Kek Karot Dr Nana Ain Yang Sangat Sedap
Sebenarnya dah lama saya teringin untuk makan Kek Karot lagi setelah lama tak membuatnya sendiri ataupun membelinya di kedai. Hubby pun dah beli karot seperti yang saya minta. Tapi satu demi satu karot tu saya gunakan untuk memasak sayuran atau pun dimasukkan dalam nasi goreng.
Sementara Nana ada di rumah, saya minta dia membuatkan kek karot, lagi pulak kawan kawannya akan datang bermalam sebelum mereka bercuti ke Singapura pada pagi Ahad. Bolehlah dihidang sebagai hidangan petang kawan kawan Nana juga nanti.
Setakat ini saya telah mencuba 2 resepi untuk Kek Karot iaitu resepi ini yang pernah Nana buat sebelum ini di SINI dan resepi yang keknya saya sediakan sendiri di SINI. Cuma dulu Nana tak memasukkan walnut kerana tiada stok. Kedua duanya sama sama sedap, cuma saya lebih suka jika kek tersebut tanpa walnut. Saya suka sangat makan Kek karot kerana kandungan karot di dalamnya lebih baik untuk kesihatan berbanding dengan kek biasa. Jadi kalau ke mana mana kedai kek, saya pasti memesan Kek Karot. Hmm tidaklah rasa bersalah sangat selepas memakannya....
Jom tengok resepi Kek Karot yang disediakan oleh Nana dengan dibantu adik adiknya tengah malam tadi....
Kek Karot Nana Ain
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan
1 1/4 cawan minyak jagung
4 biji telur
120 gram gula castor
120 gram gula perang
100 gram walnut
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 1/2 cawan karot parut
1 cawan kismis
Cream Cheese:
120 gram gula
250 gram cream cheese
120 gram unsalted butter
Semua bahan dicampur dengan dipukul hingga kembang.
Cara cara
1. Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan minyak, kacau rata.
2.Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam.
3. Masukkan karot, walnut dan kismis.
4. Tuangkan dalam acuan. Bakar selama 45 minit pada suhu 180C
5. Sapukan cream cheese apabila telah sejuk.
5. Sapukan cream cheese apabila telah sejuk.
yummy~best2;)
BalasPadambestnyaaaa kalau rajin buat kek..huhu~
ni rajin makan je..he3
LP, i pun tak rajin juga sebab memikirkan tak ramai yang suka makan kek di rumah ni.
PadamAssalamualaikum Kak Azie.. wah Nana pun berbakat membuat kek.. pasti seperti ibunya.. ;)
BalasPadamChoco Ani, dia lagi dulu memasak semasa di Egypt. Saya hanya mula membuat kuih muih selepas tengok dia lah. Anak kami yang seorang lagi di rumah ini pun minat memasak juga
Padamlama dah tak buat carrot cake. sy pun suka... senang dan sedap, cuma leceh part nak parut carrot tu je... nak dapatkan secawan dah lenguh tangan. hehe
BalasPadamFnF, bahagian tu biasanya saya outsource kat anak anak. Tapi boleh bayangkan lah bagaimana penatnya tu kerana kalau buat kuih berasaskan ubi kayu, sayalah yang kena memarut ubi tu. Tapi penat memarut karot berbaloi baloi kerana kek karot yang terhasil, sgt sedap dan juga bagus untuk kesihatan.
PadamBaru2 ni ada seorg pelajar bwakan kek karot utk guru2 rasa mmg sdap tpi tak sempat tya resepinya..nk tya Azie karot tu kita parut n kena perahkn airnya ke? Atau lepas parut blh msuk dlm adunan terus? Tkasih
BalasPadamTerus masukkan jer. Barulah masih berkhasiat dan moist
Padambaking soda tu baking powder ke?
BalasPadamLain...baking soda tu bicarbonate of soda manakala baking powder tu serbuk penaik.
PadamAda kawan saya dah buat dan bawa ke kesekolah aritu, fuh memang sedap resepi azie. Kami kat sekolah pun nak kongsi pakat buat.
BalasPadamda lma xmkn kek ni.mmg sdp.dlu ska sgt bli.nk tnya la..cream cheese yg digunakn tu jnis n jnma ap yer?
BalasPadamPuan nk tya la.....mmg x de letak gula ke....saya br nk blaja wat kek jdi curious sikit....
BalasPadamAda. Gula kaster dan gula perang
PadamDah 2 kali buat..rasanya mmg tak mengecewakan..trimakasih puan azie
BalasPadamSalam kak azie... saya baru try resepi kak azie ni. dah la mudah sedap pulak tu... Saya tak ada minyak jagung so tukar dgn minyak kelapa dara sebab itu sahaja yang ada kat rumah. Masya Allah sedapnye rasa kelapa campur kacang2 tu. Terharu, sebab saya tak pandai bake tapi resepi ni senang buat sekali terus jadi <3
BalasPadamSalam. Dah buat guna resipi ni. Memang ternyata sedap,gebu dan moist. Siap buat 2 biji lagi. Semua puji hihi. Terima kasih kak azie :)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya buat ikut resepi di atas. Kalau nak buat resepi sendiri, bolehlah nak masukkan apa apa pun.
PadamHehe tq. Sorry nak tnya lgi,akk letak apa kt loyang supaya kek x melekat
PadamBoleh lenser butter atau guna cooking spray
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSalam. Puan.. Boleh saya tau.. Utk adunan ni, puan guna size berapa ye?
BalasPadamsis kalau guna minyak lain tak sesuai ke macam bunga matahari ke contoh
BalasPadamassalamualaikum. Yang ni akak masukkan dalam loyang berapa ukuran ye? Saya nak bajet nak hidang kepada tetamu :)
BalasPadamTerima kasih utk resepi ni. Saya dah kesekian kali buat, mmg mudah dan sedap.. saya selalunya akan buat dlm bentuk cup cakes. Tempoh membakar pun pendek, senang nak bawa n kalau nak menjamu tetamu pun lebih mudah.
BalasPadamsalam azie, terima kasih byk atas resepinya. kek sedap sgt2. mohon halalkan saya berniaga sekali sekala dgn resepi ni. terima kasih...
BalasPadamBkn ke ari tu respi ni pakai sukatan cawan ke? Sekali tgk blk, tgk pakai gram. Siap bookmark page ari tu sebab pakai sukat cawan. Adoi la, dah parut carrot siap dah. Susah nak buat ni
BalasPadamAssalamualaikum. Kalau nak kurangkan gula boleh ke? Atau kena ganti bahan lain? Satu lagi, ni untuk birthday anak, tapi anak tak boleh makan minyak jagung (bertentangan dengan ubat dia). Apa alternatif lain?
BalasPadam