Lidah Lembu Goreng Garam Kunyit
Semasa majlis korban di kampung baru ni, dia memesan supaya saya minta lidah lembu untuk dibawa balik. Oleh kerana lidah juga perlu di bahagi kepada 7 bahagian, maka terpaksa lah minta izin dari semua yang mengambil bahagian dalam korban supaya lidah tidak dipotong kecil. Akhirnya hajat dia tercapai.
Balik rumah, my hubby lah yang mengerjakan lidah itu seperti mencelur dan mengupasnya. Saya memang tak pandai bab ini. Seperti biasa, saya lebih suka memasak lidah dengan menggoreng garam kunyit sahaja. Lepas tu dimasukkan bawang besar dan cili hijau yang dihiris hiris kasar.
Cili hijau pulak kalau nak sedap mesti guna cili hijau yang dibuat solok lada. Bukan cili hijau biasa tapi kalau di sini agak susah nak mendapatkan cili hijau solok tu, jadi bolehlah guna apa apa cili pun.
Jom kita tengok resepi mudah di bawah...
Lidah Goreng Garam Kunyit
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Lidah - potong kecil
Cili hijau
Bawang besar
Garam
Serbuk kunyit
Garam
Serbuk kunyit
Minyak
Cara cara:
Lidah yang dipotong dilumur dengan garam dan kunyit. Lepas tu, dimasukkan ke dalam kuali dan dimasak seketika sehingga air kering.
Masukkan minyak masak dan goreng sehingga lidah lembut. Masukkan bawang dan cili hijau yang dihiris.
Goreng sehingga ianya layu. Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.
Goreng sehingga ianya layu. Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.
salam Azie
BalasPadamalahai akak tak pernah makan lidah ni kalau sedap boleh lah di try nnt, tapi rasa nya tak pernah nampak kat pasar di jual lidah ni lah///
Kami mmg suka lidah lembu terutama sup di Restoran Pelita. Sedap sangat
PadamKak Azie ,Sebelum ni tak pernah lak makan lidah lembu.......Sedap ya kak
BalasPadamHahaha sedap sangat sangat
Padamsalah satu dari makanan kesukaan saya.lepas raya hari tu ada buat sekali sebab semua orang tak nak lidah lembu tu,semuanya dapat kat kita.apalagi saya gorenglah macam kak Azie buat.sedap ye tak?
BalasPadamKadang kadang orang malas nak mengerjakannya yg agak leceh tu, tp ianya sedap
Padamingatkan boleh wat sup je goreng pon boleh ek
BalasPadam