Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuah Lodeh - Resepi II


Kuah Lodeh Azie Kitchen

Hari ini saya memasak Kuah Lodeh lagi sebagai sarapan untuk Kak Yah dan famili memandangkan masih terdapat nasi impit yang direbus baru baru ini. Kali ini saya menggunakan resepi yang biasa saya gunakan apabila membuat Kuah Lodeh sejak berbelas tahun yang lalu. 

Resepi ini saya belajar dari bekas kawan sepejabat, Kak Yatie yang juga mengajar saya resepi Masak Soto Ayam di SINI. Beliau memang handal memasak terutama masakan Johor. Beliau pernah memasakkan Nasi Beriani Gam untuk kami sewaktu saya sedang sarat mengandungkan anak ketiga. Kami ke rumah beliau di waktu makan tengahari.

Selepas balik dari masjid, saya terus ke dapur untuk menyediakan Kuah Lodeh dan juga Sambal Kacang. Kalau Kuah Lodeh saya sebelum ini di SINI dibuat secara menumis bahan bahan kisar dan saya sediakan dengan Sambal Tumis Ikan Bilis, tapi resepi kali ini tidak ditumis. Saya menyediakan Sambal Kacang untuk dimakan dengan Kuah Lodeh di samping telur rebus dan tempe goreng.

Hmm kalau ditanya antara kedua resepi, masing masing mempunyai kesedapan tersendiri. Namun saya lebih suka resepi ini kerana rasanya lebih plain dan menggunakan bahan yang simple dan cepat disediakan. Itu pada selera saya lah, setiap orang mempunyai selera berbeza kan. 

Jom layan resepi dulu....

Kuah Lodeh Azie Kitchen

Kuah Lodeh

Bahan bahan:
Kubis
Karot
Kacang panjang
Terung
Tauhu kering - rendam
Tempe - potong dan goreng
Tauhu - potong dan goreng (tak letak)
Cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
Udang hidup - buang kulit
Santan
Garam

Bahan kisar:
5 ulas bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering

Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang keras sehingga yang lembut. 

Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. 

Kuah Lodeh Azie Kitchen

Sambal Kacang
Segenggam kacang tanah 
2 sudu besar cili - ikut suka pedas
Gula
Garam

Kacang tanah dibuang kulit dan digoreng tanpa minyak dan tumbuk.  Panaskan minyak dan goreng cili sehingga betul betul garing. Masukkan gula dan garam.

Masukkan kacang tumbuk dan sedikit air. Sesuaikan rasa.

Sedia dihidangkan bersama nasi impit, kuah lodeh,telur rebus dan tempe goreng.




Selamat bersarapan...

Kuah Lodeh Azie Kitchen

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

10 ulasan for "Kuah Lodeh - Resepi II"

  1. Salam Azie...
    wah..memang power la kuah lodeh tu..++ dengan sambal kacang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahel, sgt simple. sudah 20 tahun, saya menggunakan resepi ini yang sangat simple.

      Padam
  2. Salam Azie, boleh juga tambah soaon untuk tambah kesedapan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, betul tu. Tapi cari cari soo hon, tak jumpa di mana disimpan.

      Padam
  3. kalau boleh nyatakan jumlah sukatan contohnya santan yg nak digunakan......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh agak sendiri ikut kuah yg dikehendaki. Cair atau pekat kuah yng disukai. Jika terlebih cair, tambah santan. Rasa kurang bahan, tambahlah

      Padam
    2. Love most of resepi kak Azie..and most taste beautifully...yummy. Ive tried..btw saya ur follower yg setia dari Aussie

      Padam
  4. Kak Azie, bahan sambal kacang, cili 2 sudu besar tu, cili dah siap giling ye? Yg dlm packet gitu ye? Terima kasih :)

    BalasPadam
  5. Maksud akk masak bahan kisar dengan santan cair n serai,tK perlu tumis dlu la?

    BalasPadam