Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Part XI: Wajah Wajah Kesayangan Ku


Hari ini, saya ingin mengabadikan Wajah Wajah Kesayangan Hamba yang selama ini menjadi sumber kekuatan dan ketabahan. Terbinanya Villa Nur Qaseh adalah atas iltizam untuk melihat anak anak bahagia dan selesa. Melihat gambar gambar anak anak pada waktu pembinaan rumah ini membuatkan saya menangis kehibaan. Mereka anak anak yang baik dan comey yang sentiasa berkorban dek kelemahan dan kekurangan kami. Kami bukan dilahir dan dibekalkan dengan apa apa harta kecuali pelajaran semata mata. Kesemua yang kami miliki adalah berkat usaha yang didorong oleh mimpi untuk memiliki apa yang dimiliki oleh orang orang yang berjaya. Banyak jatuh bangun dan jatuh dan bangun lagi untuk sampai ke peringkat ini. 

Semasa di rumah lama di USJ, mereka tidak mempunyai ruang kamar masing masing. Kesemuanya terpaksa di kongsi dan bersesak sesak, lebih lebih lagi Boy yang terlalu banyak beralah, di mana kadang kadang terpaksa tidur di ruang tamu....





Anak anak yang ceria ini sangat rapat dengan kami terutamanya sekembalinya kami dari mengerjakan fardhu Haji di mana kami sekeluarga telah bercuti ke Hanoi. Sekembali dari percutian itu, saya dan hubby mula sibuk dan mengalami tekanan demi tekanan dengan karenah pelbagai pihak dalam pembinaan rumah ini menyebabkan secara tidak langsung merenggang hubungan dan masa dengan anak anak terutama saya yang pada masa yang sama sedang mengendalikan projek penting di pejabat.

Pembinaan yang memakan masa yang lama iaitu 4 tahun menjadikan anak yang dulu kecil sekarang sudah mula meningkat remaja sewaktu kami berpindah masuk. Mereka tidak lagi anak kecil yang rapat dan bercerita apa sahaja dengan kami lagi. Kesemuanya berlaku tanpa saya sedari. Mereka lebih gemar menghabiskan masa dengan hp, ipad dan lap top di bilik sendiri.




Lihat Aween semasa pembinaan. Masih comel dan sangat playful. Setiap kali kamera dihalakan, pasti ada aksinya yang kadang kadang menduga kesabaran saya yang memang mahukan semuanya kelihatan perfect. 





Gambar ini pula diambil semasa kali pertama bonda menjenguk ke rumah kami yang masih dalam peringkat pembinaan. Saya tidak tahu kalau bonda punya kesempatan untuk menjejakkan kaki di rumah saya kerana keuzurannya. Saya memang terkilan dan berharap semoga beliau diberi kesempatan dan kesihatan untuk datang ke sini kerana tidak pernah datang selepas kami berpindah masuk.



Gambar di bawah adalah Feeza dan famili, antara teman yang mengunjungi sewaktu rumah masih dalam pembinaan sebagai tanda sokongan moral.





Semua anak anak memberi sumbangan tenaga dalam menyiapkan rumah ini. Ini yang menambahkan lagi rasa hiba dalam diri saya. Rumah ini adalah rumah mereka, tempat untuk mereka belajar erti kehidupan dunia dan akhirat. Insya Allah





Mana mungkin detik seperti ini akan dapat disaksikan lagi kerana Aween kini telah menjadi seorang remaja yang sangat prim and proper seperti saya juga. Beliau sangat memilih dalam apa apa yang ingin dibuat dan bukan seperti zaman anak anak kecil dulu lagi. Gambar Aween dalam tempat pembuangan sampah ini akan kekal dalam ingatan dan tentunya amat mahal untuk saya dan keluarga.





Demi menjimatkan kos, kerja kerja mudah seperti ini dilakukan sendiri atas syor dari anak anak. Kesemua mereka bergabung tenaga untuk melihat terhasilnya mahligai idaman.






 Aween menyapu rumput yang saya sendiri trim.





Laman juga terhasil dengan gabungan dan cetusan idea dari anak anak. Saya dan hubby memilih, menanam dan menjaga sendiri pokok pokok ini. Anak anak turut gembira membelai pokok yang akan turut mendiami bersama di sini. Sudah menjadi rutin untuk ke sini, setiap hari minggu. Selepas penat bekerja, kami akan berehat di lantai sambil bersembang sembang.




Akhirnya rumah beransur ansur siap dan melalui fasa di mana menghiasinya pula sebelum berpindah masuk. Ini juga adalah tahap yang paling mencabar kerana kami terpaksa mengeluar bajet yang besar untuk memenuhi rumah dengan 9 bilik tidur. Juga untuk memenuhi citarasa anak anak. Di samping itu, keputusan kami untuk tidak membawa perabut dari rumah lama juga, menyebabkan kesemua terpaksa dibeli baharu.




Bila terlalu lama pembinaan rumah, momentun dan mood untuk berpindah dalam diri saya kian menurun, jadi hubby telah mengajak kami semua untuk berbuka puasa di rumah ini bersama sama dengan Agus sebelum dia bertolak balik ke Indonesia. Di samping meraikan Agus, juga untuk menimbulkan kegembiraan dan mood sebelum berpindah masuk. Walau dalam serba kekurangan, kehadiran anak anak lah menjadi tunggak kekuatan untuk kami terus melangkah ke hadapan.



Kesemua gambar gambar ini diabadikan demi menyatakan betapa saya amat menyayangi dan menghargai pengorbanan anak anak dalam menjayakan pembinaan Villa Nur Qaseh, nama yang dipilih oleh mereka berdasarkan nama anak anak perempuan kami yang semuanya bermula dengan Nur. Boleh rujuk entri sebelum ini di SINI.

Semuanya terlipat dalam catatan sejarah hidup kami terutama saya sendiri. Mama sayang kalian semua...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Part XI: Wajah Wajah Kesayangan Ku"

  1. Salam, sungguh nostalgic sekali. Sesungguhnya kerjasama membawa berkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, sgt nostalgia. Saya masih menangisi kisah silam kerana saya sendiri seorang yg sgt sentimental. Byk kekesalan dan terkilan di hati

      Padam
  2. wahhh sronoknye kak, rumah dah siap, cantik la tu. syukur alhamdullillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, selepas melalui pelbagai ujian

      Padam
  3. Salam, ucapan tahniah dari saya walaupun agak terlambat. Saya juga sedang melalui proses ini dan coretan2 akak di sini menambahkan lagi semangat saya.

    BalasPadam
  4. Salam tuan.. boleh kongsi bagaimana utk mengelakkan ketirisan air meresap ke dalam simen?
    Saya hendak diy buat kolam.. sy amatur dlm membuat simen dan plaster simen biasa.. tp adakah untuk membuat kolam memerlukan bahan tambahan untuk waterproofing?
    nk save budget.. sb rse boleh buat sendiri..

    BalasPadam