Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang Dan Karot


Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang Dan Karot


Saya hanya meminta hubby membeli ayam untuk dibuat Ayam Masak Lemak Minang a.k.a Ayam Kalio di SINI tapi bila dibelek belek, tengok ada juga dibeli sotong. 

Oleh kerana sotong adalah kegemaran Aween, saya pun terus menggoreng tapi difikir kalau goreng kosong tentu budak budak jer yang makan tapi kalau dimasukkan sedikit sayuran, saya pun boleh menumpang sekali. Maka itu, jadinya Sotong Goreng dengan Kacang Panjang dan Karot.


Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang Dan Karot

Saya goreng cara bodo bodo jer, tapi jom lah kita tulis juga resepinya untuk anak anak yang baru nak belajar memasak kemudian hari.

Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang Dan Karot

Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang dan Karot 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Sotong - hiris kecil
3 ulas bawang putih - hiris
Halia - hiris
Kacang panjang
Karot
Cili merah
Garam
Serbuk kunyit
Sos Tiram

Lumur sotong dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Selepas kekuningan, masukkan karot diikuti dengan kacang panjang.

Agak agak karot dah lembut, masukkan sotong dan akhir sekali masukkan cili merah, sos tiram dan garam, jika belum cukup garamnya.

Bolehlah diangkat dan dihidangkan panas panas.

Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang Dan Karot


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Sotong Goreng Dengan Kacang Panjang Dan Karot"