Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sira Labu


Sira Labu Kelantan


Lama  betul saya teringin nak makan sira labu yang memang antara makanan Kelantan kegemaran saya. Kalau di majlis kawin atau kenduri yang dihidangkan, saya makan sira labu bersama nasi. Walaupun sira labu sebenarnya lebih sesuai sebagai hidangan dessert. 

Kalau diganding dengan gulai kawah dan sambal belacan, aduhaai meleleh air liur. Sungguh rindukan kampung halaman dengan pelbagai hidangan terutama di bazar Ramadhan ini. Pelbagai lauk pauk dijual yang semuanya bikin leleh seperti ayam percik, daging bakar dan macam macam lagi. Kalau kuih pulak, ada nekbat, lompat tikam, sekaya telur, cendol pun sedap dimakan dengan air sirap ros jer.  


Sira Labu Kelantan

OK berbalik pada Sira Labu ini, saya membuatnya pagi sabtu selepas balik dari masjid. Membuatnya sangat mudah lah terutama jenis labu madu yang kecil kecil ni, cepat jer empuk. Bukan macam labu kat kampung zaman dulu yang besarnya seperti sebiji buah tembikai tu. Saya pernah menanam labu di tempat mandian semasa masih tinggal di Kampung Tangok dan seronok tengok ianya tumbuh menjalar dan berbuah dengan banyak sekali. hahaha hasil tangan saya yang pertama lah tu.

Sebelum tengok resepi, jom renung sekejap berkenaan Al Quran kerana besok adalah hari Nuzul Quran. Diceritakan berkenaan kehebatan Al Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadhan pada malam Lailatul Qadar. Al Quran adalah sebagai petunjuk, memberi penjelasan, memberi pembezaan antara yang hak dan yang batil. Barang siapa dekat dengan Al Quran, bererti mereka dekat dengan Allah. Kasihi Al Quran jika mahu dikasihi oleh Allah. Al Quran adalah mukjizat yang sangat tinggi berseni dan berilmiah. Semua persoalan dan undang undang ada di dalam Al Quran, begitulah hebatnya Al Quran yang kekal selamat selamanya kerana Allah yang mencipta dan menjaga Al Quran.

OK sekarang kita tengok resepi dan cara cara membuatnya. Ini cara bonda dan kakak saya menyediakan sira labu.


Sira Labu Kelantan

Sira Labu 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan
1/4 biji labu - buang kulit 
Segenggam gula pasir
Secubit garam
1 helai daun pandan - potong
Sedikit air kapur


Cara cara:
Labu yang dibersihkan direndam dengan air kapur seketika. Masukkan daun pandan ke dalam periuk dan susun labu di atasnya.

Taburkan gula agak agak kemanisan yang disukai. Saya guna dalam segenggam gula. Kalau labu banyak lapis, taburkan gula pada setiap lapis.

Jerang atas dapur dengan api yang perlahan. Labu akan mengeluarkan air sendiri tapi jika nampak terlalu kering, bolehlah dimasukkan sedikit air sebelum dimasak atas dapur.

Bila labu dah empuk dan air gula telah berkilat, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


Sira Labu Kelantan


Labu ini biasanya dihidangkan bersama lauk pauk lain semasa majlis kenduri kahwin di Kelantan. Saya makan bersama nasi putih jer.

Sira Labu Kelantan

Sira Labu Kelantan


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Sira Labu"

  1. KAK ZIE..SEDAP LA..ADA BUAT 2 HARI LEPAS..TAPI MALAS SNAP FOTO.....NIKEE CUME BUAT KALABASA..SEBAB SEDAP LA...KAK ZIE SHOULD TRY KALABASA TU.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok nnt I cari resepi dlm blog Nikee

      Padam
  2. hmmmmm..selera pantai timur pasti sama kan kak ;)) love it!

    BalasPadam
    Balasan
    1. CW, betul tu. kadang kadang pelik kan? Separuh usia di KL, tp masih juga berselera kampung halaman.

      Padam
  3. skrg ni dh jarang dh org hidang sira labu kt majlis kenduri kt klate... sedap nye lahai kak oii !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu tp kalu kenduri rumah kakak, saya mmg minta menu ni dimasukkan. Agaknya sebab harga labu dah mahal kot

      Padam
  4. Balasan
    1. Boleh disimpan di dalam peti sejuk utk tahan lama

      Padam
  5. Way~ Macam best! Nak try la! Nampak mudah

    BalasPadam
  6. Sedap molek..bkn ka pkai gula melaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sira labu mmg hanya guna gula pasir.

      Padam
    2. Resepi asal gula melaka atau bhsa klate nise..baru npak air y
      g kuar tu kuning dan rasa lbih umphh dr gula pasir

      Padam
    3. Resepi asal gula melaka atau bhsa klate nise.. bru npk kuning air tu.

      Padam
  7. Salam... nak minta izin salin resipi.. terima kasih. ��

    BalasPadam
  8. Ala..baru nk buat pg ni tp kapur xda..kalau x da kapur x pe x :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa kalau tak ada..

      air kapur tujuan untuk kekalkan tekstur labu dan tak mudah hancur bila direndam dalam air.. contoh lain, nak buat lada jeruk pun sebaiknya rendam cili potong dalam air kapur sekejap.

      Padam
  9. Nak renfam air kapur brp lme ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10-15 minit pun cukup. Isinya akan lebih kental dan tak mudah hancur

      Padam
  10. Kak zie asal bachok ko?
    idola duk sekmpung je ghupenya

    BalasPadam