Masak Tempoyak Ikan Kembung Dengan Timun
Ini adalah lauk hidangan dinner minggu lepas semasa my MIL masih ada di rumah kami. Memikirkan orang Perak suka makan ikan masak tempoyak, semasa balik dari pejabat, kami singgah di kedai runcit membeli beberapa ekor ikan kembung. Lagi pulak rasa macam dah lama sekali tak memasak Tempoyak Ikan Kembung ni. Asyik asyik masak tempoyak Ikan Patin jer. Sekali sekala teringin juga makan ikan kembung yang tidak berlemak dan tidak memuakkan.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, memang tak lalu makan makanan berlemak, dek badan yang rasa sakit sakit seperti simptom mahu demam selsema. Jadi saya memasak masakan yang simple simple jer. Seperti biasa masak tempoyak ni sedap jika dimasukkan sekali hirisan timum atau pun taugeh yang besar besar tu. Dengan itu, dah kira "2 in 1" lah sebab dah tak perlu lagi nak memasak atau menggoreng sayuran.
Jom lah kita semak resepi yang saya gunakan. Saya memang tak meletak asam keping kerana tempoyak memang dah masam dan dimasukkan sedikit gula.

Masak Tempoyak Ikan Kembung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 biji cili merah (ditumbuk halus)
1 senduk tempoyak (nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun (dipotong serong)
Air secukupnya
Garam
Gula
Cara-cara:
Cili ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak, serbuk kunyit dan garam. Masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air gaul sehingga rata.
Masak dan kacau selama 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu sebelum dimasukkan timun.
Masak dan kacau selama 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu sebelum dimasukkan timun.
Masukkan asam keping jika kurang masam dan juga sedikit gula.
Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.
Sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih.
salam azie,
BalasPadamsedapnya...tengok gambar pun dah tahu rasanya...yummy!
Azie tahu tak macam mana nak buat kuih buah peria?
Ada resepinya tapi tak pernah cuba lagi. Sebab rasa macam remeh sikit nak membuatnya, jadi kalau nak makan sebiji dua, baik jer dibeli. Lagipun radanya, di rumah ni, I sorang jer kot yg suka kuih tu.
PadamSalam kak Zie...emmm pagi2 dah jamu mata ngan tempoyak....sedapnya...
BalasPadamBayangkan masa sedang dimasak, semerbak baubdi dapur
PadamSalam, kak zie pernah cuba dengan timun ladang tak...lagi sedap tau sebab timun tu masam2 sikit.
BalasPadamOhh tak pernah pulak cuba. Nnt lain kali boleh cuba guna timun tu
Padamsedap!! tuang kuah banjir2....lepas nasi sikit aje..bila nasi abis tambah nasi, lepas tu kuah pulak abis..tambah kuah..begitu la seterusnya sampai gendang gendut tali kecapi...:)
BalasPadamChah, hahaha ada ada jer ya. Tapi memang sedap. semasa sedang dimasak tu, semerbak dapur.
Padam