Masak Lemak Cili Padi Ikan Jenahak
Aduh bila ikan segar, masak apa pun jadi sedap. Manis jer rasa kuahnya lebih lebih lagi menggunakan santan segar. Ini antara masakan feveret di dapur Azie dan sentiasa di ulang ulang masak.
Bagi yang dah tahu cara memasak masak lemak cili padi stail noghori, bolehlah jamu mata dengan gambar gambar jer. Selain Taugeh Goreng Kicap di SINI, lauk ini lah yang menjadi lauk hidangan makan malam kami semalam sempena cuti Hari Kemerdekaan yang ke55.

Saya hari ini deman sangat dan badan menjadi sangat lemah. Rasa sungguh tak berselera. Hanya makan ketupat sotong jer beberapa ekor. Saya banyak menghabiskan masa dengan berehat sambil mendengar ceramah ceramah ugama dalam youtube yang memang sangat menginsafkan.
Saya gembira kerana telah berjaya menyempurnakan puasa 6 di bulan Syawal. Semoga saya dapat kembali kepada fitrah seperti yang disebut sebut dalam kuliah kuliah terawih sebelum ini. Saya berazam untuk melakukan apa sahaja amalan yang dituntut ugama dengan penuh istiqamah.

Jom kita tengok resepi dulu...
Masak Lemak Cili Api Ikan Jenahak
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 keping ikan jenahak
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Santan secukupnya
1 asam keping
Garam
Cara cara:
Kisar semua bahan dengan sedikit santan. Masak dengan api perlahan sehingga hampir mendidih, masukkan ikan.
Masak sambil terus dikacau supaya tidak pecah minyak. Masukkan asam keping dan garam secukupnya.
Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih panas panas.
Salam perkenalan Azie,
BalasPadamsaya orang Nogori dah tentu resepi ni menjadi kesukaan, tapi saya jarang buat sebab anak saya tak berapa suka. Dia lebih suka kari sebab dulu babysitter dia keturunan mamak jadi kari dah jadi kebiasaan dia. Saya belum sempat buat puasa 6 lagi. Uzur lebih awal pulak, walaupun baru aje uzur seminggu sebelum raya. Insyaallah Isnin depan saya akan berpuasa.
Selamat Hari Raya....
Dear,saya mmg suka sangat masak lemak cili padi, selamat berpuasa enam ya
PadamThis recipe is very simple and good. Anything with cili padi I like.
BalasPadamYes, I love masak lemak cili padi and easy to cook
PadamSalam Azie, kalau rampaikan dengan belimbing buluh pun sedap.
BalasPadamBro, i dah lama juga tercari belimbing buluh, tapi tak dijual di kedai runcit area rumah kami.
Padam