Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

JJCM Di Pulau Mutiara






Hari kedua di Pulau Mutiara di isi dengan makan makan dan meronda ronda mencari barang hantaran Nana. Anak anak bersarapan di coffee house tapi kami hanya makan simple sahaja di bilik. Tengahari kami keluar ke kawasan Masjid Kapitan Keling. Dari sana kami kemudiannya pergi ke Queens Bay Mall. Besar juga shopping mall ini, mungkin sebesar Gurney Plaza Mall. Penat juga berjalan dari satu hujung ke hujung yang lain.


Selepas beberapa jam di sana, kami terus ke Teluk Kumbar untuk makan mee udang di gerai Mee Udang Salwa berhampiran jeti. Gerai tersebut telah diubahsuai dan nampak lebih kemas dan besar. Namun saya merasa mee udang kali ini tidak sesedap biasa. Hmmm hati merajuk juga maklumlah perjalanan memakan masa berjam jam dek kesesakan lalu lintas.



Dalam perjalanan balik ke hotel, hubby singgah di gerai menjual durian. Walaupun hanya 2 biji namun cukup puas kerana isinya yang sangat sedap. Sebiji durian labu yang isinya berwarna oren dan satu lagi durian kampung berwarna kuning. Kedua duanya sangat sedap. Selain itu, kami juga membeli seikat buah rambutan yang sangat segar dan rasanya baru dipetik. Aduh kalau durian, rambutan memang buah buahan kegemaran saya. Sambil makan, dalam kepala berfikir, apasal mat saleh tak suka makan durian. Pasal baunya? Sedap ape, bau durian apalagi isinya yang sedikit manis, pahit. Huish rugi betul depa ni tak mahu menikmati buah tropika yang sangat hebat ini..







Dalam perjalanan balik, hujan mulai turun. Jadi kami terus balik ke hotel sebelum keluar makan sebelah malamnya. Destinasinya masih lagi Nasi Kandar Hameed kerana anak anak nak makan nasi kandar yang sedap ayam madu. Manakala kami pula ingin menikmati sup lidah dicicah dengan roti. Itulah aktiviti kami seharian di Pulau Mutiara....


2 ulasan for "JJCM Di Pulau Mutiara"

  1. sedapnya!durian warna oren paling menarik perhatian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh yang tu durian labu. Sedap. Sebiji dalam RM15 tapi berbaloi lah

      Padam