasPadamsemua lazat2 belaka yg dlm gambar tu macam nak makan je semua tu hee
Wslm Kak Noor, mmg sedap sedap masakan Egypt ni, terutama yg berdaging. Perapan pada daging dan ayam mmg sgt sedap. Terasa sangat rempahnya
Padamsalam sejahtera
BalasPadamSuka tgk makanan2 yg nampak sedap. Habis ke? sesuai dgn selesa kita?
Tak banyak beza dg tempat kita cuma ianya lebih sedap. Ayam dan daging bakarnya lagi sedap. Siap bertambah tambah
Padamsalam ukhuwahn kak Azie..
BalasPadamjauhnya akak berjalan..hehe..tgk menu makanan pun sedap2, terliurrr..
Berjalan sambil menghadiri majlis graduasi anak sulung kami
PadamAs salam ,geramnya tengok daging kebab tu.Rasa nak capai aje dari sini....
BalasPadamDaging dan ayam yang diperap, mmg terasa rempah perapannya.
Padam