Cotton Soft Japanese Cheesecake
Wah seronok ada doktor dalam rumah yang minat memasak ni. Sementara menunggu keputusan tempat untuk membuat housemanship, Nana banyak menolong saya di dapur.
Mengikut perancangannya, Nana akan kembali ke Egypt untuk menjalani housemanship selama 1 tahun sebelum ke Ireland. Itulah usaha yang sedang diambil sekarang. Semoga semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang.
Balik di rumah hari ini, tengok Nana dibantu Juita dan Boy sedang menyediakan Cotton Soft Japanese Cheesecake yang memang saya dah lama teringin nak membuatnya tapi asyik ditangguh tangguh sehingga ke hari ini. Resepi pun dah lama tersimpan.
Dah lah hari ini first day saya masuk office selepas hampir 2 minggu bercuti kerana menghadiri majlis graduasi Nana, masuk pula dengan kepala bengung bengang dek selsema, kena pulak masuk meeting dari pagi sampai ke petang.
Banyak pulak kejadian yang saya perlu pendam sahaja di hati tapi kerana bila hala tuju sudah pasti, segala mainan hidup ini tidak ada erti dan tidak memberi impak pada saya. Semuanya hanya untuk Allah. Haaa gitulah Azie cara nak menangani stress yang veeery the unnecessary....
Berbalik pada resepi ini, Nana mengambilnya dari blog Hana Memories yang diambil dari blog Alma. Saya pulak sebelum ini menyalin resepi dari blog Alma. Tapi apa apa pun tak penting lah kerana perkongsian ilmu ni mestilah ikhlas, barulah dapat ganjaran pahala dari Allah. Bahagian orang orang yang terdahulu sudah pasti ada. Tapi mana mana yang saya tahu sumber resepi, saya akan tulisnya di sini sebagai penghargaan. Menurut Nana, dia pernah membuat kek ini semasa di Alexandria.
Hah? Apa rasa kek ini? Ohh speechless.... so so marvellous. Nana dan Juita sambil makan sambil cakap, "Mama, sedap ni". Saya yang nak menguruskan badan pun, makan lepas satu satu sehingga habis 1 potong yang agak lumayan tu.
Memang sedap, seolah mencair dalam mulut tanpa perlu dikunyah. Serius tak tipu ni, lembut bak sutera perasaan bila memakannya. Kalau tak percaya, cuba buat sendiri atau boleh juga tempah dari doktor saya. Aduhaai lah Cotton Soft Cheesecake, kenapalah sedap sangat ni. Tak tertahan ni, rasa nak makan 1 atau 2 potong lagi. Jom lah layan resepi dulu...
Cotton Soft Japanese CheesecakeMengikut perancangannya, Nana akan kembali ke Egypt untuk menjalani housemanship selama 1 tahun sebelum ke Ireland. Itulah usaha yang sedang diambil sekarang. Semoga semuanya berjalan mengikut apa yang dirancang.
Balik di rumah hari ini, tengok Nana dibantu Juita dan Boy sedang menyediakan Cotton Soft Japanese Cheesecake yang memang saya dah lama teringin nak membuatnya tapi asyik ditangguh tangguh sehingga ke hari ini. Resepi pun dah lama tersimpan.
Dah lah hari ini first day saya masuk office selepas hampir 2 minggu bercuti kerana menghadiri majlis graduasi Nana, masuk pula dengan kepala bengung bengang dek selsema, kena pulak masuk meeting dari pagi sampai ke petang.
Banyak pulak kejadian yang saya perlu pendam sahaja di hati tapi kerana bila hala tuju sudah pasti, segala mainan hidup ini tidak ada erti dan tidak memberi impak pada saya. Semuanya hanya untuk Allah. Haaa gitulah Azie cara nak menangani stress yang veeery the unnecessary....
Berbalik pada resepi ini, Nana mengambilnya dari blog Hana Memories yang diambil dari blog Alma. Saya pulak sebelum ini menyalin resepi dari blog Alma. Tapi apa apa pun tak penting lah kerana perkongsian ilmu ni mestilah ikhlas, barulah dapat ganjaran pahala dari Allah. Bahagian orang orang yang terdahulu sudah pasti ada. Tapi mana mana yang saya tahu sumber resepi, saya akan tulisnya di sini sebagai penghargaan. Menurut Nana, dia pernah membuat kek ini semasa di Alexandria.
Hah? Apa rasa kek ini? Ohh speechless.... so so marvellous. Nana dan Juita sambil makan sambil cakap, "Mama, sedap ni". Saya yang nak menguruskan badan pun, makan lepas satu satu sehingga habis 1 potong yang agak lumayan tu.
Memang sedap, seolah mencair dalam mulut tanpa perlu dikunyah. Serius tak tipu ni, lembut bak sutera perasaan bila memakannya. Kalau tak percaya, cuba buat sendiri atau boleh juga tempah dari doktor saya. Aduhaai lah Cotton Soft Cheesecake, kenapalah sedap sangat ni. Tak tertahan ni, rasa nak makan 1 atau 2 potong lagi. Jom lah layan resepi dulu...
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan
Bahan A:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
¼ sudu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
¼ sudu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
¾ sudu kecil jus lemon
Cara-cara:
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi.
Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yang bulat berukuran 8 inci, yang digriskan bawahnya dan tepi disalut dengan kertas baking.
Tuang adunan kek dalam tin kek. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
slm Kak Azie...lama QH xsinggah ke sini...
BalasPadamteruja utk mlihat kek yg sgt lembut n gebuss tu...nti QH nk try jugak la...
Betul tu, lama QH tak singgah. I selalu jer masuk blog QH tapi tak sempat bagi salam. Sebab setiap kali masuk mesti ternganga mulut melihatkan gambar gambar kat blog QH yang lagi cantik sekarang, dg props yg nampak menarik sangat sangat. Masuk klik nuffnang jer
Padamsalam Azie..
BalasPadambest kan ada doc yg rajin di dapur mesti banyak lagi menu yg sedang menanti giliran utk di cuba kan, mmg confem sedap cotton cheese kek ni akak pun mcm nak buat lagi tak puas makan..
Kak Noor, dia banyak memasak dan membuat kek sendiri semasa di Alex. Di sana bukan ada masakan Malaysia. Jadi lebih banyak memasak sendiri
PadamAzie, that is one perfect Cotton Soft Japanese Cheesecake! Haih...mine not very successful but after seeing yours, I must really try again :)
BalasPadamPH, the most important thing is the taste. I love this kind of cheesy cake as compared to American cheesecake.
PadamSalam kak azie...nk tnya skit,teknik waterbath tu mcm mn?sy budak baru blajar...hehe
BalasPadamBakar secara air diisi dalam loyang besar. Air panas tau. Kenudian masukkan loyang kuih tu di dalamnya. Bakarlah sehingga masak
PadamKalo xpki kaedah waterbath..bakar style biase..blh jd ke xblh ye?
PadamKalau pakai ovan elektrik tu boleh ke letak air, x shot ye.
PadamSalam, sy dah pernah cuba resepi ni, tapi dia jd kurang gebu..keknya jd agak mampat. rasa2 apa sebabnya ya? TQ :)
BalasPadamWslm Shar,
PadamBagaimana dg putih telur? Adakah dipukul sampai bertanduk? Dah banyak kali Nana memggunakan resepi ini, OK jer hasilnya. Cbs sekali lagi, Insya Allah pasti menjadi
salam kak,
BalasPadamkalau nak tmbah cream cheese jadi 500grm bleh x?susu and butter kena tmbh jgk ke?
Kalau nak tambah, kenalah gandakan bahan lain juga
Padamassalamualaikum kak azie.
BalasPadamkalau x guna bekas siaz 8 inci x pe kan? :)
Boleh. Tapi kalau guna besar, kek lebih nipis dan masa membakar lebih pendek. Begitu juga sebaliknya. Kena adjust
PadamSedapnya, terus rasa nk terbang ke kedai kek dan cari bahan.
BalasPadamSaya try buat harini.Putih telur dah dibuat bertanduk.Tapi lepas bakar putih telurnya mcm mendap di bawah.Bolehlah makan tapi tak gebu.Kenapa ye?Sedih saya buat 2 adunan..Bila campur bhn A dan bhn B adakah dikacau cara kaup balik atau guna mixer?Rahmah
BalasPadamKalau terlebih kacau memang akan mendap kerana telur putih akan kembali mencair. Kacau secara kaup balik sahaja pun boleh
PadamNak tumpang tanya suhu 160 tu suhu bawah atau sebaliknya.
BalasPadamMana mana reswpi jika tak disebut, adalah merujuk kpd biasa. Api atas dan bawah
Padamassalamulaikum...
BalasPadamhai kak...nak tanye sy dh cube rasepi nie tp mb baru nak belaja wat cheesecake,,,npe ye kat atasnye jadi,,,lembut n gebu tp bahagian bawahlebih kurang 1-1.5 cm dr bawah mcm bantat..2 -3 kali cube still x jadi..frust sbb suka cheesecake...
Assalamualaikum...
BalasPadamkak.. nak tanya. Kek nie, kalau nak deco, deco ap yang ngam dengan rasa die??
Salam....saya dah mencuba banyak kali resepi ni memang terbaik...lembut...sedap....terima kasih sbb share....saya mintak izin copy kt blog ye...
BalasPadamErmm...sedapnya..aritu try yg slice cheese...kali ni nk try buat guna cream cheese ni plk...
BalasPadamTerima kasih sharing..
Jemput ke blog http://duamasa.blogspot.com utk produk shaklee..
Salam sis..telur kuning tu harus di pukul kembang seperti telur pitih or macamana? Bila bahan A & B di campur guna kaup balik sahaja kan.
BalasPadamAssalamualaikum Kak Azie, terima kasih berkongsi resepi. Saya suka sangat follow blog k.azie semua resepi sedap. Banyak yang saya dah try semua tak mengecewakan. Cuma kek ni aja yg ada masa okay ada masa merekah tapi rasa still sedap. Apa yang tak kena pun tak pasti. alhamdulillah pelanggan tak cerewet, asalkan rasanya sedap.
BalasPadamJemput singgah ke blog saya ya http://rayyanshopz.blogspot.com
Assalam akak..sy silent reader blog akak selama nie.sy dh cuba byk resepi kek/kuih dr resepi2 akak..sumenyer menjadi.mlm nie plak sy buat japanese cotton cheese cake.gebu+sedap sgt3x.ank2 sy pun suka kek nie sbb xmanis sgt.sy mohon share resepi nie kat fb sy yer akak..halalkn yer akak
BalasPadamTerliur plak..
BalasPadamSalam kak. Nk ty kalau bakar tu memang krna baluy dgn aluminum foil ker? Kalau tak kek tu akan jd mcm mana yer. Tq
BalasPadamAssalamua'laikum.. Tq kk kek kali nie mnjd..lembut n moist giler..
BalasPadamSis nak tnya telur kuning kena mixer dlu ke, and lepas tu cara bakar kena guna water bath dia x shot ye
PadamAssalamualaikum. Sya nk tanya kek ni memang x prlu baking powderke? Beli tpg superfine yg colour pink or oren?
BalasPadamAssalamualaikum sy nk mntk izin amik resepi kt sini. Mntk halalkan ye- suzila (petaling jaya)
BalasPadamAssalamualaikum sy nk mntk izin amik resepi kt sini. Mntk halalkan ye- suzila (petaling jaya)
BalasPadamhurmmmm..yummy...wajib cuba nih!
BalasPadamjom bw ke tempat saya pula http://danishdamiadaris.blogspot.con
Terima kasih kak azie for sharing this recipe,sblm ni hanis slu amk recipe kak azie n semuanya menjadi dan sdp, terima kasih ya kak azie sb bg recipe yg lengkap tnpa skip mn2 bhn..sblm ni hanis memang x pndi sgt memasak almaklum la ada kakak n my mum, after married my hb lbh sk mkn kt rumah so dr situ la sya knl kak azie, thanks kak azie apa jua resepi akk semua nya menjadi, sb resepi akklah my hb puji sya dh pndi memasak...now nk try kek ni pulak..hope menjadi ...akk klu blh nk request resepi sekut marshmallow coklat chip, so far i cr stkt ni mcm x berkenan nk resepi dr akk jg...plss
BalasPadamdah lama nak cuba kek ni..terima kasih kak azie saya share resepi ya tq..
BalasPadamasslm..kak azie blh tak tepung kek/tepung superfine tukar tepung gandum dn letak bikarbornat untuk naik?
BalasPadamBoleh juga. Tapi kandungan teping kek dengan tepung gandum berbeza. Tepung kek ada diletakkan ada diletakkan teping jagung. Kalau tak silap lah. Cuba google
Padamkak azie,kalau gune tepung gandum boleh tak?
BalasPadamTepung kek dan tepung gandum mengandungj bahan yang berbeza.
Padamassalamualaikum azie..klu tepung kek 2 sy tukar dgn tepung naik sendiri bole x?teringin nk buat tp tpung 2 je yg ada
BalasPadamDua tepung tu tak sama. Tapi bolehlah cuba
PadamKalau guna tepung gandum mcm mne sukatan dia ?
BalasPadamResepi ini tak ada guna tepung gandum.
PadamSalam. Sy nak tanya. Baru nak cuba2 bljr :) Akk guna cream cheese jenis apa ya?
BalasPadamSalam kak azie..nk tnye la..sy bru try wat kek ni..tp xnaik lngsng..tgi dia sma watu takat msuk dlm loyang tu..isk...sy pki tpung superfine..bkn tpung kek..npe x naik ye..tp sy perasan dlm resepi ni mmg xpki serbuk penaik ke? Cmne kek org len jd naik kembng cntik ye?telur putih sy wat dh smpi bertanduk dh..tp hasilnye xnaik pn kek tu..mane silapnye ye..
BalasPadamWslm. Puan tak ikut resepi. Itu sebab tak jadi
PadamSalam akak. Terima kasih untuk resepinya. Alhamdulillah kek cantik dan rasa pun sedap.
BalasPadamFifi(miri,sarawak)
kalau pakai tepung naik sendiri boleh x?
BalasPadamassalam kak..terima kasih resepi yg terbaik ni..alhamdulillah mnjadi resepi sy walaupun kukus je..next time sy nk buat waterbath pula
BalasPadamSaya buat kukus tak jadi.. tak naik langsung.. sedihnya laahaiii... ��
PadamBoleh ke kukus sis?. Klu blh berapa lama nak kukus?
Padamsalam k.azie,kek ni klu kukus menjadi x?
BalasPadamWslm. Saya belum pernah kukus. Saya ikut resepi
PadamAslmalikm Saya tak faham mcamaner bakar secara waterbath tu BM bole Kak azie jelaskan
BalasPadamsalam....k.zie guna oven elektrik ker?
BalasPadamx shot ke?
Semua orang guna oven elektrik. Kenapa pulak mesti shot?
Padambestnyerrrr..t.kasih share resepi..nnt nk cube
BalasPadamSalam k.azie,sy dh cuba buat, naik cantik sgt keknya, tp 10 mnt terakhir tu tetiba merekah pulak dah..adoi sadis..but still fluffy laa..
BalasPadamWslm. Merekah kr api yg terlebih panas
Padamok, thanks sis..nampaknya kena repeat nih..
Padamasslamualaikm kak.. sy syuhada.. sy baru nk try buat kek ni..tp klu x guna jus lemon blh x..ke xsedap kalau xletak jus lemon?hehe sbb lemon xde kt rmh..nk beli lemon kne pegi bandar la dlu..hehehe..
BalasPadamoishhh gebus nya...wajib try ni
BalasPadamAssalamualaikum kak first time buat terus jadi. Terbaik kak resepi.. Tqvm for sharing
BalasPadamSalam sis... sy nak tny kek ne brapa lama blh tahan yer?? Dan tym cairkan cream cheese n butter tu memang berketul2 ke? Perlu tapis? 😊
BalasPadamBtw, Sy ct... 😘
Balut dalam aluminium foul dan plastic wrap. Simpan dalam freezer. Boleh tahan berbulan.
PadamAssalamualaikum Kak Azie , saya dah cuba buat tapi bila saya kacau putih telur tu dia tidak bertanduk , saya dah kacau lama tapi masih juga tidak bertanduk . kenapa ya ? apa pun terima kasih resepi ��
BalasPadamWalm. Maknanya belum cukup. Kena putar smp bertanduk.
PadamKalau kukus boleh ke ?
BalasPadamAlhamdulillah baru2 ni sy buat guna resepi akak azi..mmg rasenya sgt sedap dan gebu...terima kasih kerana sudi n selalu kongsi resepi..mmg kena pukul putih telur tu sampai bertanduk baru jd gebu...insyaAllah...😍😍😍😍😍
BalasPadamAlhamdulillah baru2 ni sy buat..mmg menjadi..gebu sgt2...tp telur putih tu perlu bertanduk...follow resepi akak azie kitchen mmg jadi...insyaAllah...
BalasPadambutter yg digunakan tu unsalted butter atau salted butter ?
BalasPadamSaya tak kisah sangat. Mana mana pun saya guna bergantung pada stock yang ada. Tapi biasanya saya beli yang salted
PadamSalam kak azie, masa time bakar dlm oven tu pakai api atas bawah or bawah je??
BalasPadamassalam kak azie..sy nk tanya kenapa kek sy berbuih kt ats..jd xlicin mcm mngerutu bile dh masak..
BalasPadamSalam kak azie..sy siti..erm dh try mcm resepi..jd..tpi bawah xmasak sepenuhnya..160 selama sejam..kenapa ya..or kna tmbh lgi masa.oven lama..
BalasPadamWslm. Kena tambah masa memasak. Antara satu oven dg oven yg lain, tak sama kepanasannya. Biasanya kalau guna kaedah ini akan masak.
PadamHi kak, sy buat teknik waterbath, tp lepas sejam cake tk masak2 lg, cake tuh ambik masa 2 jam lebih nak masak. Boleh share tips kak?
BalasPadamAssalamualaikum kak azie. Sya dh cuba resepi kak azie ni, mmg sedp tp kek saya akn mendap balik lps sya tutup api oven. Knp yer? Kalau saya kukus jer kek ni bole ke?
BalasPadamSaya dah cuba resipi ini.Gebu dan sedap. Naik cantik je. Happy sangat2
BalasPadamGuna air mendidih utk waterbath sis... jgn guna air suhu biasa. Tu yg ambik msa dia memanas... dan pre heat dulu oven dgnn air panas tu sblm letak dulang kek
BalasPadamDah try resepi sis... mmg menjadi 👍.. superb gebu... sya tak jmpa tepung superfine, so guna je tepung self rising. Nasib menjadi... thanks sis for sharing 😊
BalasPadamTERIMA KASIH ATAS RESEPI YG IKHLAS DARI PUAN...SEDAP SGT...ALHAMDULILLAH SYUKUR. MOGA PUAN DIBERI KEMUDAHAN SEGALA URUSAN SIHAT SELALU...AAMINN2. daripada nuril :-)
BalasPadamKenapa merekah atasnya.sy guna suhu 160 atas bawah.biasa suhu tinggi jd merekah
BalasPadamalhamdulillah..menjadi/ terima kasih cikpuan azie yg berkongsi resepi
BalasPadam