Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kuih Onde Onde Labu


Kuih Onde Onde Labu


Aduh apa nak buat dengan labu sepotong ni? Nak dibuang sayang pulak, nak dimasak macam alang kepalang sikitnya. Dok ler tergolek dalam peti tu. Suruh hubby beli lagi labu untuk ditambah bagi dimasak sira labu, belum lagi dia berkesempatan. Dalam dok mengong tang labu sepotong ni, mata terpandang pulak entri Onde Onde Labu di blog Yatie. Haaa terus dapat idea macamana nak menghabiskan labu sepotong ni. hihihi kekonon nak berjimat, tak mahu membazir.

Seperti biasalah sebelum berkongsi resepi, mai lah kita baca sat apa yang saya dengar dari Ustaz malam tadi. Sama sama menjadikan ia sebagai santapan minda kita di bulan yang barakah ini. Diceritakan jenis jenis orang yang berpuasa, iaitu:


Kuih Onde Onde Labu

  • Orang yang menahan lapar dan dahaga tetapi masih berbuat maksiat. Ada orang berpuasa tapi tidak menunaikan solat, ada yang berpuasa tapi masih mendedahkan aurat dsb
  • Orang yang berpuasa dan pada masa sama menahan hati dari melakukan perkara maksiat. Bila terlintas di hati, akan cepat cepat beristighfar. Hati dan nafsu masih jahat, jadi nafsu kena juga berpuasa
  • Orang yang meninggalkan walaupun perkara halal kerana dikuatiri ada yang haram di dalamnya.

Di samping itu, diberitahu yang tujuan tazkirah di bulan Ramadhan adalah untuk menyedarkan kita. Dipesan supaya juga perkara perkara berikut:

  • bersolat terawih samada di rumah atau di masjid dan surau kerana terawih hanya ada dalam bulan Ramadhan. 
  • Perbanyakkan membaca Al Quran walaupun 1 huruf kerana ianya mendapat 10 kebajikan.
  • Akhir sekali dipesan juga supaya kita menghidupkan malam raya, bukan dengan memasang lagu lagu raya yang sedih tetapi dengan bertakbir kerana hari raya adalah hari gembira meraikan kemenangan. Orang yang menghidupkan malam raya, nescaya Allah akan hidupkan hati nya bila hati orang lain mati. Di pagi raya, mulakan dengan solat subuh, mandi sunat pagi raya dan ambil makanan sedikit dahulu sebelum ke masjid untuk bersolat raya yang sunat dengan berjalan kaki.

Berbalik pada resepi ini, boleh juga digantikan dengan keledek jika kita tak ada labu. Labu yang ada tu ngam ngam 1 cawan, jadi saya buat setengah adunan jer, dapatlah 12 biji. Cukuplah untuk sekadar merasa. Kuih kuih macam ni tak sedap dimakan banyak banyak di bulan puasa ni. 

Jom layan resepi dulu yang masih panas panas kerana baru sekejap tadi disiapkan....


Kuih Onde Onde Labu

Kuih Onde Onde Labu
Cuba oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 cawan labu - dikukus dan dilenyek
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka - dipotong kecil
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja dan digaul dgn secubit garam
Pewarna kuning
1/2 cawan air atau secukupnya - utk diuli dgn adunan

2 helai daun pandan - simpul

Cara-cara
Lenyek labu yang dikukus hingga lumat dan digaul sebati dgn tepung pulut. kemudian masukkan air sedikit demi sedikit. Seterusnya masukkan sedikit pewarna dan gaul rata hingga menjadi doh.

Kemudian buat bebola kecil, masukkan potongan gula melaka ditengah tengahnya dan tutup dgn kemas dan golekkan supaya menjadi sebiji bola. Lakukan sehingga adunan habis.

Jerang air dlm periuk hingga mendidih bersama daun pandan. Masukkan bebola tadi ke dlm air mendidih. Angkat apabila ia sudah timbul di permukaan.

Akhir sekali golek golekkan di atas parutan kelapa tadi.


Kuih Onde Onde Labu

Kuih Onde Onde Labu

Siap untuk dihidangkan.


Kuih Onde Onde Labu

Kuih Onde Onde Labu


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

13 ulasan for "Kuih Onde Onde Labu"

  1. Cantik onde-onde bergolek belum bersalut kelapa parut tu... he he hehh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amie, saja nak main golek golek. Dulu kalau dapat main golek golek kat pusu tu, kira dah best sangat. Skrg golek golek dlm pinggan lak

      Padam
  2. yumyum onde onde kuning;)
    hehehe;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. LP, isi labu warna kuning, jadi lah onde onde kuning

      Padam
  3. Salam kak,

    First time tengok onde-onde kuning. Kalau onde-onde tu pelbagaikan warna mesti lagi meriah. Akak jemput baca ye..http://ummuammar76.blogspot.com/2012/08/makaroni-2-gaya.html....tanda apresiasi saya sebab selalu belajar resepi best2 kat blog akak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ummu, onde onde jadi kuning sebab isi labu berwarna kuning. OK jap lagi saya visit blog Ummu ya

      Padam
  4. Sedap ni onde onde labu. Saya suka labu, so apa apa yg dibuat dari labu memang tak tolak punya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hazila, saya suka sira labu. Boleh ratah gitu jer. Makan nasi dengan sira labu lagi wp manis manis

      Padam
  5. Sedapnya tengok onde2 tu...sedap!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nuridah, kalau dapat merasainya, lagi lah sedap ya

      Padam
  6. Alhamdulillah.....
    Assalamualaikum....
    Salam subuh Azie 😊😊
    Selamat menunaikan ibadah puasa and thank you sebab kongsi kan recipe onde2 pumpkin 🎃 tu and ni first time i tengok recipe onde2 pumpkin 👍🏻👍🏻

    BalasPadam