Merangsang Minda Dengan Za'faran/Saffron
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum kita melihat artikel di bawah, nak promotelah dulu kepada sesiapa yang berminat untuk membeli Za'faran/saffron ni bolehlah hubungi kami di azieshoppe@hotmail.com atau PM di Azie Kitchen facebook. Ianya sangat bagus untuk kita termasuk anak anak yang sedang belajar kerana membantu mencerdaskan minda dan menguatkan daya ingatan di samping khasiat kesihatan yang tidak terhitung banyaknya. Jom kita ikut catatan di bawah.
Hari ini saya nak kongsi artikel yang diambil dari Laman-Seri berkenaan
flora ciptaan Allah SWT yang mengandungi khasiat yang sangat
mengagumkan. Za’faran atau lebih dikenali dengan nama saffron (Inggeris)
merupakan herba paling mahal di dunia. Ia mempunyai nilai khasiat dan
juga nilai komersial yang tinggi. Maka tidak hairanlah untuk
menggunakannya tidak kiralah untuk tujuan perasa makanan mahupun ubatan,
kuantiti yang diambil hanya sedikit.
Saffron
adalah sejenis tumbuhan kecil dari keluarga Iridacea. Ia diperoleh
daripada stigma kering daripada bunga spesies crocus sativus. Bunga
Saffron mempunyai 3 kelopak bunga dan kelopak daun yang berwarna ungu.
Terdapat hanya tiga stigma pada sekuntum bunga. Untuk mendapatkannya,
bunga saffron perlu dituai dengan menggunakan tangan, maka sebab itulah
ia amat berharga dan mahal. Bagi mendapatkan satu auns filamen saffron,
sebanyak 75,000 bunga diperlukan bagi menghasilkannya. Adalah sangat
menarik diketahui, hanya lima hingga tujuh kilogram Saffron kering yang
dapat diperolehi dari satu hektar tanah.
Tumbuhan
ini dipercayai berasal dari Asia Barat dan paling banyak ditemui di
Parsi. Spesies crocus pula banyak ditanam di zaman Eropah silam.
Dikatakan orang Monggol telah menbawa dari Parsi ke India.
Herba
saffron juga telah disebut dan dicatatkan di dalam perubatan Ayurveda
sejak ribuan tahun dahulu. Dikenali juga sebagai kumkum atau kuma-kuma,
lebih daripada 20 ubat-ubatan Ayurveda memiliki bahan saffron di
dalamnya.
Kandungan
utama yang terdapat di dalam saffron adalah minyak asas. Beberapa
terpene aldehyd juga telah ditemui termasuklah terpene (pinene, cineol).
Rasa pahit yang terkandung dalam saffron pula adalah daripada
picrocrocin.
Manakala
warnanya yang kuat adalah disebabkan oleh karotenoid yang terkandung di
dalamnya. Herba ini juga dikatakan tinggi dengan kandungan thiamine dan
juga riboflavin. Disebabkan kerana bau dan kuasa pewarnanya yang sangat
kuat, maka hanya sedikit sahaja diperlukan untuk tujuan tertentu.
Selalunya saffron digunakan untuk warna kuning-kemerahannya yang terang
dan juga kerana bau dan rasanya yang pekat dan kuat.
Nasi Saffron
Saffron
sememangnya ramuan istimewa kerana dikatakan mampu memberi warna dan
rasa pada makanan. Di India, ia banyak digunakan dalam nasi, minuman dan
pencuci mulut. Di Jepun, ia digunakan bagi menambahkan kelazatan ikan
mentah yang dimakan.
Di
Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan kek
saffron. Begitu juga di Spanyol, sejenis masakan yang menggunakan bahan
ini sangat terkenal di seluruh dunia. Biasanya pelawat atau pelancong
yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum
menjamah ‘Spanish cuisine’ tersebut.
Awet Muda
Untuk
tujuan perubatan, khasiat saffron memang tidak dapat dipertikaikan
lagi. Semenjak beribu tahun dahulu, herba mahal ini telah digunakan oleh
pengamal perubatan herba sebagai ramuan ubatan dalam merawat penyakit.
Saffron
dikatakan amat berguna sebagai ubat sakit perut dan antipasmodik dan ia
dikatakan mampu membantu pencernaan dan meningkatkan selera makan.
Selain itu, herba ini juga dikatakan mampu melegakan kolik (kembung
disebabkan angin) dan melegakan tekanan.
Saffron
didakwa mampu diambil oleh wanita yang mengalami masalah haid yang
tidak menentu serta mereka yang mahu hamil. Selain itu, ia juga
dikatakan mampu menambahkan tenaga zahir dan batin.
Bagi
ibu-ibu mengandung, Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi
dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron
mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan
darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.
Pada
zaman silam, penggunaan saffron hanya terhad kepada wanita golongan
diRaja dan kalangan bangsawan serta saudagar sahaja. Namun pada masa
kini, semua golongan boleh menggunakannya. Malah bagi mereka yang
mempunyai wang, boleh menggunakan alat solek mahupun produk kecantikan
yang menggunakan saffron sebagai salah satu bahan ramuannya. Selain
kemampuannya untuk merawat jerawat atau penyakit kulit dengan berkesan,
penggunaan saffron juga boleh mengekalkan awet muda.
Khasiat
lain saffron adalah untuk merangsang minda dan pertumbuhan sel-sel otak
manusia. Ia juga dikatakan amat sesuai diberikan kepada bayi dan
kanak-kanak kerana mampu merangsang pertumbuhan akal dan fizikal mereka.
Bagi mendapatkan khasiat ini, dikatakan saffron amat sesuai dimakan
bersama madu asli.
Saffron
juga dikatakan mampu melegakan kelesuan dan keletihan kerana ia mampu
menguatkan jantung dan juga sistem saraf. Ia turut boleh dimasukkan ke
dalam susu dan dijadikan minuman untuk mereka yang mengalami masalah
kardiak ringan.
Ringkasan Khasiat Saffron:
* Membantu penghadaman
* Meningkatkan selera makan
* Parkinson dan nyanyuk
* Merawat masalah ketidaksuburan dan menguatkan rahim (selepas bersalin)
* Mengatasi kemurungan
* Melegakan ketegangan (tension)
* Merangsang tenaga syahwat
* Rawatan saraf
* Gout
* Rawatan limpa
* Merawat sakit perut
* Merawat sakit paru-paru
* Masalah cirit-birit
* Melancarkan perjalanan haid
* Boleh dijadikan wangi-wangian
* Boleh dijadikan penyedap makanan
* Boleh dijadikan sabun mandi
Assalamu'alaikum Azie,
BalasPadamBoleh saya tahu berapa harga saffron?mcmana saya boleh mendapatkannya?
-Pn Hani.