Ayam Panggang Lemak Manis
Memang dah lama saya ingin memasak ayam panggang tapi kena tunggu masa yang sesuai iaitu bila semua ada di rumah. Memandangkan hari rabu lepas semua ada kecuali Boy, saya pun meminta hubby membeli ayam untuk dimasak Ayam Panggang Lemak Manis sebagai hidangan makan malam.
Selain itu, saya juga menyediakan sayur kacang goreng dengan telur, masak lemak cili padi Ikan Jenahak dan masak sweet sour ikan bawal. Sebenarnya dah agak lama, saya tidak ke dapur untuk memasak kerana kesibukan tugas di pejabat dan masalah kesihatan. Tapi sebab Nana ada di rumah, saya menggagahkan diri juga untuk memasak.
Resepi ini saya ambil dari fb geng masak memasak. Melihatkan gambarnya sahaja telah membuatkan kita menelan air liur berkali kali. Selain dimakan dengan nasi putih, boleh dibayangkan kalau dimakan dengan pulut kuning pun, pasti sedap juga. Jom kita semak resepi dulu....

Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor Ayam - belah 2 atau ikut suka
4 helai daun limau purut - disiat2, masuk di dalam kuahnya
4 biji buah keras - ditumbuk halus
1 paket kecil santan
3 batang serai - dititik
3 helai daun pandan
Garam
Gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan kisar:
Bahan kisar:
20 ulas bawang merah
4 tangkai cili
1/2 inci lengkuas
4 tangkai cili
1/2 inci lengkuas
1/4 sudu teh serbuk kunyit/kunyit segar
Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan daun pandan dan serai. Kemudian masukkan bahan yang dikisar.
Bila rempah mula wangi dan beraroma, masukkan kepingan ayam. Gaulkan kuah pada ayam, di atas api yang sederhana. Biarkan ia masak selama 15/20 minit.
Bila rempah mula wangi dan beraroma, masukkan kepingan ayam. Gaulkan kuah pada ayam, di atas api yang sederhana. Biarkan ia masak selama 15/20 minit.
Masukkan santan dan kacau rata, biarkan selama 10 minit. Angkat kepingan ayam dan susun di atas dulang pembakar.
Salam kak.....mmg pun...nak buat spesel menu nie kn tggu ramai ada...kalau x,mcm x meriah mkn2 tue...hehe..sedap nmpknya kak...nnti asz nak try plak...ank dara asz suka sgt mkn ayam panggang..:))
BalasPadamAsz, dalam byk2 resepi ayam panggang yg dicuba, i suka yg ini sebab ayam sambil dimasak sebenarnya sambil memerap bahan bahan sebelum dibakar.
PadamAssalamualaikum Azie :D
BalasPadamKak Lin baru jer lepas makan, mcm nak suruh Kak Lin makan sekali lagi jer...hahahaha
Sedapnya nampak Ayam Panggang Lemak Manis Ni...terliur Kak Lin..
Sedap ni Kak Lin, kalau nak lagi menggoda, panggang ayam seekor atau ayam yang hanya dibelah 2 sahaja. Saya potong kecil untuk senang dimakan. Keluar dari oven terus ke meja hidangan.
Padamsalam Zie
BalasPadamnampak sedap sangat ayam tu sayangnya dah kenyang lah malam2 ni kalau dekat nak tapau utk besuk heee
Wslm Kak Noor, cuba Kak Noor buat ayam golek. Lagi sedap dimakan secara cubit beramai ramai
PadamSalam, nampak sangat juicy and delicious.
BalasPadamBro, mmg juicy sb rempah yang digunakan agak mewah. Jadi simbah simbah atas ayam utk menjadikannya lebih beraroma.
PadamAssalam..saya dah try.memang sedap.xsusah pulak tu..suami suka sgtla kalau masak mcm ni..hehe..sy tumpang share di fb ye
BalasPadamBila rempah mula wangi dan beraroma, masukkan kepingan ayam. Gaulkan kuah pada ayam,gaul kuah tu nak wat camaner
BalasPadamBoleh jer letak ayam dlm bekas kuah dan kacau rata. Atau lumur jer kuah pada ayam. Mana mana pun boleh.
Padam