Kailan Ikan Masin dan Udang
Kailan Ikan Masin adalah antara lauk berupa sayuran yang selalu di order kalau kami makan makan di gerai gerai masakan Thai. Dah banyak hari bercadang untuk membuatnya tetapi asyik tertangguh kerana hari hari hubby akan membelikan nasi kerabu di bazar Ramadhan untuk saya berbuka. Jadi macam tak kenalah, kombinasi kailan dan nasi kerabu. Bukan apa, nanti hilang rasa original nasi kerabu yang dimakan dengan ulaman ulaman tu.
Tapi hari Ahad lepas, saya gagahkan juga sebelum kailan di dalam peti ais menjadi layu dan terbuang gitu sahaja. Sebelum hubby ke bazar Ramadhan, saya memberitahu yang saya akan memasak Kailan Ikan Masin dengan harapan, beliau tak akan membeli apa apa lauk sayur pulak.
Saya campakkan juga beberapa ekor udang kot ada yang nak merasa sayur kailan. Depa ni kalau nampak sayur jer, semua menjauhkan diri. Hmm macam mana nak dapat khasiat yang secukupnya kalau tak sukakan sayur. Macamana depa nak mengajar anak anak mereka satu hari nanti tentang khasiat sayur kalau mereka sendiri tak makan sayur. Itulah yang selalu bermain di benak fikiran saya bila tiba bab sayur sayuran ni...
Seperti biasa saya nak selitkan sedikit di sini berkenaan dengan intipati tazkirah dan perkongsian dengan kawan kawan dari tazkirah yang mereka hadiri juga. Lebih lebih lagi sekarang kita telah pun memasuki fasa ketiga Ramadhan di mana Allah memberikan pembebasan dari api neraka.
Di malam 10 Ramadhan yang terakhir ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan iaitu malam Lailatul Qadar yang akan jatuh pada malam malam ganjil tapi kita dinasihatkan supaya beribadat dan menghidupkan kesemua malam 10 yang terkahir ini seperti mana yang telah baginda Rasulullah lakukan.
Jom tengok resepi kat bawah ni terutama untuk anak anak saya bila mereka dewasa kelak...

Malam lailatul Qadar akan bermula dari maghrib sehingga fajar. Jadi pengisian yang panjang ini boleh diisi dengan aktiviti aktiviti di atas bagi mengelakkan kita tertidur dan terlepas saat malaikat turun melihat manusia manusia yang beribadah dan menghidupkan malam malam 10 terakhir Ramadhan.
Selain solat, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengaji, membaca tafsir dan terjemahan, mendengar siaran langsung solat terawih dari Mekah, mendengar ceramah ugama dari youtube, bersahur. Perbanyakkan berzikir dan berdoa sepanjang malam malam tersebut. Pada malam Lailatul Qadar, Allah akan menentukan qadar kita untuk setahun akan datang. Ambil kesempatan untuk meminta dengan segala kebaikan
Selain solat, antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah mengaji, membaca tafsir dan terjemahan, mendengar siaran langsung solat terawih dari Mekah, mendengar ceramah ugama dari youtube, bersahur. Perbanyakkan berzikir dan berdoa sepanjang malam malam tersebut. Pada malam Lailatul Qadar, Allah akan menentukan qadar kita untuk setahun akan datang. Ambil kesempatan untuk meminta dengan segala kebaikan
Jom tengok resepi kat bawah ni terutama untuk anak anak saya bila mereka dewasa kelak...
Kailan Ikan Masin dan Udang
5 ekor udang - buang kulit
1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil
1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil
1 sk air dari botol ikan masin jeruk
1 biji bawang besar- dimayang bulat
1 inci halia-diketuk
3 ulas bawang putih-diketuk
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
Sedikit air asam limau nipis
Sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara
Sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.
Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan sos tiram.
Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.
Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit lada sulah dan perah air asam limau.
Assalamualaikum Azie Sayang,
BalasPadamSedapnya...baru beberapa hari lepas Kak Lin masak kailan goreng ni...tapi tgk kailan yang Azie masak ni tergoda Kak Lin...melingkau nampak udangnya tu....
Kak Lin, udang tu sebab nak memikat anak anak supaya menjamah sayur kailan tu.
PadamSalam sis.sy suka sayur hijau spt kailan dan sawi....kdg2 meratah je.anak2 saya pun tak suka sayur....dah bgtau khasiatpun tak layan juga....
BalasPadamtk kongsi ttg pengisian Malam lailatul Qadar....
Mamasya, I suka sangat dengan kailan tapi anak anak yang tak suka. sama lah, puas kita beritahu khasiatnya. Itu yang kecil, tapi anak yang besar pun sama tak faham. Terima kasih kerana sudi membacanya dan semoga kita mendapat manafaat dari apa yang diajari
PadamMy father's favorite vege dish. We also always order this at the restaurant.
BalasPadamPH. Me too, sayur yang tak perlu fikir lama lama utk order, sure sedap punya
PadamCampur udang dengan ikan masin, tentu sedap kombinasi 2 bahan ni Azie...
BalasPadamAmie, I main campak campak jer kekonon nak bagi budak budak makan udang dengan sayur.
PadamBest idea...isi udang untuk menarik minat supaya anak2 makan sayur.Azie,kailan ikan masin ni mmg fav saya,sedapnya makan dengan nasi panas2....lagi sedap kalau ada sambal belacan.
BalasPadamNorzie, samalah I pun suka sayur kailan. Kalu dikunyah bunyi rangup krup krup krup.
PadamBoleh try utk juadah berbuka en.somi ptg ni.Tq sis utk resepinya. 😍😍
BalasPadam