Daging Korban Goreng Garam Kunyit
Daging goreng garam kunyit yang dimasukkan bawang besar dan cili hijau solok memang lauk kegemaran saya terutama jika menggunakan daging fresh.
Hmmm sedap dimakan dengan nasi, dengan pulut kuning ataupun pulut pagi denga kelapa. Pendek kata makan dengan apa pun sedap, lebih lebih lagi meratah ratah gitu sahaja.
Hmmm sedap dimakan dengan nasi, dengan pulut kuning ataupun pulut pagi denga kelapa. Pendek kata makan dengan apa pun sedap, lebih lebih lagi meratah ratah gitu sahaja.
Cukup senang menyediakannya lebih lebih lagi jika kita mempunyai pressure cooker. Daging yang dilumur garam dan kunyit hidup direbus sekejap dan apabila airnya kering, tuangkan minyak masak.
Goreng seketika sebelum dimasukkan bawang besar dan cili hijau ni. Saya suka cili hijau yang dibuat solok tapi tak pernah jumpa kalau ianya ada dijual di mana mana di sini.
Goreng seketika sebelum dimasukkan bawang besar dan cili hijau ni. Saya suka cili hijau yang dibuat solok tapi tak pernah jumpa kalau ianya ada dijual di mana mana di sini.
Lembut je rasa daging tu ye Azie...
BalasPadamLembut jer sebab daging segar
PadamSy pernah beraya Haji d Pasir Mas pd 1985 n dihidangkan dgn daging cara yg Azie masak..bila berkawin cara famili muahati memask daging sama mcm Azie cuma kdgkala di tambah kicap n air asam jawa n dimasak kering..cara famili sy tak sama agak berkuah hb sy tak suka jdi diawal perkahwinan mmg byklah yg tak kena..tpi skrg mak sy pula suka masak cara diatas atau ditambah kicap..
BalasPadamCara goreng daging di atas memberi rasa kemanisan daging tapi jika ditambah kicap, sudah berubah rasa. Jika masak kicap, saya akan letak sedikit cuka dan kicap. Cara goreng garam kunyit ini mempunyai keunikan rasa tersendiri terutama jika daging fresh. Tumpuan kita akan lebih pada daging dan bukan pada rasa kicap.
Padam