Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Laksam dan Laksa Kelantan


Laksam dan Laksa Kelantan

Kalau di entri sebelum ini di SINI, saya kongsikan cara cara membuat laksam, kali ini saya kongsikan entri membuat kuah dan hidangan laksam. Laaa yang ni, ulang tayang jer. Dah ada resepinya yang saya kongsikan dulu. 

Tapi tak apalah untuk menyenangkan, tak payah nak cari cari, klik jer di SINI. Saya masih menggunakan resepi yang sama kerana kuah ini memang menjadi seperti kuah laksam Kelantan mengikut tekak Kelantan saya. Kiranya hari ini saya hanya bersarapan dan makan tengahari dengan laksam jer. 

Sejak discharge dari Tropicana Medical Centre petang semalam, saya rasa perut masih tak selesa dan selera masih tak ada. Jadi dengan adanya makanan Kelantan, semoga akan terbuka sedikit selera untuk makan. 

Allah Maha Mengasihi kerana diberikan saya ujian untuk menyedarkan diri saya supaya tidak jauh terleka dan Alhamdulillah dan syukur ianya dapat dikesan awal dengan pemeriksaan dan ujian yang dilakukan dan Insya Allah, dengan izinnya saya akan sembuh. 

Sepanjang di ward, terasa kasih sayang suami yang sanggup menjaga saya dengan bekerja dari hospital dan anak anak juga mengunjungi untuk menemani dan menghiburkan saya yang kesunyian. My hubby bukan putera raja tetapi ianya umpama Prince Charming di dalam hidup saya yang walaupun tidak sesempurna yang diimpikan tetapi melebihi dari apa yang sepatutnya saya miliki. 

Dari mula berkahwin, saya dilayan umpama seorang permaisuri. Lelaki hebat ini adalah anugerah yang terbaik buat saya yang sentiasa lemah dan kesakitan.

Entah kenapa hati ini sangat sepi dah hiba di pagi ini. Mungkin kot memikirkan rakan rakan yang bekerja di pejabat sedang diri terasing di villa yang sunyi sepi selain dari deruan air terjun di kolam yang jernih dengan ikan yang berenang renang kegembiraan. Betul ke mereka gembira? Hmmm yang pasti syurga sedang menanti mereka. 

Walau bagaimanapun saya bertekad, segala yang lain saya ingin ketepikan seketika dan bertawakkal sepenuhnya kepada Allah kerana Dialah sebaik baik wakil kita "Hasbunallaahu waniqmal wakeel". Dilahir sebagai orang yang biasa biasa, saya mengakui telah menikmati hampir segalanya keindahan hidup ini, hanya sedikit sahaja lagi yang tidak dicapai, itupun bukan perkara yang sangat penting dan mungkin ianya bukan sesuatu yang baik untuk saya. Maka itu Allah tidak memberikannya kepada saya. Syukur di atas semua nikmat yang telah dikurniakan...

Tidak mahu lagi bersentimental, sebelum lebih banyak mutiara menitis, jom tengok resepi di bawah ini... 

Laksam dan Laksa Kelantan

Laksam
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sudu kecil garam 

Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau rata supaya tidak bergentel. Lihat lihat cara cara menyediakannya di SINI.

Laksam dan Laksa Kelantan


Laksam dan Laksa Kelantan


Laksam dan Laksa Kelantan

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. 

Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis


Laksam dan Laksa Kelantan



Laksam dan Laksa Kelantan

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam

Cara Menghidang:
Masukkan laksa/laksam ke dalam pinggan. Sendukkan kuah dan tuang di atas laksam tadi.


Laksam dan Laksa Kelantan

Laksam dan Laksa Kelantan

Letakkan ulam ulaman yang dihiris. Akhir sekali, letakkan sambal. 


Laksam dan Laksa Kelantan

Kalu suka, boleh juga letak belacan atau jika mahu lebih masin, tambahkan sendiri secubit garam sebelum menggaul. 

Ini cara hidangan di Kelantan, dihidangkan sekali belacan dan garam untuk diambil sendiri semasa makan bagi disesuaikan dengan selera masing masing.


Laksam dan Laksa Kelantan


Laksam dan Laksa Kelantan

Boleh juga dimakan dengan laksa beras kerana laksa Kelantan dan laksam menggunakan kuah yang sama. Laksa beras sedang direndam.



Enjoy....


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

71 ulasan for "Laksam dan Laksa Kelantan"

  1. Azie, this is fabulous! Nampak senang nak buat. I will definitely give this a try on my off day.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PH, yes should try, follow the recipe.

      Padam
  2. Woww...sanntikk la laksam ni..elok je kejadiannya..lembuttt yummy je...harus cuba..
    Thanks for sharinggg..muahhhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. CA, memang lembut sangat laksam ni. Secukup dan elok elok jer laksamnya

      Padam
  3. wah dah ada kuahnya ni boleh try nnti Azie insyaallah mmg cantik ni sedap pekat dan lazat tapi sambalnya kena banyak baru kick hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, yang ni diletak cili padi, walaupun sedikit tapi berasa pedas nya. Lagi pulak, I tak boleh makan pedas. Kalau di Kelantan, diguna sambal merah macam cili kering tu. Lepas ambil gambar, terus sendiri makan

      Padam
  4. Salam Azie,
    baru terjumpa blog ini...wahhh bestnya laksam tu..suka!
    nanti bolehlah saya cuba buat laksam ini dengan resipi Azie..tq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. LW, cubalah. Laksamnya sgt lembut, anak saya cakap sedap sgt.

      Padam
  5. Salam..., saya suka semua laksa dan yang sewaktu dengannya...

    BalasPadam
  6. salam kak azie..x sihat ke kak? laa cian dier moga cepat sembuh ek..laksa kelantan mmg feveret kt umah kita selain laksa johor..perghh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ina, tak sihat sikit. Esok mula bekerja

      Padam
  7. Assalam Azie? how are u? dah sihat ker? harap u're getting better..
    I suka sangat mkn laksam ni dear.. klu dekat, mmg i order jer ngan u.. tp takperlah one fine day i akan cuba juga.. mohon dikongsi resepi u ni yer.. take care dear..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dear, kalau dekat i masak dan gi hantar jer rumah you. Kalau you buat, gambar mesti cantik giler

      Padam
  8. Salam kak azie, sy mula berminat slps my hubby bg link blog akak pd saya cz ada masaksn klate. Buat ms ni sy tlh mencuba 4 entry resipi akak. Alhamdulilah mmg mjadi dan sedap. Last weekend 1st time buat laksam, mmg menjadi i'm so excited sgt bila hubby dan anak2 memuji sedap dan minta dibw kesekolah utk lunch diorg. Sy hrp akak halalkan resepi ini dan blog akak ni mmg mjadi rujukan saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aliz, semua resepi yg diberi utk dikongsikan supaya kita mendapat pahala kr berkongsi ilmu yg bermanafaat. Saya tumpang gembira bila famili Aliz suka apa yang dihidangkan

      Padam
  9. Tq sharing resepi yg sedap ini....bahan pun sudah dibeli......xsabar nk sepahkan dapur ptg ini......utk yg tersyg yg slalu sgt komplen laksam yg jual cairlah...xsedaplah...nantikan kesedapan air tgn ku ini.....muhahahaha.......tq lg skali kak azie....

    BalasPadam
  10. selama ni isteri sy puas mencari resepi terbaik membuat laksam tapi tak pernah jumpa... setelah mencuba resepi laksam azie kitchen ternyata laksam yang dibuat mmg BETUL2 SEDAP... 2 mangkuk sy belasah... terima kasih Azie...

    BalasPadam
  11. Azie,mohon halalkan sy menggunakan resepi ini...mmg blog azie kitchen ni bermanafaat...tq

    BalasPadam
  12. Thanks sharing resepi. Try di bumi uk. Alhamdulillah, menjadi. Lawa mangkuk port meirion...popular di stoke uk.

    BalasPadam
  13. Resepi yang terbaik. Alhamdulillah. Dapatlah mencuba di uk nie. Psst: lawa pinggan port meirion tuu. Hehehe

    BalasPadam
  14. salam, saya telah copy resepi ni di blog saya dan telah cuba buat pun.mmg sedap.terima kasih ya

    BalasPadam
  15. Yummy, nak masak petang ni utk buka puasa. Terima kasih Azie.

    BalasPadam
  16. Salam perkenalan ! tima kasih kongsi resepi ni.....suka sangat makan laksam !!! Sok nak buat laksam ....buat jualan......dah lama tak buat, sib baik teringat kat blog azie (selalu skodeng blog ni...) Tima Kasih Yerrrrr !!!!

    BalasPadam
  17. sy bt kuah xpernah guna serai .. guna resepi mak je .. huhu

    BalasPadam
  18. Tq kak azie...saya tiru step kak azie tu..cuma kuah je x taruk serai

    BalasPadam
  19. Terima kasih Kak Azie kongsi resepi

    BalasPadam
  20. Salam kak azie...nk tanye la. Ikan yg dh direbus tu nk amek isinye sje ke? Tulangnye xpyah blend?

    BalasPadam
  21. Assalammualaikum Puan Azie ... TQ Share resepi...nak tanya...air panas 3 cawan dan 2 cawan air biasa tu tuang mana dulu ? atau caampurkan air tu baru tuang dalam adunan tepung gandum+tepung beras , TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Marr. Apa kata tengok dalam langkah demi langkah. Ada gambar http://aziejaya.blogspot.com/2012/09/laksam-langkah-demi-langkah.html

      Padam
  22. Assalamualaikum,
    Terima kasih sebab kongsikan resepi ni. Saya bukan orang Kelantan tapi saya membesar dengan rakan-rakan dari sana. Merekalah yang mengajar saya makan budu & laksam ni. Lepas ni nak share dgn isteri pulak. Kami cadang nak masak hujung minggu ni, InsyaAllah.

    BalasPadam
  23. Dah buat mmg menjadi.....tima kasih....:)

    BalasPadam
  24. Menu bulan depan. Yum yummy!

    BalasPadam
  25. betul kata Haslah ali.....menjd senang dan sedap sgt...

    BalasPadam
  26. Mmg semua resepi you sedap2 belaka

    BalasPadam
  27. Terima kasih atas resepi ini azie...saya akan cuba!

    BalasPadam
  28. Terima kasih kak azie.. sye bru try wat laksam, memang menjadi... esok nk wat kuah plak, xlarat dah nk wat mlm2 ni.. hhihi.. tp memang xsabar nk mkn... sye dah try beberapa resepi dari blog ni... tQ tau.. halalkan yer... -shadila-

    BalasPadam
  29. Tq kak sbb sudi kongsi resepi yg mudah.. Suka bc semua entry akak

    BalasPadam
  30. Sy baru buat petang td..mmg sng sgt ikut resepi akk..thaks kak

    BalasPadam
  31. assalamualaikum kak azie saya suka semua resepi kak azie semua resepi yg d cuba semua menjadi i likeeee tq ya

    BalasPadam
  32. Assalam... kak... asam keping nak kena blender skali ke... keliru... baru nak blaja buat laksam...

    BalasPadam
  33. Dear kak azie,
    Sy ibu yg bru nk blaja masak..slalunya blog kak azie mmg jd rujukan krn resepi dlm blog ni dyakini sdp, seronok tgk ank2 mkn air tangan sndiri..thanks and credit utk akak..😀

    BalasPadam
  34. Rugi kalau sesiapa tak belajar buat laksam ni.Resepinya sangat senang.Terima kasih Kak Azie kerana kongsi resepi.

    BalasPadam
  35. assalam kak azie,terima kasih bnyak2 kerana mempamerkan resepi2 y sedap n senang tuk kami y baru nk blaja memasak ni....stiap kali nk masak,blog akk la mnjadi rujukan sy,jarang dh ggu mak di kg...tq kak...from alisa hanim

    BalasPadam
  36. rase macam nak pekena laksam la pullopp...

    BalasPadam
  37. Tq for the recipe. Mudah sebab bahan utk kuah sentiasa ada di dapur. Since kat oversea bahan ulam susah dapat, xde pun xpe tetap sedap. Tq again.

    BalasPadam
  38. resepi untuk berapa org makan ni?

    BalasPadam
  39. Sedang buat laksam. Mmg menjadi.Sama mcm kat kat pic di atas.Kuah tak buat lagi. Masih berpeluh kukus laksam tadi. Terima kasih atas resepi yang dikongsikan.

    BalasPadam
  40. Kalau guna isi ikan..nk kene rebus jgk ke isi ikan tu?

    BalasPadam
  41. Salam kak azie. Nak tanya. 1 bancuhan mee laksam tu elok2 je ke utk kuah 1kg ikan?

    BalasPadam
  42. K azie.. boleh tak klau tak letak serai?

    BalasPadam
  43. Salam aunty. Rai dah lama follow blog aunty dr zaman blajar 2012 dulu. Selalu jgk masak follow recipe aunty �� Thank you share recipe laksam ni. Dulu arwah Mama rajin buat laksam ni. Tp tak sempat nk tulis dlm buku cara2 nak buat. Rai dah try buat ikut recipe aunty. Rasa dia sama mcm arwah Mama buat dulu. Terubat rindu masakan arwah.

    BalasPadam
  44. kak azi, ikan tu kalau dah rebus, tulang kena asingkan la ye sebelum blend? ke campur je semua dengan kepala2 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bhgn kepala dan tulang tepi yang masih ada isi dikisar hancur. Tapis dan ambik airnya. Isi ikan dikisar berasingan. Tak mahu membazir.

      Padam
  45. Sy mesti cuba sbb suami sy org klntn ,mknan kgmrn dia.... Wlupun sy x pnh bt nnti sy cuba resepi k. Azie ni

    BalasPadam
  46. Saya dah try resipi kuahnya. Sedap. Tapi sy buat separuh sahaja. keluarga kecik saja.

    https://ibumifzal.com/kuah-laksa-kelantan-resipi-yang-mudah-dan-sedap/

    BalasPadam
  47. Terima kasih kak azie..semoga dipermudahkan urusan kak azie sekeluarga dan dilimpahkan keberkatan hidup dunia akhirat.

    BalasPadam
  48. Alhamdulillah... Percubaan kali ke 2 kak ani membuat me gikut resepi chef aziekitchen. Baru rasa puas hati.Tk chef halal share resepi ini.

    BalasPadam
  49. Mohon tiru resepi ye kak zie.tq

    BalasPadam
  50. Assalamualaikum..hai kak azie.. minta halal semua resepi akk ye.. Saya memang suke tgk dan ikut resepi2 kak azie.. Tp ni kali pertama saya tinggalkan komen.. Hehe.. Jgn marah ye kak.. Selamat hari raya.. Maaf zahir batin.

    BalasPadam
  51. Saya dah buat.mmg jadi.terubat kerinduan pd Kelantan..

    BalasPadam